Friday 22 January 2021

SONY ICF-DS15iP personal audio docking system repair

'Personal audio docking system' berjenama SONY ini telah lama dirujuk kepada saya untuk dibaiki dengan masalah tidak mengeluarkan suara.

SONY personal audio docking system

Sebelum dibuka untuk dibaiki, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan namun langsung tidak mengeluarkan suara.

Model: ICF-DS15iP

Jika tidak mengeluarkan suara, benda pertama yang harus diperiksa ialah speakernya. Sebelum ini saya juga pernah dirujuk sebuah radio kaset berjenama SONY dengan masalah tidak mengeluarkan suara dan anda boleh rujuk di sini.

Buka dan periksa speakernya...

Setelah dibuka dan diperiksa, kedua-dua speakernya rosak dan harus di ganti. Masalah yang saya hadapi kali ini ialah nilai rintangan speaker asal sebab tidak dilabel.

Keluarkan speaker yang rosak...

Saya mencari buku panduannya di atas talian dan mendapati nilai rintangan speaker tersebut ialah 6Ω. Anda boleh rujuk 'service manual' tersebut di sini

Atas: speaker baru...

Alat ganti speakernya juga tiada di pasaran tempatan berikutan reka bentuk yang lain daripada lain seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Selain saiz dengan diameter 2.5" yang sama, reka bentuk juga harus sama supaya tidak perlu membuat ubahsuai apabila menukarnya.

7.2Ω

Saya membeli speaker tersebut secara atas talian di shopee dari negara tembok besar China. Nilai rintangan yang terdekat saya jumpa ialah 8Ω namun bila diukur menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat ialah 7.2Ω dan ianya boleh digunakan sebab tidak jauh berbeza.

Pasang speaker baru...

'Personal audio docking system' ini telah berjaya diselamatkan dan mengeluarkan suara semula dengan hanya menukarkan kedua-dua speakernya sahaja. Klip video di bawah saya ambil setelah siap dibaiki dan diuji.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.