Showing posts with label JOVEN. Show all posts
Showing posts with label JOVEN. Show all posts

Tuesday, 4 October 2022

Baiki JOVEN EC802 tangki bocor

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, model EC802 dengan masalah kebocoran air.

JOVEN EC-802

Kebocoran air pada 'water heater' sangat merbahaya sebab secara tidak langsung juga boleh mengakibatkan kebocoran elektrik dan sangat merbahaya kepada pengguna.

Bahagian bocor berkarat...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan menggunakan mata kasar, kebocoran air adalah pada bahagian tangki seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Thermal switch - 85°c

Tangki air diperbuat daripada plastik yang tahan panas dan penutupnya diperbuat daripada tembaga. Sekeping 'gasket' dipasang di antara penutup dan tangki untuk mengelak daripada kebocoran air.

Setelah penutup tangki dibuka...

Setelah saya buka penutup dari tangkinya, saya dapati tiada kebocoran di antara 'gasket' dan tangki dan kebocoran hanya pada bahagian 'gasket' dengan penutupnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'gasket' dikeluarkan...

Setelah diteliti bahagian penutupnya, saya dapati ada tiga bahagian yang mengalami kebocoran pada lubang skru dan telah saya tandakan pada gambar di atas. Kebocoran berlaku sebab skru dikunci terlampau kuat sehingga tenggelam serta tidak rata.

Gam gasket menggunakan silikon...

Sebagai percubaan saya telah ketuk bahgian yang tidak rata pada penutup sehingga rata dan sebelum 'gasket' dipasang kembali, saya lumurkan satu lapisan silikon berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Saya juga lumurkan silikon pada permukaan di antara 'gasket' dan tangki air sebelum ditutup serta dikunci kembali skrunya.

Saya biarkan seharian supaya silikon betul-betul kering sebelum diuji. 'Water heater' ini berjaya diselamatkan dan masalah air bocor selesai.

Selamat mencuba...

Monday, 15 August 2022

JOVEN EC802 water heater repair

Water heater ini telah dirujuk kepada saya beberapa minggu yang lepas dan masalah ketika dirujuk kepada saya ialah boleh dihidupkan namun tidak panas.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, wayar neutral yang disambung ke relay telah lebur seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar neutral pada relay lebur...

Setelah relay tersebut dibuka dan diperiksa dengan membekalkan 12vdc, ada kedengaran bunyi 'tik' namun tiada keterusan pada terminal suis.

G8P-1A4TP 12vdc relay

Rating relay tersebut ialah 30A dengan nombor rujukan G8P-1A4TP seperti tertera pada label dan boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan relay baharu...

Water heater ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah relay yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Monday, 18 October 2021

JOVEN EC802 water heater repair

'Water heater' ini telah saya baiki dua tahun yang lalu dan anda boleh rujuk di sini.

Masalah tidak panas...

Kali ini dia kembali dengan masalah serupa iaitu tidak panas namun komponen yang rosak tidak sama.

Magnet rosak...

Masalah 'water heater' yang tidak panas biasanya melibatkan 'flow sensor' dan setelah dibuka serta diperiksa, kali ini magnet di dalamnya pula yang rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

magnet pada flow sensor...

Magnet biasanya rosak sebab berkarat serta kembung dan tidak bebas bergerak di dalam 'flow sensor'.

Siap...

Cara untuk mengeluarkan magnet tersebut ialah cucuk dengan menggunakan pemutar skru (screw driver) dari bahagian atas. 'Water heater' heater ini sekali lagi berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah magnet yang rosak telah saya gantikan.

Selamat mencuba...


Wednesday, 5 May 2021

JOVEN SA10e repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, model: SA10e dengan masalah 'no power' dan 'tidak panas'.

JOVEN SA10e

Oleh kerana salah satu masalahnya ialah 'no power', saya uji dahulu 'water heater' tersebut dengan membekalkan arus elektrik dan mendapati ada bunyi 'klik' kedengaran.

Setelah penutup dibuka...

Bunyi 'klik' tersebut memberitahu saya PSU (power supply unit) tidak bermasalah sebab bunyi tersebut adalah bunyi relay telah mendapat bekalan elektrik dan berfungsi.

Gantikan lampu LED yang rosak...

Pemeriksaan pada papan litar mendapati hanya sebiji lampu LED berwarna hijau sahaja hangus serta tidak menyala dan telah saya ganti seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Setelah lampu LED saya gantikan dengan yang baru dan diuji, 'water heater' tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula.

Tested -ok

Sebenarnya 'water heater' tersebut boleh digunakan, cuma lampu hijau sahaja yang tidak menyala sebab telah terbakar dan tiada masalah 'tidak panas' seperti dikhabarkan oleh pemilik.

Selamat mencuba...

Tuesday, 23 February 2021

JOVEN SA10e water heater repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'water heater' berjenama JOVEN, model: SA10e dengan masalah 'tidak panas'. Sebelum ini saya pernah baiki 'water heater' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

JOVEN SA10e

Seperti biasa, saya buka dan periksa 'water heater' tersebut namun berakhir dengan tidak menemui sebarang kerosakkan komponen.

Setelah penutup dibuka...

Seterusnya saya dapati yang tinggal cuma dua komponen di luar 'water heater' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah belum diperiksa.

ada penapis di dalamnya...

Pada tombol kedua-dua komponen tersebut tertera perkataan 'filter' dan saya terpanggil untuk membuka serta memeriksanya.

Buka skru...

Setelah dibuka, kelihatan ada bendasing berada di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tarik keluar penapis...

Gambar di bawah adalah bendasing yang telah saya keluarkan dari dalam penapis (filter) tersebut.

Entah apa yang tersumbat di dalam...

Selain daripada bendasing, kelihatan lubang-lubang penapis juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lubang penapis sumbat...

Saya guna jarum halus untuk cucuk dan bersihkan lubang-lubang yang sumbat pada penapis dan gambar di bawah adalah penapis yang telah saya bersihkan.

Tak sumbat lagi...

Selepas penapis pertama siap dibersihkan, saya buka penapis yang satu lagi dan setelah dibuka, ianya juga sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup penapis...

Setelah kedua-dua penapis tersebut saya bersihkan dan diuji, masalah tidak panas telah selesai dan 'water heater' tersebut kembali berfungsi semula.

Keluarkan penapis...

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut cara-cara membuka kedua-dua penapis tersebut.

Selamat mencuba....

Monday, 20 July 2020

Masalah water heater JOVEN terlalu panas

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru berkaitan dengan masalah 'water heater' berjenama JOVEN yang suhunya tidak dapat dilaras dan sangat panas setiap kali dihidupkan.
JOVEN PC838P
Saya sendiri tidak pernah dirujuk masalah sedemikian dan pengalaman ini saya perolehi selepas membantu seorang pengikut blog saya yang meninggalkan komennya pada artikel di sini.

Gambar berikut merupakan perbualan di antara saya dengan beliau.
Untuk pengetahun semua, kerja membaiki barangan elektrik/elektronik ini perlu pemeriksaan yang teliti dan bukannya meramal semata-mata umpama ahli nujum.

Ramai yang bertanya kepada saya meminta pendapat saya, apakah kerosakkan pada peralatan elektrik/elektronik mereka melalui atas talian dengan harapan saya boleh memberi jawapan yang tepat kerosakkan tanpa membuat pemeriksaan.
Setelah beliau menjawab soalan yang saya tanya, kesimpulan yang saya dapat buat ialah kemungkinan kerosakkan pada pelaras suhu (potentiometer) atau mungkin ada komponen pada papan litar utama yang rosak.

Pemeriksaan seterusnya berpandukan kesimpulan saya di atas oleh beliau telah menemui kerosakkan pada pelaras suhu atau potentiometer dan setelah diganti dengan yang baru, masalah 'water heater'nya selesai dan kembali normal serta suhunya boleh dilaras semula.
B300K = 300kΩ
Untuk maklumam semua, nilai potentiometer tersebut ialah 300kΩ.

Pastikan anda ada asas elektronik jika ingin membaiki sendiri. Jika tiada asas, rujuk kepada pakar untuk bantuan.

Selamat mencuba...

Monday, 3 February 2020

JOVEN PC838P water heater repair

'Water heater' seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
JOVEN PC838P
Masalah 'water heater' ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan namun tidak panas dan lampu LED berwarna hijau tidak terang (malap).
Tiada arus elektrik ke elemen pemanas...
Apabila saya periksa voltan pada elemen pemanas, tiada bacaan langsung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Lampu LED berwarna hijau malap...
Setelah diperiksa komponen pada papan litar, saya menjumpai perintang 5.6kΩ putus dan kedukukannya pada papan litar telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Perintang 5.6kΩ putus...
JOVEN PC838P water heater repair

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Perintang 5.6kΩ tersebut dilabel sebagai R1 pada papan litar.
Keluarkan perintang yang putus...
Jika anda tanya saya bagaiman saya tahu nilai perintang tersebut ialah 5.6kΩ sedangkan warnanya tidak kelihatan lagi? Jawapannya ialah saya rujuk kepada gambar pada artikel lepas di sini dan warnanya ialah 'hijau,biru,merah' = 5.6kΩ.
Gantikan perintang 5.6kΩ yang baru...
Setelah perintang 5.6kΩ dan lampu LED berwarna hijau saya tukar dan diuji, 'water heater' tersebut kini kembali panas dan voltan pada elemen pemanas ialah 120vac setelah thermostat dilaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Dah ada arus elektrik ke elemen pemanas... (120vac)
Selamat mencuba...

Friday, 24 January 2020

JOVEN 880e water heater repair

Hari ini saya dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: 880e dengan masalah lampu hijau tidak menyala dan tidak panas.
Joven 880e
Pemeriksaan pada lampu hijau yang tidak menyala adalah disebabkan salah satu terminalnya berkarat serta putus dan telah saya sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lampu hijau tak menyala...

Seterusnya pemeriksaan pada flow sensor mendapati bahawa magnetnya tidak bebas bergerak dan setelah dibuka, keadaannya boleh dilihat seperti pada gambar di bawah. Flow sensor tidak dapat dibaiki dan perlu ditukar dengan yang baru.
Flow sensor rosak
Setelah flow sensor ditukar dan diuji, kadang-kadang lampu merah masih tidak menyala disebabkan reed sensor kurang sensitif dan jauh dari flow sensor. Bagi mengatasi masalah sebegini, cara untuk mendekatkan reed switch kepada flow sensor ialah dengan memindahkan reed sensor ke bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Reed switch dipindah ke bawah...
Setelah reed switch dipindahkan ke bahagian bawah papan litar dan diuji, kini masalah kadang-kadang tidak panas telah selesai dan kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday, 10 January 2020

Joven Water Heater Flow Sensor repair

'Water heater' ini telah saya baiki sebelum ini untuk kegunaan sementara sahaja dan anda boleh membacanya di sini.
magnet lama & magned baru
Hari ini saya telah menerima alat ganti yang baru iaitu magnet untuk flow sensor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan magnet baru...
Apa yang perlu dilakukan ialah keluarkan magnet yang telah saya baiki dahulu untuk kegunaan sementara dan gantikan dengan yang baru.
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Untuk makluman semua, magnet yang saya baiki itu harus ditukar sebab telah pecah dan berkarat. Jika tidak ditukar suatu hari nanti masalah yang sama akan berulang.
Testing...
Masalah magnet berkarat seperti ini jarang berlaku dan ianya merupakan 'manufacturing defect' iaitu air telah meresap masuk ke bahagian magnet dan menyebabkannya berkarat.
Tested - ok
Selamat mencuba...