Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, 5 September 2026

TOP power tool charger

Power tool berjenana TOP ini pernah saya baiki dan anda boleh rujuk di sini.

4.0Ah Li-ion battery

Walaupun label pada bateri tercatat 98V namun bila diukur menggunakan multimeter cuma 21v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

21v
Alat pengecas yang digunakan juga dilabel 21v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Charger output - 21v

Sewaktu dicas, lampu merah menyala dan bertukar ke warna hijau setelah penuh dicas.

Charging - red

Pastikan guna pengecas asal atau pengecas dengan voltan yang sesuai sewaktu membeli pengecas baru menggantikan yang rosak.

Fully charged - green

Selamat berDIY...

Thursday, 27 August 2026

Dong Cheng DMY02-185 circular saw repair

Gergaji elektrik berjenama Dong Cheng, model DMY02-185 ini telah lama ditinggalkan oleh pemilik kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Dong Cheng DMY02-185 circular saw...

Menurut pemilik, kali terakhir digunakan ianya berasap sebelum gagal berfungsi. 

Model: DMY02-185

Setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada motor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Stator & armature terbakar...

Kedua-dua stator dan armature pada motor terbakar akibat panas melampau.

Gambar di bawah ialah alat ganti yang baru saya beli dan kesemuanya tulen dari kilang Dong Cheng, China.

Alat ganti baru...

Gambar berikut menunjukkan perbezaan stator yang rosak dengan yang baru.

Gantikan stator baru...

Gergaji elektrik ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen yang rosak telah diganti iaitu:-

  1. Armature 
  2. Stator 
  3. Carbon brush 

Gambar tangkap layar di bawah ialah kos alat ganti yang saya beli melalui atas talian, LAZADA.

Jumlah kos - RM109.69

Apa kata anda, adakah ianya berbaloi dibaiki atau lebih berbaloi lagi jika beli gergaji elektrik yang baru?

Renung-renungkan... 

Sunday, 2 August 2026

BOSCH GBH 2-26 DRE repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah gerudi elektrik berjenama BOSCH model GBH 2-26 DRE dengan masalah gagal berfungsi.

BOSCH GBH 2-26 DRE

Menurut pemilik, ianya mengeluarkan asap sewaktu kali terakhir digunakan.

Carbon brush hilang...

Ianya telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum dirujuk kepada saya. Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah carbon brush serta bearing telah tiada.

Bearing juga hilang...

Pemeriksaan awal mendapati komponen yang rosak serta hilang ialah:-

  1. Sebiji bearing
  2. Carbon brush
  3. Stator 
Gantikan stator yang terbakar...

Gambar di atas menunjukkan stator telah saya gantikan dengan yang baru. Gegelung stator asal berwarna hitam akibat panas melampau.

Pasang carbon brush baru (5mm x 8mm x 19mm)

Nombor rujukan bearing yang hilang ialah 607 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan bearing yang hilang - 607

Setelah kesemua komponen rosak di atas telah saya ganti dan diuji, ianya boleh boleh berfungsi namun pergerakkan motor sangat pelahan.

Gantikan armature baru...

Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan armature juga turut rosak akibat panas melampau.

Bearing sebelah dalam - 609

Gerudi elektrik ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah armature turut diganti.

Selamat berDIY... 

Sunday, 12 July 2026

Dust Dome aka Dust Cap

Speaker subwoofer ini telah lama diberikan oleh rakan sekerja kepada saya beberapa tahun lalu dengan keadaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Audio stream CRYSTAL subwoofer (AS-120)

Jenama speaker ini ialah audio stream CRYSTAL, model AS-120 dengan dust cap (dust dome) telah berlubang.

Dust cap koyak...

Baru-baru ini saya telah beli dust cap baru dengan diameter 11.5cm seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka dust cap...

Saya panaskan gam pada dust cap lama menggunakan 'SMD rework station' dan gambar di bawah menunjukkan dust cap lama yang berlubang telah berjaya ditanggalkan.

Dust cap koyak...

Saya gam dust cap yang baru menggunakan gam khas untuk speaker iaitu T-8000 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Guna gam T-8000

Gam tersebut akan kering pada bahagian luar sahaja dalam kira-kira 3 minit namun dibiarkan sehingga 48 jam untuk kering 100% menurut labelnya.

Gam dust cap baru...

Gambar di bawah ialah hasilnya setelah dust cap telah siap saya tukar. Fungsi dust cap ialah untuk mengelak bendasing masuk ke bahagian mekanikal speaker.

Siap..

Selamat berDIY...

Tuesday, 30 June 2026

DENSO DRIVER, TURBO MOTOR

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk benda sama dan anda boleh rujuk di sini.

DENSO DRIVER, TURBO MOTOR...

Menurut pemilik, masalahnya ialah kereta boleh dihidupkan namun injin tidak lancar bila pedal minyak ditekan selain lampu 'check engine' menyala.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa menggunakan multimeter, saya gagal menemui sebarang komponen yang rosak.

Tiada keterusan...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui salah satu pin IC yang berlabel IC101 (8007FG) pada papan litar tiada keterusan.

Siap...

Masalah selesai setelah saya pateri semula pin tersebut dan keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Saturday, 27 June 2026

JAPAN self-locking switch repair (Pioneer A-201 stereo amplifier)

Sebelum ini saya pernah kongsikan kerja DIY menyelenggera amplifier sendiri yang berjenama Pioneer dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Masalah pada butang 'direct'...

Kebelakangan ini masalah yang sering terjadi ialah suara sebelah speaker kadang-kadang tidak berbunyi namun kembali normal setelah butang suis 'direct' saya tekan berulang kali.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, masalah suis tersebut ialah tidak lancar bila ditekan dan kadang-kadang melekat.

Buka suis yang bermasalah...

Sebelum dibuka, saya sembur bahagian mekanikal menggunakan 'contact cleaner' namun masalah tetap sama.

Buka lagi...

Seterusnya saya buka suis tersebut dan membersihkan bahagian dalam menggunakan 'contact cleaner'.

Setelah suis dibuka...

Masalah selesai setelah kerja pembersihan bahagian dalam suis selesai.

Pasang klip...

Klip video di bawah menunjukkan sebahagian rakaman proses kerja menyelengaraan yang telah saya lakukan.

Selamat berDIY... 

Thursday, 18 June 2026

DRIVER, TURBO MOTOR (89878-71060)

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk dua buah module 'driver, turbo motor' untuk kereta TOYOTA seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Driver, turbo motor - TOYOTA

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah:-

  1. Kereta boleh dihidupkan namun injin tidak stabil.
  2. Boleh digunakan namun lampu 'check engine' menyala serta kereta tidak lancar pada kelajuan tertentu.

Setelah dibuka...

Walaupun kedua-duanya dengan masalah berbeza namun kerosakkannya sama iaitu litar pintas pada sebiji transistor yang berlabel A1244.

Litar pintas pada A1244 PNP transistor... 

Klip video di bawah saya rakam menunjukkan litar pintas pada pin base dan collector.

Module ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji transistor sahaja.

Sebelum dibaiki - 445uf 

Gambar di atas dan di bawah adalah perbezaan bacaan kapasitan pada kapasitor sebelum dan selepas dibaiki.

Setelah dibaiki - 50uf

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Monday, 15 June 2026

Hall Effect Sensors

Hall Effect Sensors banyak digunakan pada kipas angin brushless.

MTS276S hall effect sensor

Gambar di bawah menunjukkan pinout keempat-empat terminal pada hall effect sensor.

276 hall effect sensor pinout

Gambar berikut pula adalah skema yang saya guna untuk menguji hall effect sensor.

276 hall effect sensor schematic

Lampu LED yang disambung kepada DO dan DOB akan menyala jika ada medan magnet kutub utara atau kutub selatan pada hall effect sensor.

Saya menggunakan lampu LED berwarna biru dan merah untuk membina litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lampu LED yang menyala berubah apabila hall effect sensor didekati medan magnet.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan menunjukkan perubahan lampu LED yang menyala setelah medan magnet diubah.

Selamat berDIY... 

Friday, 12 June 2026

HINO 3 ton truck instrument cluster repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk instrument cluster untuk lori berjenama HINO dan anda boleh rujuk di sini.

HINO instrument cluster

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi instrument cluster untuk lori berjenama HINO seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Menurut pemilik ianya gagal berfungsi setelah terlebih voltan dari alternator yang bermasalah.

Litar pintas - CBK2

Setelah dibuka serta diperiksa, saya menemui satu komponen mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Untuk makluman semua, komponen berlabel CBK2 merupakan TVS diod dengan rating 24v. 

Bahagian bawah papan litar...

Instrument cluster ini masih gagal berfungsi setelah CBK2 di atas telah diganti.

Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji diod jenis SMD putus seperti boleh ditonton pada klip video di atas. 

Gantikan diode yang putus (V6)

Instrument cluster ini berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen rosak di atas telah diganti.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...