Thursday 30 April 2020

THOR T5 16W 4000K LED light repair

Sebelum ini saya pernah membaiki lampu LED T5 seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini. Kali ini lampu LED T5 tersebut mempunyai jenama iaitu THOR seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
THOR T5 LED light
Masalah lampu LED ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan namun berkelip-kelip apabila arus elektrik dibekalkan kepadanya.
Komponen yang rosak...
Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan LED driver tidak membekalkan arus eletrik yang mencukupi untuk kegunaannya. Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu:-
  1. sebiji kapasitor utama 6.8uF, 400v
  2. sebiji kapasitor output 3.3uF, 250v
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, lampu tersebut tidak berkelip-kelip lagi dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 29 April 2020

Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan bantuan khas iaitu bantuan khas Sarawaku sayang (BKSS) untuk penduduk Sarawak sahaja bagi menangani pandemik CoVid-19 bulan  lepas. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di sini.

Semua penerima bantuan sara hidup (BSH) tidak perlu memohon dan wang bantuan BKSS akan dikredit terus ke dalam akaun mereka masing-masing.
Syarat kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti boleh dibaca pada gambar di atas. Jika anda memenuhi kedua-dua kriteria di atas dan tercicir sebelum ini, anda boleh membuat rayuan dengan mengisi borang di sini.

Harapan untuk dapatkan rayuan bantuan itu ada tapi keputusannya kena tunggu dan semak selepas 15/6/2020 seperti dimaklumkan setelah permohonan diterima dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap & semak pada 15/6/2020

Rayuan bantuan tidak banyak membantu ketika ini disebabkan perlu menunggu sebulan setengah atau kira-kira 46 hari lagi sebelum mengetahui keputusannya. Kepada mereka yang terdesak memerlukan bantuan segera berupa makanan boleh memohon melalui ketua kaum/penghulu atau wakil rakyat di kawasan anda.

Selamat duduk di rumah...

Tuesday 28 April 2020

Pendaftar Wang Tak Dituntut (unclaimed money)

Wang yang disimpan di syarikat kewangan atau bank akan diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut (unclaimed money) jika tidak aktif setelah suatu jangka masa yang tertentu.

Kini anda boleh mengetahui dengan memeriksa di laman sesawang di kementerian kewangan di sini.

Berikut merupakan langkah mudah yang perlu anda lakukan sebelum boleh membuat pemeriksaan serta tuntutan:-

  1. Pendaftaran
  2. Daftar masuk (login)
  3. Semak

1. Klik 'pendaftaran'...
2. Daftar masuk (login)
3. Semak...
Tuntut sendiri untuk elak penipuan.
Ada juga rupanya...
Selamat menuntut wang tak dituntut (WTD) - jika ada...

Monday 27 April 2020

SIEMENS DM8 230R repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
SIEMENS DM8 230R
Hari ini saya dirujuk benda yang sama dengan kerosakkan yang sama namun symptom yang berbeza. Pemilik memberitahu ianya tidak berfungsi dengan masalahnya lampu indikator merah tidak bertukar kepada warna hijau.
Gantikan kapasitor utama 4.7uF, 400v
Ketika saya mengujinya, lampu merah berkelip-kelip beberapa kali sebelum menyala tanpa berkelip lagi.
0.784uF sahaja (kapasitor rosak)
Apabila saya buka dan periksa, sebiji kapasitor utama didapati rosak iaitu 4.7uF, 400v seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu kerosakkan yang sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini.
Testing...
Setelah kapasitor utama tersebut saya tukar dan diuji, lampu indikator merah tidak berkelip lagi dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday 26 April 2020

MYTV Channel 105 (DRAMA SANGAT)

MYTV kini ada channel baru dengan nombor 105 dan dilabel sebagai DRAMA SANGAT.

Channel 105 - DRAMA SANGAT

Cara untuk mendapatkan channel tersebut ialah dengan melakukan carian automatik atau carian manual pada dekoder MYTV seperti berikut:-

1. Carian automatik

Tekan 'menu' dan pilih 'auto search'...
Tekan 'ok' dan tunggu sehingga carian selesai...

2. Carian manual

Tekan 'menu' dan pilih 'manual search'...
Pilih 'channel no' dan tukar ke 47...
Pilih 'start search' dan tunggu sehingga carian selesai...

Selamat berhibur & menonton...

Kemaskini - Channel 105 (Drama sangat) telah ditamatkan pada awal bulan april 2022 & digantikan dengan channel 116 (SukeTV)

Saturday 25 April 2020

CoVid-19 Movement Control Phase 4

Perintah kawalan pergerakan fasa 3 yang bakal berakhir pada 28/4/2020 telah dilanjutkan selama 2 minggu lagi ke 12/05/2020.
Pada pandangan saya, selagi masih ada kes baru positif CoVid-19 dilaporkan, PKP akan dilanjutkan lagi setelah tamat fasa 4 pada 12/5/2020 kelak.

Singapura merupakan negara pertama yang menamatkan 'circuit breaker' (CB) pada hujung bulan Mac berikutan tiada kes baru lagi di negaranya namun kini terpaksa mengeluarkan perintah berkurung sehingga Jun 1, 2020.

Majoriti kes baharu di Singapura setelah menamatkan CB ialah kes import yang dibawa masuk oleh pekerja asingnya dan menular di asrama pekerja.

Oleh itu, sekiranya tiada kes CoVid-19 yang baharu di negara kita dalam masa terdekat, kawalan sempadan harus diteruskan bagi mengelak kes import seperti yang dilalui Singapura.
Apa pun, lupakan saja 'tahun melawat Malaysia 2020' dan industri pelancongan telah berkubur sejak PKP dikuatkuasakan yang saya kira akan belarutan sehingga hujung tahun.

Bersama-sama kita bekerjasama membenteras CoVid-19 dengan hanya duduk di rumah sahaja. Mudah bukan?

Friday 24 April 2020

PHILIPS GC148 Dry Iron repair

Sebelum ini saya pernah menukar wayar seterika yang lusuh dan anda boleh membaca cara-caranya di sini atau di sini.
Wayar putus...
Pagi ini saya dirujuk sebuah seterika yang sama dan tidak berfungsi walaupun arus eletrik telah dibekalkan. Pemeriksaan awal mendapati bahawa tiada 'continuity' pada wayar hidup (L). 

Wayar tersebut kelihatan masih elok dan setelah diteliti saya dapati bahawa ada kesan terbakar berdekatan pada plug 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong bahagian yang putus...
Dipendekkan cerita saya potong bahagian yang ada kesan terbakar tersebut dan sah ianya putus setelah saya uji dengan multimeter.
Buang sebahagian penyalut wayar...
Gambar-gambar berikut merupakan cara-cara bagaimana saya menukar plug 3-pin yang baru.
Balut dengan pitar wayar supaya tidak berbulu...
Setelah plug 3-pin yang baru telah disambung dan diuji, kini seterika tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Gantikan plug 3-pin yang baru...
Pastikan ketiga-tiga wayar disambung dengan betul seperti pada gambar di atas.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday 23 April 2020

Off-Facebook Activity

Baru-baru ini saya perasan bahawa facebook kini seolah-olah serba tahu dan banyak iklan berkait rapat dengan sesuatu yang saya cari di atas talian (online) muncul pada dinding (wall) mukabuku (facebook) saya.
Semuanya terjawab setelah saya terbaca salah satu 'posting' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Rupa-rupanya beberapa bulan yang lepas, facebook telah menaiktaraf aplikasinya dan mampu menjejaki aktiviti kita di atas talian.

Jika anda tidak mahu facebook menjekaki aktiviti kita di atas talian ketika melayari internet, ianya boleh dipadam (off) dan caranya ialah seperti berikut:-
1. Pilih 'setting & Privacy'

2. Pilih 'Setting'

3. Pilih 'Off-Facebook activity'

4. Pilih 'More option'

5. Pilih 'Manage Future Activity'

6. Tekan butang 'Manage Future Activity'

7. Laraskan butang biru ke kiri...

8. Tekan 'Turn Off'

Siap...
Dari dulu, kini dan selamanya saya tidak meminati transaksi atas talian terutamanya urusan perbankan menggunakan e-banking kerana banyak kes penipuan telah dilaporkan saban hari.

Saya juga tidak hairan 'hacker' mampu mencuri data perbankan kita hanya dengan mencipa aplikasi yang mirip seperti facebook di atas.

Elakkan urusan perbankan di atas talian (e-banking) menggunakan telefon mudah alih anda...

Wednesday 22 April 2020

LEGRAND Mallia key card switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'key card switch' tetapi jenama yang berlainan dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: LEGRAND, Model: Mallia
Jenama 'key card switch' yang saya kongsikan kali ini ialah LEGRAND, Model: Mallia buatan Perancis (France).
Setelah dibuka...
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak berfungsi walaupun kad kunci (key card) telah dimasukkan.
Keluarkan papan litar...
Gambar di atas menunjukkan rupa papan litarnya setelah dibuka dan kelihatan berdebu termasuk bahagian sensor. Setelah papan litar tersebut saya bersihkan dan diperiksa, tiada komponen yang didapati rosak.
Testing...
Seterusnya saya uji 'key card switch' tersebut dengan membekalkan arus elektrik kepadanya  seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan dibawah.
Testing...
'Key card switch' tersebut boleh berfungsi seperti biasa dan boleh ditonton pada klip video di penghujung blog ini.
Tested - ok
Kemungkinan masalah sebelum ini adalah disebabkan oleh debu yang melekat pada sensor dan telah saya bersihkan sebelum diuji. 'Key card switch' tersebut telah saya uji seharian tanpa sebarang masalah.
Siap...
Selamat mencuba...

Tuesday 21 April 2020

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan bantuan dari kerajaan negara kita untuk membantu golongan B40 & M40 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bagi menghadapi pandemik CoVid-19.
Permohonan BPN telah saya buat pada 3/4/2020 dan mendapat kelulusan segera pada hari yang sama. Pagi ini ketika saya membuat semakan pembayaran, saya dapati butang tambahan kelihatan iaitu 'maklumat bayaran' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tekan butang tersebut (maklumat bayaran) dan anda akan mengetahui maklumat bayaran BPN anda.
Bayaran BPN saya telah disalurkan terus ke dalam akaun simpanan saya pada 13/04/2020 iaitu setelah 10 hari permohonan diluluskan.

Walaupun pembayaran telah dibuat pada 13/4/2020, tiada pemberitahuan dalam bentuk e-mail atau sms yang saya terima seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ini lah punca kenapa orang ramai beratur panjang di mesin-mesin ATM saban hari untuk memeriksa bantuan BPN masing-masing yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan trafik yang dilaporkan setiap hari.

Bersama-sama kita perangai CoVid-19 dengan duduk di rumah sahaja. Kita mesti menang...

Monday 20 April 2020

KDK 5 blades ceiling fan repair

Di musim PKP ini kipas angin merupakan peralatan elektrik yang penting di waktu siang.
Papan litar kipas siling...
Pagi ini saya dirujuk sekeping papan litar untuk kipas angin siling berjenama KDK dengan masalah boleh berputar tetapi terlalu perlahan.
0.82uF cuma tinggal 0.57uF
Sebelum ini saya pernah membaiki kipas siling yang juga berjenama KDK dengan masalah yang sama dan boleh dibaca di sini. Papan litar kali ini berbeza berbanding dengan kipas berjenama KDK yang saya baiki dahulu.
Tambah sebiji 0.33uF...
Setelah diperiksa menyeluruh, tiga biji kapasitor didapati rosak iaitu:-
  1. Sebiji kapasitor 1.8uF, 400v
  2. Sebiji kapasitor 0.82uF, 275v
  3. Sebiji kapasitor 0.1uF, 275v
0.5 + 0.3 = 0.8uF
Saya tidak mempunyai kapasitor 0.82uF dan terpaksa mengubahsuai dengan menambahkan sebiji 0.33uF kepada kapasitor asal yang cuma tinggal 0.57uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap...
Gambar di atas menunjukkan papan litar yang telah siap dibaiki. Setelah diuji, masalah berputar dengan perlahan telah diatasi dan kembali berkhidmat seperti kipas yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...