Showing posts with label Vacuum sealer. Show all posts
Showing posts with label Vacuum sealer. Show all posts

Sunday, 28 January 2024

Najis lipas merosakkan papan litar

Sealer model P290 ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Papan litar sealer P290

Baru-baru ini ianya dirujuk semula dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi dan rasanya masalah sama berulang.

Perintang R9 putus...

Setelah papan litar dibuka serta diperiksa, kali ini perintang R9 pula terbakar dan putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan perintang R10 (472) tidak normal...

Pemeriksaan pada perintang R10 mendapati nilainya telah jauh berubah dari asal uaitu 4.7kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan perintang R9 & R10...

Kali ini saya gantikan kedua-dua perintang tersebut dengan perintang 1/8w seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

siap...

Masalah selesai dengan menggantikan perintang R9 & R10 sahaja dan sealer ini kembali berfungsi semula. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di penghujung blog ini.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Wednesday, 8 November 2023

P290 vacuum sealer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'vacuum sealer' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

P290 vacuum sealer

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi 'vacuum sealer' yang sedikit besar dari yang lepas dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

Model No.: P290

Pemeriksaan fius 13A pada plug 3-pin elok dan seterusnya saya terpaksa buka vacuum sealer untuk pemeriksaan lanjut.

Cabut kabel & 'vent' untuk buka penutup bawah...

Setelah dibuka, banyak lipas di dalamnya kelihatan serta bau najis lipas yang menusuk hidung dan saya terpaksa menyembur 'aerosol' untuk membunuh lipas bagi mengelak daripada membiak di rumah saya.

Penutup bawah dipenuhi tahi lipas...

Setelah kesemua lipas terkorban, saya buka papan litarnya untuk melakukan proses troubleshooting.

Buka papan litar

Anda boleh melihat mayat lipas yang telah terkorban setelah disembur 'aerosol' berjenama 'Ridsest advance' pada gambar di atas dan di bawah.

Bawah papan litar juga dipenuhi lipas...

Papan litar juga dipenuhi dengan najis lipas dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati seekor lipas telah melekat pada sebiji perintang berlabel R9 (432) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lipas mati melekat pada perintang R9...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati perintang R10 putus namun labelnya tidak kelihatan lagi akibat telah terbakar.

Perintang R10 putus...

Perintang R9 & R10 disambung bersiri ke pin 8 pada sebiji ic berlabel 36B65 dan kebiasaannya nilai rintangan kedua-duanya adalah sama.

R9 = 432 (4.3kΩ)

Masalah yang saya hadapi ialah tiada stok perintang 432 (4.3kΩ) dan nilai perintang paling dekat ada ditangan ialah 472 (4.7kΩ).

R10 saya gantikan dengan 472 (4.7kΩ)

Vacuum sealer ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah perintang R10 yang terbakar telah saya gantikan.

Tested - ok

Untuk pengetahuan semua, saya juga telah bersihkan kesemua mayat lipas serta najisnya sebelum dipasang kembali

Selamat mencuba...

Tuesday, 5 September 2023

FreshpackPro-HP SL-1001 vacuum sealer repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'vacuum sealer' dengan masalah proses vacuum gagal berfungsi.

FreshpackPro-HP vacuum sealer

Sewaktu saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan serta boleh melakukan 'sealing' namun gagal 'vacuum' (menyedut udara).

Model: SL-1001

Lampu hijau berkelip-kelip setelah butang vacuum ditekan namun senyap tanpa sebarang aktiviti.

Setelah dibuka...

Saya menjangkakan mungkin masalah motor, pam atau mungkin ada komponen pada papan litar yang rosak.

Tiada kerosakkan komponen pada pada papan litar...

Pemeriksaan dengan pandangan kasar pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Motor pam gagal berfungsi...

Seterusnya saya uji motor pam dan mendapati ianya gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik 12v.

Setelah pam dibuka...

Bahagian dalam pam kelihatan berkarat setelah dibuka dan motor juga gagal berpusing bila ditolak dengan jari.

Selengara motor...

Saya buka motor untuk melakukan proses penyelengaraan dan bahagian pengandar motor saya bubuh gris agar licin.

Bubuh gris...

Setelah motor siap diselengara serta diuji, motor boleh berpusing namun sebiji kapasitor yang disambung selari sangat panas walaupun diuji sekejap sahaja.

Litar pintas pada kapasitor (104 = 100nf)

Pada mulanya saya potong/buang kapasitor tersebut dan dipasang kembali ke papan litar untuk diuji.

Kapasitor 104 rosak...

Walaupun motor boleh berfungsi bila diuji dengan menggunakan transformer 12v namun ianya gagal berfungsi setelah dipasang ke papan litar sebab tiada kapasitor yang berlabel 104 disambung selari.

Gantikan kapasitor baharu...

Masalah selesai setelah saya gantikan kapasitor dengan nombor rujukan 104 (100nf) pada bahagian motor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...