Showing posts with label KENWOOD. Show all posts
Showing posts with label KENWOOD. Show all posts

Saturday, 4 July 2020

KENWOOD SM650 sandwich maker repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki mesin membuat sandwich (sandwich maker) berjenama KENWOOD, Model: SM650.
Jenama: KENWOOD
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak dapat dihidupkan dan lampu indikator juga tidak menyala.
Model: SM650
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang ditemui rosak ialah:-
  1. sebiji thermal fuse (10A, 240C)
  2. sebiji lampu neon (hijau)
Buka penutup bahagian bawah...
Kedudukan thermal fuse telah saya tandakan pada gambar di atas dan cara memeriksanya adalah sama dengan fius biasa iaitu mesti ada 'continuity'.
Gantikan thermal fuse 10A, 240C...
Pastikan anda gantikan dengan nilai yang sama. Gambar di bawah pula menunjukkan lampu neon untuk indikator berwarna hijau yang telah saya gantikan dengan yang baru.
Gantikan lampu neon yang rosak...
Setelah komponen yang rosak telah diganti, periksa dengan multimeter dan anda seharusnya mendapatkan bacaan rintangan elemen pemanas pada plug 3-pin.

Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
  1. Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 700w
  2. Arus elektrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)

700 = I(240)
I = 700/240 = 2.92A

(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)

240 = 2.92(R)
R = 240/2.92 = 82Ω
Testing - 85Ω
Jika anda tidak mendapat sebarang bacaaan seperti di atas, bermaksud masih ada kerosakkan yang belum ditemui. Alat pembuat sandwich tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 29 June 2019

KENWOOD HM430 hand mixer repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'hand mixer' berjenama KENWOOD, Model: HM430 dengan masalah tidak berpusing.
Jenama: KENWOOD
Masalah mixer yang tidak berpusing biasanya adalah disebabkan gear yang mengerakkannya telah haus. Sebelum ini saya juga pernah membaiki mixer dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Model: HM430

Pandangan dalam setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, memang sah gear telah haus dan harus diganti. Anda boleh melihat keadaan gear yang telah rosak seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Gear telah haus...
Masalah yang dihadapi ialah kos untuk mendapatkan gear yang baru menelan belanja yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Dua-dua gear telah haus...
Harga gear tersebut cuma kira-kira dalam £2.5 sehingga £7 sahaja namun setelah ditambah dengan kos penghantaran harganya boleh mencecah £10 hingga £15 iaitu kira-kira RM60 sehingga RM80 bergantung kepada harga pembekal. Anda boleh membelinya secara online di sini atau di sini. Harga untuk mendapatkan sebuah mixer yang baru kini cuma kira-kira dalam RM138.00 sahaja.
Cuci dengan bersih...
Oleh kerana tidak berbaloi untuk membeli gear yang baru, maka saya cuba baiki gear tersebut dengan menggunakan gam epoxy. Cara membaikinya boleh anda baca di sini.
Baiki gear tersebut dengan gam epoxi...
Setelah gear tersebut dibaiki dan diuji, 'hand mixer' tersebut masih boleh digunakan namun tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan.
Tested - ok
Selamat mencuba...