Showing posts with label CAFERINA. Show all posts
Showing posts with label CAFERINA. Show all posts

Monday, 16 January 2023

CAFERINA coffee warmer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'coffee warmer' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

CAFERINA RHP Decanter Warmer

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'coffee warmer' dengan masalah bila suis dihidupkan, seluruh rumah bergelap.

Pin neutral disambung ke elemen pemanas...

Menurut pemilik, masalah asalnya ialah suisnya rosak dan dia telah digantikan dengan yang baharu.

Saya juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak termasuk suis yang ditukar oleh pemilik.

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui pendawaiaan pada suis tersalah sambung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Cara sambungan...

Suis ini dipanggil 'rocker switch' dan ianya mempunyai 3 terminal. Cara menyambungnya telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.

Cara sambungan...

Kesilapan pendawaiaan oleh pemilik ialah pada terminal berwarna perang pada suis. Pemilik telah menyambungkannya kepada elemen pemanas dan wayar hidup (L) serta neutral (N) pula disambung pada bahagian suis.

Siap...

Keterangan terperinci cara penyambungan suis ini boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Monday, 23 March 2020

CAFERINA THP Decanter Warmer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki 'warmer' berjanama CAFERINA, Model: THP dengan masalah salah satunya tidak panas.
Jenama: CAFERINA
'Warmer' seperti ini biasanya digunakan untuk mengekalkan suhu minuman dan biasanya boleh dilihat dan digunakan di resturant atau khidmat katering.
Model: THP
Apabila saya buka penutup bahagian bawahnya, saya menjumpai punca kerosakkannya iaitu wayar penyambung kepada salah satu pemanasnya putus seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
wayar pemanas putus...
Pemanasa seperti ini boleh dibuka dan dibaiki dan caranya ialah umpilkan bahagian tepi pemanas seperti yang telah saya lakukan pada gambar di bawah.
Buka pemanasnya...
Setelah dibuka, sambungkan bahagian yang putus kembali dengan wayar. Kerja penyambungan harus dilakukan dengan berhati-hati disebabkan elemen pemanas sangat halus dan mudah putus.
Sambung wayar yang putus...
Setelah siap disambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya, periksa dengan multimeter untuk memastikan tiada litar pintas dan rintangan elemen pemanas yang digunakan untuk 'warmer' tersebut ialah 645Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Rintangan pemanas - 645Ω
Gambar di bawah menunjukkan wayar yang putus sebelum ini telah saya sambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya.
Siap...
Apaila diuji dengan membekalkan arus elektrik, ianya kembali panas dan masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...