Showing posts with label FSP. Show all posts
Showing posts with label FSP. Show all posts

Friday, 12 May 2023

ATX-250PA(1) SMP PSU repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

ATX-250PA(1)

Menurut pemilik, masalahnya ialah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: FSP

Dari pengalaman lepas, masalahnya ialah kerosakkan pada sebiji zener diod berlabel ZD06 pada bahagian bawah papan litar.

ZD06 - litar pintas

Pemeriksaan pada ZD06 mendapati ianya mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Label pada zener diod tersebut ialah WI atau zener diod 12v.

zener diod (WI) yang rosak...

Litar pintas selesai setelah zener diod tersebut telah saya gantikan dengan baharu namun ianya masih gagal berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

Setelah ZD06 ditukar...

Seterusnya saya periksa pula komponen pada bahagian atas papan litar dan tidak banyak komponen yang boleh diperiksa seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bahagian atas papan litar...

Pemeriksaan teliti mendapati sebiji perintang berlabel R7 pada papan litar putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang R7 putus - 4.7kΩ

Nilai perintang berlabel R7 ialah 4.7kΩ dengan kod warnan kuning, ungu, merah.

Gantikan perintang baharu...

Biasanya jika perintang yang putus akan terbakar serta berwarna hitam namun perintang ini kelihatan elok pada pandangan mata kasar seperti pada gambar di bawah.

4.7kΩ (kuning, ungu, merah)

PSU ini berjaya diselamatkan setelah dua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan iaitu:-

  1. ZD06 - zener diod 12v (WI)
  2. R7 - perintang 4.7Ω, 1/4W (kuning, ungu, merah)

Selamat mencuba...

Friday, 1 October 2021

ATX-250PA(1) SMPS PSU repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki PSU jenis SMPS untuk kegunaan komputer dan anda boleh rujuk di sini.

ATX-250APA(1)

Hari ini saya dirujuk sebuah PSU yang serupa dengan masalah tidak menghasilkan output. Setelah dibuka, komponen pertama yang bermasalah ditemui ialah kipas tidak berpusing bila ditolak.

Kapasitor kembung...

Selain daripada masalah kipas, 4 biji kapasitor juga kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Kapasitor kembung...

Kipas masih boleh berfungsi semula setelah dibuka, dibersihkan dan diminyakkan.

Hitam + merah = 5v

Setelah siap kipas diselengara dan kapasitor yang kembung saya tukarkan serta diuji, PSU ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

hitam + kuning = 12v

Kerosakkan PSU ini bermula dari kipas yang gagal berfungsi dan mengakibatkan panas melampau sehingga kapasitor kembung.

Kapasitor yang rosak...

Selamat mencuba...

Monday, 12 October 2020

ATX-250PA(1) SMP PSU repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah PSU (power supply unit) keluaran FSP Group Inc., Model: ATX-250PA(1) untuk kegunaan komputer ACER dengan masalah komputer tidak dapat dihidupkan.

ATX-250PA(1)

Ketika saya mengujinya dengan membuat pintasan wayar berwarna hijau dengan wayar berwarna hitam, ianya boleh dihidupkan namun apabila dipasang kembali kepada komputer, ianya gagal berfungsi bila butang power ditekan.

Setelah penutup dibuka...

Ujian di atas memberitahu saya bahawa PSU tersebut tidak rosak sepenuhnya dan cuma tidak dapat dihidupkan dengan menggunakan sistem komputer.

Bahagian bawah papan litar...

Ini disebabkan proses menghidupkan komputer bukan melalui pintasan seperti yang saya lakukan di atas. Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji zener diod berlabel ZD6 pada papan litar didapati putus dan telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.

Zener diod ZD6 putus...

Label pada zener diod tersebut ialah WI dan ia merupakan zener diod dengan voltan 12v. Anda boleh rujuk di sini untuk code zener diod jenis SMD.

Keluarkan zener diod yang rosak...

Zener diod jenis SMD berlabel WI pula saya tak ada dan saya guna zener diod biasa seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan zener diod yang baru...

Gambar di atas menujukkan diod tersebut telah saya gantikan dan setelah diuji, ianya kini boleh dihidupkan semula dengan menekan butang power pada komputer.

Tested - ok

PSU tersebut telah berjaya di selamatkan dan klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya setelah siap dibaiki.

 Selamat mencuba...

Saturday, 9 March 2019

FSP250-50GUB SMPS repair

Hari ini kongsikan pengalaman baru membaiki SMPS (switching mode power supply) buatan FSP Group Inc., model: FSP250-50GUB. Saya pernah membaiki SMPS yang sama tidak lama dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Pandangan luar SMPS
Masalah SMPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada output 12V, 5V & 3.3V. Namun bila saya periksa 5V standby (wayar biru) ada bacaan.
Model: FSP250-50GUB

Cuma 5V sahaja yang ada bacaan (wayar biru)

Kapasitor 1000uF, 16V kembung (perlu di ganti)
Setelah dibuka, komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah kapasitor 1000uF, 16V seperti anda boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor baru 1000uF, 16V
Setelah kapasitor tersebut diganti dan di uji, masalahnya tetap sama iaitu cuma ada 5V standby sahaja.
Perintang 10 ohm putus
Oleh yang demikian, saya mulai memeriksa komponen yang lain iaitu N-channel mosfet (10N60) dan berada dalam keadaan baik. seterusnya saya memeriksa perintang yang disambung kepada N-channel mosfet tersebut dan didapati sebiji perintang 10 ohm putus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
Keluarkan perintang yang rosak
Perintang 10 ohm yang baru
Saya tidak mempunyai perintang yang sama iaitu jenis SMD (surface mounted device) dan saya gantikan dengan perintang ceramik 10ohm (coklat, hitam, hitam) seperti pada gambar di atas. Setelah perintang 10 ohm tersebut diganti dan diuji, kini SMPS tersebut kembali berfungsi.
10 ohm - putus (rosak)
Peralatan eletronik sekarang amat canggih dan komponennya amat halus dan susah untuk diperiksa dan dibaiki. Cuba anda lihat gambar di atas dan bayangkan betapa halusnya komponen yang bergelar perintang 10ohm tersebut.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 15 November 2018

FSP Power Supply Repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki 'switching mode power supply' keluaran FSP GROUP INC.,  model: FSP250-50GUB untuk kegunaan DVR.
Pandangan luaran 'power supply'
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah DVR tersebut boleh dihidupkan tetapi tidak dapat berfungsi.
Pandangan dalam 'power supply'
Masalah sedemikian biasaya ialah pada bahagian 'power supply' di mana bekalan elektrik tidak mencukupi untuk kegunaan DVR.
Kapasitor 1000uF, 16V perlu di ganti
Setelah dibuka 'power supply' tersebut dan diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 1000uF, 16V didapati rosak dan perlu di ganti seperti yang ditandakan pada gambar di atas.
1000uF 16V
Harga sebiji kapasitor tersebut hanya dalam RM5.00 sahaja dan setelah diganti dan diuji, masalah terdahulu telah diatasi dan DVR tersebut boleh digunakan semula.
Kapasitor baru

Setelah diganti kapasitor 1000uF, 16V

sambungkan wayar hijau dengan hitam (switch on)
Jika anda ingin memeriksa output 'power supply' tersebut dengan multimeter, apa yang harus anda lakukan ialah sambungkan wayar hijau dengan wayar hitam dan seterusnya bekalkan bekalan arus elektrik kepada 'power supply' tersebut.
power supply ini membekalkan 5V, 3.3V & 12V

wayar hitam + wayar merah = 5V
wayar hitam + wayar oren = 3.3V
wayar hitam + wayar kuning = 12V


 Selamat mencuba...