Showing posts with label Electrolux. Show all posts
Showing posts with label Electrolux. Show all posts

Monday, 13 November 2023

Electrolux EMG23K22B microwave oven

Baru-baru ini saya dipanggil untuk periksa/baiki microwave oven berjenama Electrolux, model EMG23K22B dengan masalah percikan api sewaktu digunakan.

Electrolux EMG23K22B

Microwave dengan masalah percikan api pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Sewaktu saya mengujinya, tiada percikan kelihatan jika menggunakan fungsi oven. Percikan api hanya kelihatan apabila menggunakan fungsi microwave seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Ada kesan terbakar...

Percikan api yang kelihatan cuma sedikit sahaja berbanding dengan pengalaman lepas di mana bunyi dari percikan api juga kedengaran. Gambar di atas ialah kerosakkan yang ditemui pada bahagian bawah piring yang berputar di dalamnya.

Turntable coupler lebur...

Tiada kerosakkan lain ditemui selain 'turntable coupler' serta kesan terbakar sahaja. Jadi saya gantikan 'turntable coupler' sahaja dan masalah selesai serta percikan api tidak berlaku lagi.

Turntable coupler yang baru...

Menurut pemilik, microwave oven tersebut baru dibeli dan cuma sebulan digunakan. Saya juga diberitahu ianya diberi jaminan (warranty) setahun oleh pihak pengeluar.

Memandangkan ianya masih dalam tempoh jaminan (warranty), saya cadangkan kepada pemilik agar membuat aduan serta membuat tuntutan jaminan daripada pengeluar/penjual.

Warranty?

Untuk pengetahuan semua, penjual enggan menggantikan microwave oven yang baru dan cuma menukat 'coupler' sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan alasan pemilik menggunakan objek logam dalam microwave.

Saya pernah kongsikan sebuah microwave berjenama SHARP yang piring di dalamnya diperbuat daripada logam dan anda boleh rujuk di sini. Jadi, adakah alasan penjual menggunakan objek logam dalam microwave menjadi punca kerosakkan dalam kes ini boleh diterima?

Untuk rekod, pemilik microwave tersebut ialah tukang masak dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang masakan barat (western food). Mungkinkah beliau tidak tahu apa yang tidak boleh dimasukkan dalam microwave?

Renung-renungkan...

Monday, 23 May 2022

Electrolux door lock atuator (438730043) repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'door lock atuator' untuk kegunaan mesin basuh komersial berjenama Electrolux dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ERROR - interlock

Masalah sebegini sering terjadi pada 'door lock atuator' ini dan ada yang tidak mampu dibaiki sebab ianya tidak dapat dibuka.

438730043 - atuator

'Door lock atuator' kali ini kelihatan baru dan apabila diperiksa dengan mata kasar, kelihatan kabel suis ada kerosakkan.

kabel suis putus...

Kerosakkan yang saya maksudkan boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu wayar berwarna biru telah putus dan wayar berwarna coklat pula penyalutnya koyak.

wayar biru putus...

Masalah sedemikian adalah disebabkan kabel tersebut bergesel dengan sesuatu ketika mesih basuh digunakan.

sambung serta balut wayar setelah disambung...

Apa yang saya lakukan ialah bungkus wayar coklat supaya tidak berlaku litar pintas dengan pita wayar dan sambung kembali wayar biru yang telah putus.

Siap...

Selamat mencuba...

Tuesday, 12 April 2022

Electrolux M5424-08 PCB repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan mesin basuh berjenama Electrolux dengan masalah fius 1.25A putus lagi apabila diganti.

M5424-08 (Electrolux)

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji diod yang dilabel D108 pada papan litar ada terbakar seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada D108

D108 disambung ke terminal input & ground pada sebiji 'low dropout regulator' dengan label LM2940CT-12 dan berkeadaan litar pintas ketika saya periksa dengan menggunakan multimeter.

Keluarkan D108

Setelah D108 saya keluarkan dari papan litar dan bekalkan 12v kepada terminal seperti boleh dilihat pada gambar di atas, lampu LED berwarna hijau & merah pada papan litar boleh menyala.

Gantikan D108 dengan yang baharu...

Saya tidak pasti berapa nilai TVS diode tersebut sebab tidak menemui sebarang maklumat ketika mencarinya di atas talian.

D108 disambung ke LM2940CT-12 regulator

Nombor rujukannya boleh dilihat pada gambar di bawah dan saya dapatkan sebiji yang serupa dari papan litar yang lain.

D108 = GMK GP401

Klip video di bawah saya ambil ketika mengujinya dengan menyambungkan bekalan 12vdc kepada terminal input & ground pada reguy LM2940CT-12.

Gambar di bawah dihantar oleh pemilik memberitahu saya ianya boleh digunakan semula setelah dibaiki.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 2 August 2021

HONEYWELL S4965A series ignition control repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition control' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

HONEYWELL S4965A series ignition control

Saya cuma diberitahu ianya tidak berfungsi dan diminta untuk membuat pemeriksaan serta cuba untuk membaikinya.

S4965A series

Untuk makluman semua, 'ignition control' ini hanya memerlukan bekalan 115vac sahaja dan memerlukan 'step down transformer' sebab negara kita sebab bekalan elektrik di negara kita ialah 240vac.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya hanya menemui sebiji kapasitor utama kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kapasitor lama & baru...

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah saiz kapasitor yang ada sedikit besar dan terpaksa dibaringkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

'Ignition control' ini telah diuji dan masih boleh digunakan semula selepas dengan menukar sebiji kapasitor sahaja.

Selamat mencuba...

Thursday, 25 June 2020

HONEYWELL S4965A series ignition controls repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition controls' seperti ini kira-kira setahun yang lepas dan ianya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.
HONEYWELL S4965 series ignition controls

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah 'ignition controls' yang serupa dan pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan.

S4965

Walaupun setahun telah berlalu, saya masih ingat lagi apa yang rosak dahulu dan setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama iaitu tiada 'continuity' pada sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar.

Setelah penutup dibuka...

Kedudukan inductors yang berlabel L1 telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Saya menemui ketiadaan 'continuity' inductors tersebut ketika masih pada papan litar dan belum dikeluarkan.

Keluarkan inductors yang rosak...

Ketika inductors tersebut saya buka, salah satu terminalnya telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila saya periksa 'continuity' pada wayar tembaganya dengan menggunakan multimeter, ianya masih elok dan tidak putus.

Terminal penyambung putus...

Apa yang saya lakukan ialah pasang kembali terminal yang tertanggal ke kedudukan asal dan sambungkan wayar tembaga kembali ke terminal tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kembali dan pateri dengan timah...

Setelah siap disambung dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaan rintangan pada gegelung inductors tersebut ialah 38Ω.

38Ω

Pada mulanya saya berhajat untuk menukar inductors tersebut dengan yang baharu namun saya tidak mengetahui nilai serta speksifikasi inductors tersebut.

Pasang kembali ke papan litar...

Oleh yang demikian saya terpaksa membaikinya dan setelah dipasang kembali ke papan litar dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaannya juga masih 38Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tested - ok

Untuk makluman semua, 'ignition controls' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Tuesday, 24 July 2018

Baiki Electrolux ETD33SF Table Top Induction Cooker

Sebelum ini saya pernah membaiki 'induction cooker' berjenama CHINDUCT dan anda boleh buat rujukan di sini. Hari ini saya dirujuk pula sebuah 'induction cooker' berjenama ELECTROLUX, Model: ETD33SF. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak panas setelah dibekalkan elektrik.
Pandangan atas 'table top induction cooker'...

Buatan China...
Seperti biasa jika ingin mengetahui apakah penyebab 'induction cooker' ini tidak menghasilkan haba apabila dibekalkan elektrik, kita harus buka dan periksa komponen di papan litar. Gambar di bawah merupakan papan litar dan bahagian yang dibulatkan telah didapati rosak dan harus diganti.
Pandangan dalam setelah di buka..

IGBT Transistor FGA25N120 / 1B42HV
Setelah diganti Transistor (gambar di atas) dan diuji, 'induction cooker' telah kembali berfungsi seperti biasa dan menghasilkan haba untuk mendidihkan air seperti pada gambar di bawah.. Jika anda ingin tahu cara untuk memeriksa transistor, anda boleh rujuk di sini.
Testing - ok
Selamat mencuba...