Showing posts with label Honeywell. Show all posts
Showing posts with label Honeywell. Show all posts

Friday, 8 July 2022

Honeywell direct coupled actuator repair

Saya telah banyak menyelengara 'direct coupled actuator' seperti ini namun tidak dikongsikan sebelum ini.

Honeywell direct coupled actuator

Hari ini saya dirujuk 2 buah benda sama dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

24VAC 50/60Hz

'Direct coupled actuator' ini menggunakan arus 24VAC dan motornya boleh berpusing mengikut arah jam atau lawan arah jam.

Setelah penutup dibuka...

Punca ianya gagal berfungsi adalah disebabkan berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan perlu diselengara.

Bersihkan motor..

Cara menyelengara ialah dengan membersihkan mana-mana bahagian yang berkarat dan melumurkan minyak gris pada bahagian yang bergerak.

Lumurkan minyak gris...

Cara mengujinya ialah dengan membekalkan arus elektrik 24VAC dan cara penyambungannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Cara pendawaiaan...

Klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya dengan membekalkan arus elektrik setelah diselengara.

Selamat mencuba...

Friday, 24 June 2022

Honeywell EC7830 burner control repair

Beberapa tahun yang lepas saya pernah baiki 'burner control' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Honeywell EC7830 burner control

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'burner control' serupa dan cuma diberitahu ianya boleh dihidupkan namun tidak dapat 'reset'.

ZModel: EC7830 A 1041

Setelah dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah ada kesan terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Selain litar putus dan kesan terbakar, sebiji relay juga pecah/meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Relay meletup...

Rating relay yang digunakan ialah 18v, 10A, 250v.

Gantikan relay yang baharu...

Bahagian papan litar yang terbakar juga telah saya bersihkan serta sambung kembali litar yang telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung litar yang putus...

Pemeriksaan pada 'tact switch' yang digunakan untuk 'reset' juga rosak dan telah saya gantikan dengan yang baharu.

Keluarkan 'tact switch' reset...

Tiada kerosakkan lain lagi yang ditemui selain dinyatakan di atas iaitu:-

  1. sebiji 'tact switch'
  2. sebiji geganti (relay) - 18v
  3. litar putus pada PCB
Gantikan 'tact switch' baharu...

'Burner control' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah diuji tanpa masalah.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 2 August 2021

HONEYWELL S4965A series ignition control repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition control' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

HONEYWELL S4965A series ignition control

Saya cuma diberitahu ianya tidak berfungsi dan diminta untuk membuat pemeriksaan serta cuba untuk membaikinya.

S4965A series

Untuk makluman semua, 'ignition control' ini hanya memerlukan bekalan 115vac sahaja dan memerlukan 'step down transformer' sebab negara kita sebab bekalan elektrik di negara kita ialah 240vac.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya hanya menemui sebiji kapasitor utama kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kapasitor lama & baru...

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah saiz kapasitor yang ada sedikit besar dan terpaksa dibaringkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

'Ignition control' ini telah diuji dan masih boleh digunakan semula selepas dengan menukar sebiji kapasitor sahaja.

Selamat mencuba...

Thursday, 25 June 2020

HONEYWELL S4965A series ignition controls repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'ignition controls' seperti ini kira-kira setahun yang lepas dan ianya masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.
HONEYWELL S4965 series ignition controls

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah 'ignition controls' yang serupa dan pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak boleh digunakan.

S4965

Walaupun setahun telah berlalu, saya masih ingat lagi apa yang rosak dahulu dan setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama iaitu tiada 'continuity' pada sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar.

Setelah penutup dibuka...

Kedudukan inductors yang berlabel L1 telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Saya menemui ketiadaan 'continuity' inductors tersebut ketika masih pada papan litar dan belum dikeluarkan.

Keluarkan inductors yang rosak...

Ketika inductors tersebut saya buka, salah satu terminalnya telah tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apabila saya periksa 'continuity' pada wayar tembaganya dengan menggunakan multimeter, ianya masih elok dan tidak putus.

Terminal penyambung putus...

Apa yang saya lakukan ialah pasang kembali terminal yang tertanggal ke kedudukan asal dan sambungkan wayar tembaga kembali ke terminal tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kembali dan pateri dengan timah...

Setelah siap disambung dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaan rintangan pada gegelung inductors tersebut ialah 38Ω.

38Ω

Pada mulanya saya berhajat untuk menukar inductors tersebut dengan yang baharu namun saya tidak mengetahui nilai serta speksifikasi inductors tersebut.

Pasang kembali ke papan litar...

Oleh yang demikian saya terpaksa membaikinya dan setelah dipasang kembali ke papan litar dan diukur dengan menggunakan multimeter, bacaannya juga masih 38Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tested - ok

Untuk makluman semua, 'ignition controls' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Wednesday, 12 June 2019

Honeywell ST7800 Burner Control (Relay Modules) repair

Hari ini saya berpeluang mencuba membaiki sesuatu yang baru iaitu relay modules berjenama Honeywell, Model: ST7800.
Jenama: Honeywell, Model: ST7800
Saya diberitahu ianya tidak dapat digunakan dengan indikator berwarna merah di bawah sekali menyala.
Setelah dibuka penutupnya...
Setelah dibuka dan diperiksa hanya sebiji kapasitor sahaja yang di dapati perlu di ganti seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Hanya sebiji kapasitor sahaja perlu diganti...
Saya juga diberitahu bahawa 'relay modules' ini telah digunakan kira-kira 14 tahun. Ketika membukanya banyak yang pecah berikutan telah rapuh ditelan zaman.
Bacaan pada kapasitor lama cuma 2.39uF sahaja

Kapasitor telah ditukar baru...
Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, saya rasa seakan-akan tidak percaya bahawa ianya boleh digunakan semula.
Tested - ok
Setelah kira-kira 14 tahun digunakan, cuma perlu ganti sebiji kapasitor sahaja untuk kembali berfungsi. Ini sudah semestinya barangan yang berkualiti...
Tested - ok
Selamat mencuba...