Showing posts with label SANYO. Show all posts
Showing posts with label SANYO. Show all posts

Wednesday, 28 December 2022

SANYO EM-V3888W microwave repair

Semalam saya telah berjaya membantu seseorang yang mempunyai masalah microwave dan anda boleh rujuk di sini.

SANYO EM-V3888W

Menurut pemilik masalah microwave berjenama Sanyo model EM V3888W ialah fius utama putus sejurus selepas butang 'start' ditekan.

Baru-baru ini saya juga ada pengalaman baharu dengan masalah sedemikian dan anda boleh rujuk di sini.

HV diode & bi-directional diode...

Beliau juga memberitahu telah memeriksa suis pintu, magnetron, transformer, thermal fuse serta tukar kapasitor voltan tinggi yang baharu.

Ujian ke atas HV diode...

Pemilik juga memberitahu microwave boleh berfungsi tanpa menyambungkan bekalan ke HV transformer. Jadi masalahnya ialah pada bahagian voltan tinggi dan dalam banyak-banyak komponen yang telah diperiksa, hanya satu lagi yang tertinggal iaitu HV diode.

Ujian ke atas bi-directional diode (litar pintas)...

Saya telah menyuruh pemilik memeriksa HV diode dan gambar yang dibekalkan mendapati ianya menggunakan dua biji HV diode. Cara menguji HV diode pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Ujian ke atas HV diode menggunakan bateri 9v mendapati bi-directional diode mempunyai keterusan serta mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Uji microwave tanpa bi-directional diode...

Untuk pengetahuan semua, fungsi bi-directional diode ialah seperti zener diode atau varistor (MOV) tetapi ianya direka khas untuk voltan tinggi.

Ujian seterusnya ialah uji microwave tersebut tanpa bi-directional diode dan fius utama tidak putus lagi serta kembali berfungsi semula.

HV diode & bi-directional diode baharu...

Majoriti microwave sekarang buatan China serta tidak dilengkapi dengan bi-directional diode dan anda boleh memilih untuk menukarnya jika rosak atau tanpa bi-directional diode.

Selamat berDIY...

Sunday, 18 October 2020

SANYO EC-5 rice cooker repair

Periuk nasi ini saya beli ketika baru mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pada tahun 1991 dengan harga RM58.00 sahaja ketika itu.

SANYO EC-5

Model: EC-5

Ianya tidak pernah bermasalah sejak dibeli namun baru-baru ini ada kebocoran pada bahagian periuknya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Bahagian yang bocor...

Tampal dengan menggunakan pelekat aluminium...

Periuk nasi ini diperbuat daripada aluminium dan kebocoran hanya boleh dibaiki dengan menampal menggunakan pelekat aluminium seperti boleh dilihat pada pada gambar di atas dan di bawah.

Tampal juga pada bahagian dalamnya..

Untuk keselamatan, saya tampal bahagian dalam serta luar periuk menggunakan pelekat aluminium dan ianya saya lekat tiga lapis masing-masing.

Harga pelekat aluminium cuma RM3.00 sahaja...

Pelekat aluminium boleh dibeli di kedai 'hardware' dengan harga beberapa ringgit sahaja.

Penyambung ke periuk nasi...

Begini rupa di dalam penyambung...

Fius buatan ENGLAND...

Keep warm...

Cooking...

Selepas ini periuk harus diperiksa setiap kali sebelum memasak untuk memastikan tiada kebocoran.

Dah mendidih...

Kebocoran periuk nasi amat merbahaya dan boleh menyebabkan renjatan elektrik bila disentuh atau mungkin mengakibatkan litar pintas.

Dah masak...

Selamat mencuba...