Thursday 28 June 2018

Baiki switching mode adapter

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki switching mode adapter. Adapter ini membekalkan 12v DC, 1A. Ketika dirujuk kepada saya ianya langsung tiada output.
switching mode adapter - 12v, 1A

Pandangan dalam setelah dibuka
Seperti biasa setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, hanya 2 biji kapasitor 4.7uF, 400v harus di ganti seperti pada gambar dibawah.
2 biji kapasitor 4.7uF, 400v

Bacaan kapasitor rosak 4.7uF cuma 0.002uF sahaja
Setelah diganti kedua-dua kapasitor tersebut, adapter tersebut kini menghasilkan output dengan arus 2.69A walaupun labelnya hanya menyatakan 1A sahaja.
Kapasitor telah diganti..

2.69A (good adapter)
Selamat mencuba...

Tuesday 26 June 2018

Baiki DELL Power Supply (NPS-210AB A)

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki power supply berjenama: DELL, Model: NPS-210AB A. Masalah power supply tersebut ketika dirujuk kepada saya ialah tiada bekalan eletrik output. .
NPS-210AB A (Power Supply)
Memandangkan komputer tersebut telah berusia melebihi 10 tahun dan tiada alat ganti di pasaran, maka ianya terpaksa dibaiki.
Setelah dibuka..
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, kerosakannya hanya pada 3 biji kapasitor sahaja seperti pada gambar di bawah.
1. 10uF, 25v
2. 1500uF, 10v
3. 1uF, 50v
Kapasitor berlabel 1, 2 & 3 perlu diganti

Kapasitor rosak

Kapasitor baru
Setelah di ganti ketiga-tiga biji kapasitor tersebut & diuji, power supply tersebut boleh digunakan semula. Untuk mendapat bacaan 5v seperti pada gambar di bawah, terminal negatif pada wayar hitam & terminal positif pada wayar ungu.
Tested - ok
Selamat mencuba...