Showing posts with label ACER. Show all posts
Showing posts with label ACER. Show all posts

Monday, 17 January 2022

ACER V193HQV monitor with backlight problem

Monitor berjenama acer ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kali ini dirujuk semula kepada saya dengan masalah layar berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Lampu CCFL backlight pecah...

Masalah layar berkelip-kelip seperti ini adalah disebabkan kerosakkan backlight dan monitor ini menggunakan backlight jenis CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamp).

Apa yang saya lakukan kali ini ialah gantikan CCFL yang diambil dari monitor yang tidak berjaya dibaiki atau kerosakkan layar.

Siap...
Selamat mencuba...

Tuesday, 27 April 2021

ACER V196HQL 18.5" LED monitor repair

Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah monitor jenis LED berjenama ACER, Model: V19HQL dengan masalah kadang-kadang tidak dapat dihidupkan.

ACER V19HQL monitor

Sebelum dibuka untuk pemeriksaan, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan namun pemilik memberitahu saya kebelakangan ini ianya semakin kerap tidak dapat dihidupkan.

Model: V196HQL

Masalah sedemikina biasanya adalah disebabkan komponen terutamanya kapasitor yang perlu diganti sebab nilainya telah berkurangan dan tidak membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan peralatan elektrik.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang ada pada monitor tersebut setelah dibuka dan papan litar sebelah kanan ialah PSU (power supply unit).

Buka PSU...

Pemeriksaan pada papan litar PSU dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan namun setelah diperiksa menggunakan multimeter, komponen yang perlu ditukar telah saya tandakan pada gambar di bawah.

PSU...
Komponen yang diganti ialah:-
  1. sebiji 47uF, 25v
  2. sebiji 47uF, 50v
  3. sebiji kapasitor 1500uF, 10v
Komponen yang rosak...

Sesuatu yang jarang ditemui namun kadang-kadang terjadi ialah nilai kapasitor 1500uF ketika saya ukur menggunakan multimeter ialah 2258uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1500uF tapi bacaan 2258uF...

Biasanya nilai kapasitor akan berkurangan setelah sekian lama digunakan namun jika ada yang nilainya terlebih tinggi dari sepatutunya, ianya juga harus diganti. Majoriti papan litar kini menggunakan 'PWM controller IC' pada PSU dan sangat sensitif sehingga boleh menyebabkan PSU gagal berfungsi.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, monitor ini telah dikembalikan kepada pemilik dan setakat hari ini tiada masalah gagal dihidupkan dilaporkan.

Selamat mencuba...

Monday, 8 March 2021

ACER V193HQV monitor repair

Sebelum ini saya pernah membaiki monitor berjenama ACER, model V193HQV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

ACER V193HQV

Hari ini saya dirujuk monitor yang serupa dan masalahnya ialah mengeluarkan bau hangit bila dihidupkan.

Model: V19HQV

Setelah dibuka dan diperiksa, kelihatan salah satu penyambung ke lampu 'backlight' telah terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Penyambung backlight lebur...

Pada mulanya saya berhajat potong bahagian yang terbakar dan sambung terus ke papan litar. Hajat tersebut tidak tercapai berikutan cabel wayarnya tidak cukup panjang.

DIY guna cable lampu LED...

Seterusnya saya sambungkan dengan menggunakan penyambung lampu LED seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali apa yang patut...


Setelah siap penyambung 'backlight' saya ubah suai seperti di atas serta diuji, tiada lagi bau hangit keluar dari belakang monitor tersebut.

Testing...

Monitor tersebut saya uji seharian tanpa sebarang masalah sebelum di ambil pemilik berikutan takut ada kerosakkan lain yang menjadi punca penyambung tersebut terbakar serta lebur.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday, 9 February 2021

ACER V193HQV monitor repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah monitor komputer berjenama ACER, model" V193HQV dengan masalah skrin tidak menyala.

Jenama: ACER

Sebelum dibuka untuk diperiksa serta dibaiki, saya uji monitor tersebut dan hanya lampu indikator yang berwarna biru menyala namun kesemua butang tidak berfungsi bila ditekan selain skrinnya yang tidak menyala.

Model: V193HQV

Monitor ini tidak banyak menggunakan skru dan hanya 4 biji skru perlu dibuka iaitu untuk membuka kakinya sahaja. Proses membuka penutup belakang dibuat dengan mengumpil dari tepi dan mulakan dari mana-mana bahagian bucunya.

Lampu biru menyala...

Setelah penutupnya telah dibuka, buka dan keluarkan bahagian PSU (power supply unit) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan PSU...

Pastikan kerja membuka penyambung wayar serta 'ribbon' dilakukan dengan berhati-hati sebab ianya mudah rosak.

Buka papan litar...

Setelah PSU telah saya buka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan dua biji kapasitor dengan nilai 330uF, 35v kelihatan kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

4 biji kapasitor rosak...

Pemeriksaan menyeluruh pada PSU mendapati 4 biji kapasitor sama (330uF, 35v) rosak serta perlu diganti dan gambar di atas menunjukkan keempat-empat kapasitor rosak telah saya gantikan dengan yang baru.

Testing...

Setelah siap menukar komponen yang rosak di atas dan diuji, monitor ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 17 December 2020

Acer Aspire Switch 10 repair

Komputer riba ini dirujuk kepada saya dengan masalah butang 'power' tidak berfungsi bila ditekan dan ianya tidak dapat dihidupkan.

Acer Aspire Switch 10

Pemilik memberitahu saya ianya telah dirujuk kepada pihak acer dan tidak mampu dibaiki berikutan tiada alat gantinya dan meminta saya untuk cuba membaikinya.

Model: Aspire Switch 10

Sebelum dibuka, saya sempat menguji dengan menekan butang  'power' dan ianya sah langsung tidak berfungsi setelah ditekan. Butang tersebut juga kelihatan tengelam dan tidak timbul seperti biasa.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati butang 'power' tidak menyentuh suis di dalamnya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Butang 'power' tidak menyentuh suis...

Apa yang saya lakukan ialah potong sekeping plastik dan gamkan pada butang suis tersebut supaya boleh menyentuh suis pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tambah bahagian yang hilang...

Setelah gam kering saya pasang kembali butang suis ke kedudukan asal dan ianya kini menyentuh suis pada papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Testing...

Bahagian yang berwarna putih yang saya tandakan pada gambar di atas ialah kepingan plastik yang telah saya gamkan pada butang 'power' tersebut.

Siap...

komputer riba tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Kadang-kadang kerja membaiki seperti masalah di atas hanya memerlukan 'pemikiran di luar kotak' sahaja dan tidak perlu mencari alat gantinya untuk kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...

Monday, 15 July 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
LED driver berjenama DIJAYA
LED ini boleh menghasilkan voltan sehingga 40V dan jelas tertera pada bahagian luar penutupnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Sebiji kapasitor kembung...
Saya hairan kenapa kapasitor yang digunakan itu cuma 35v sahaja sedangkan LED driver tersebut mampu menghasilkan voltan sehingga 40v.
Kapasitor baru 220uF, 50V
Jadi, untuk keselamatan, saya gantikan kapasitor tersebut dengan voltan lebih daripada 35v iaitu 50v seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas. Setelah siap diganti, kini LED driver tersebut masih boleh digunakan dan menghasilkan voltan sebanyak 44.6v.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 23 April 2015

Baiki Motherboard CPU - ACER EG31M V1.1.

Dewasa ini komputer merupakan sesuatu yang mesti dan harus dimiliki oleh setiap individu walaupun telefon pintar kini telah mulai mengambil alih sebahagian besar tugasan komputer. Namun jika komputer anda mengalami masalah, kebiasaannya anda akan menghantarnya ke kedai komputer untuk dibaiki.

Sekiranya masalah melibatkan motherboard, jurutenik akan memberitahu anda bahawa ianya tidak dapat dibaiki dan harus diganti dengan yang baru. Harga sekeping motherboard mencecah ratusan ringgit dan bergantung kepada jenama serta kemampuannya. 

Kebiasaannya ketika motherboard rosak, masalah yang sering timbul ialah tiada motherboard versi tersebut lagi di pasaran disebabkan telah ditamatkan pengeluarannya atas sebab ada versi yang lebih canggih telah dicipta. Mahu tak mahu anda terpaksa beli CPU yang baru atau mungkin gantikan sahaja dengan motherboard versi yang baru.

Tahukah anda bahawa sebenarnya motherboard boleh dibaiki? Berikut merupakan motherboard ACER yang telah saya baiki. Untuk makluman, masalah yang dihadapi ialah komputer tersebut boleh dihidupkan namun berakhir dengan 'reboot' tanpa membuka atau memasuki 'windows'.

Motherboard ACER EG31M V1.1.
kerosakan dijumpai - kapasitor yang harus diganti...

Kapasitor yang rosak biasanya akan kembung pada bahagian belakang dan mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti pada gambar di atas dan harus diganti.

Kos sebiji kapasitor cuma RM4 sahaja...
Kapasitor yang rosak telah dikeluarkan dari papan litar...
Gantikan dengan kapasitor yang baru...
Pastikan bacaan kapasitor adalah sama - 1800uF, 6.3V
Pastikan anda tahu +ve & -ve pada kapasitor

Untuk makluman, terdapat 2 jenis kapasitor iaitu AC (Alternative current) & DC (Direct current). Dalam komputer semua kapasitornya jenis DC dan ketika menggantikannya pastikan -ve & +ve tidak dipasang terbalik. Bahagian yang berwarna putih pada papan litar ialah -ve. Sekiranya di pasang terbalik, anda akan merosakkan keseluruhan motherboard tersebut ketika cuba menghidupkan komputer tersebut.

Bahagian belakang papan litar...
Patrikan dengan kemas...
Siap - potong bahagian yang tidak berkenaan supaya nampak kemas.

Sekiranya anda tidak pandai melakukan sendiri untuk menukar kapasitor tersebut, anda boleh lah menghantarnya ke kedai eletronik untuk mendapatkan khidmat pakar mereka.

Selamat mencuba...

Saturday, 26 January 2013

Windows unable to start after update Phoenix BIOS on acer aspire 4530

After updating my laptop's BIOS to latest version, my laptop keep restart itself before entering the windows. Problem solve after I change the SATA mode from ACHI mode to IDE mode.

1. Restart your notebook/computer
2. Enter BIOS (F2 usually for most notebook or DEL for most PC)
3. Change your SATA Mode to IDE (instead of ACHI)

4. F10 - Save & Exit
5. Start your Computer (Windows)
Source

Thursday, 19 January 2012

Acer eRecovery Management

Sometimes it’s necessary to restore a computer to the original default settings. This is often needed when a vital file becomes corrupted. Restoring a computer to its original factory settings also cleans up the C:\ drive and removes all the viruses and old programs that bog down a computer and make it slow and unresponsive.

However, restoring a system should be a last ditch effort in trying to repair a computer, since restoration causes all programs and many files to be lost forever.

Recently my Acer PC windows fail to start due to software crash (or maybe corrupt). I have tried safe mode tried to repair it and none was suscessful.

Luckly Acer computer do have a very good recovery system which is called Acer eRecovery Management. The process was done without recovery CD/DVD. Restoring an Acer computer to its original factory settings can be done in a few easy steps as follows:-
1. Turn the PC on
2. Press the recovery button after a 'beep' sound
3. The following screen will appear.


4. I select 'Restore Operating System and Retain User Data' for the first recovery process because I have a lots of data in C:\ drives.
5. Click Finish &
6. When recovery is complete the system will re-start and will need to complete the setup of Windows.

After everything was recover, I move all my files from C:\Backup to D:\ drive and do a second recovery by selecting 'Complete Restore System to Factory Defaults' to remove persistent viruses and malware on C:\ drive.

Now my PC is back to normal without loosing any important documents and response faster than before.

Cheers!