Thursday 24 May 2018

Baiki pengecas walkie Talkie - Motorola HTN9000D

Hari ini saya berpeluang membaiki kerosakan pada pengecas walkie talkie yang  berjenana: Motorola, Model: HTN9000D
Pandangan atas pengecas
Bagi pengecas yang elok, ketika dihidupkan, lampu hijau akan menyala untuk beberapa ketika & padam.
Pandangan bawah pengecas
Apabila walkie talkie disambung kepada pengecas, lampu merah akan menyala & setelah bateri telah penuh dicas, lampu merah akan bertukar kepada warna hijau.
Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar sahaja
Masalah pengecas ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada lampu hijau menyala ketika dihidupkan. Setelah dibuka dan diperiksa, hanya fius yang putus seperti pada gambar di bawah.
Bahagian yang ditanda ialah fius
Setelah fius diganti, pengecas tersebut kini kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok

Tested - charging
Selamat mencuba...

Wednesday 23 May 2018

Baiki UPS - Power Tree S650B

Hari ini saya kongsikan masalah yang dihadapi pada UPS berjenama: Power Tree, Model: S650B yang tidak menghasilkan voltan output.
UPS, Jenama: Power Tree, Model: S650B

Bahagian belakang UPS

Tiada voltan output
Setelah dibuka dan sekali imbas tiada komponen yang kelihatan mengalami kerosakan seperti pada gambar di bawah.
Setelah dibuka penutup UPS
Namun setelah dibuka papan litar dan diperiksa menyeluruh, kelihatan salah satu pateri pada papan litar mengalami keretakan pada bahagian pateri seperti pada gambar di bawah.
bahagian pateri retak atau juga dikenali sebagai 'Cold solder joint'
Masalah keretakan ini sering terjadi jika kita tidak membuka papan litar dengan cermat. Sebarang tindakan yang boleh membengkokkan papan litar akan mengakibatkan terjadinya keretakan pada bahagian yang dipateri.
Setelah dipateri semula
Pemilik UPS ini memberitahu saya bahawa masalah tiada output terjadi selepas dia menukar bateri baru. Saya menjangkakan kerosakan keretakan pada pateri adalah berpunca daripada proses membuka papan litar untuk menukar bateri.
Setelah dipateri sahaja, Voltan output: 220V
Selamat mencuba...

Thursday 17 May 2018

Baiki PC power supply

Hari ini saya telah berjaya membaiki sebiji 'power supply' untuk komputer. Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah ianya langsung tidak membekalkan eletrik untuk kegunaan computer.
PC power supply
Setelah dibuka & diperiksa menyeluruh, hanya kelihatan satu bahagian kecil pada papan litar telah terputus seperti pada gambar di bawah.
Bahagian bertanda telah mengalami kerosakan
Saya cuma sambungkan bahagian yang telah terputus dengan dawai dan dipateri terus ke papan litar.
Telah dibaiki...
Sebelum memeriksa voltan pada power supply tersebut, terlebih dahulu kita perlu menghidupkannya dengan menyambung wayer berwarna hijau dengan hitam seperti pada gambar di bawah.
Cara menghidupkan PC power supply

Hitam + Merah = 5V

Hitam + Kuning = 12V
Gabungan wayer & bacaan voltan:-
1. Hitam + Merah = 5V
2. Hitam + Kuning = 12V
3. Hitam + Oren = 3V

Selamat mencuba...

Wednesday 16 May 2018

SINGER TLD421H(Z) LCD TV repair

Ini merupakan kali pertama saya membaiki TV LCD berjenama SINGER. Masalah TV LCD ini ketika dirujuk kepada saya ialah, ianya boleh dihidupkan tetapi akan padam setelah beberapa saat dihidupkan. Ketika TV LCD ini padam dengan sendirinya, ianya bukan kembali ke keadaan 'stand-by' tetapi padam terus sehingga lampu 'standby' juga padam.
SINGER TLD421H(Z)
Setelah dibuka, keadaan bahagian dalam adalah seperti pada gambar di bawah.
Bahagian dalam TV LCD
Bahagian yang bertanda pada gambar di atas ialah papan litar 'power supply' dan tidak membekalkan arus eletrik yang diperlukan untuk kegunaan TV tersebut.
Dua biji kapasitor 1000uF, 35V kembung dan harus diganti..
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua biji kapasitor mengalami kerosakan dan perlu diganti seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor yang rosak telah dikeluarkan dari papan litar..

Kapasitor telah diganti..

Tested - ok

Setelah sejam dihidupkan, TV LCD tak padam sendiri lagi..

Dulu SINGER guna produk SHARP tapi kini LG..

Selamat mencuba...