Showing posts with label National. Show all posts
Showing posts with label National. Show all posts

Wednesday, 7 September 2022

National NN-S317WF microwave repair

Semalam saya dirujuk sebuah microwave berjenama National, model NN-S317WF dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

National NN-S317WF

Jenama National telah lama senyap di pasaran setelah dijenamakan semula menjadi Panasonic. Sesuatu yang mengejutkan saya ialah microwave berjenama National ini juga dikilangkan di China (Made in China).

Model: NN-S317WF (Made in China)

Ramai yang kata, tidak boleh simpan logam di dalam microwave namun 'mica waveguide' di dalamnya dikunci dengan skru logam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

mica waveguide dikunci skru logam...

Setelah dibuka, saya dapati microwave ini juga tidak dilengkapi dengan HV fuse seperti jenama SHARP yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati fius utama dengan rating 8A putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Fius 8A putus...

Pemeriksaan menyeluruh menggunakan multimeter menemui litar pintas pada HV capacitor dan ianya adalah punca kenapa fius utama putus.

Gantikan HV capacitor...

Microwave ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen (8A fuse & HV capacitor) yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Sesuatu yang pertama kali saya temui pada microwave ini ialah ianya dilengkapi dengan 'Bi-directional HV diode' dengan label 2X062H dan disambungkan merentasi kedua-dua terminal HV capacitor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Komponen yang rosak...

Kesimpulan saya sehingga kini ialah, jika tiada HV fuse pada microwave bermaksud ianya dikilangkan di China.

Selamat berDIY...

Tuesday, 7 September 2021

National F-MN403 fan repair

Kipas angin ini adalah hadiah (free gift) ketika saya memasang alat penghawa dingin (1hp) yang juga berjenama National pada tahun 1997 dengan harga RM1,850.00.

National F-MN403

Kipas angin ini pernah saya selengara beberapa tahun lepas dan telah menukarkan 'copper bush' sebab telah haus dan menyebabkan rotor bergesel dengan stator.

Model: F-MN403

Baru-baru ini masalahnya ialah boleh digunakan ketika sejuk namun apabila telah panas ia akan berputar perlahan dan kadang-kadang padam sendiri.

The Breeze Communication - National

Setelah dibuka dan diperiksa, saya mendapati pemegang rotor bahagian belakang kipas berat/melekat apabila dipusing dengan tangan.

Minyak gris pada 'copper bush' belakang kering...

'Copper bush' tersebut telah saya lumurkan minyak gris ketika menukarnya dahulu dan kelihatan sebahagiannya telah kering. Apa yang saya lakukan kali ini ialah titiskan sedikit minyak mesin jahit berjenama SINGER untuk mencairkan gris yang telah kering.

Titiskan minyak mesin jahit (SINGER)...

Percaya atau tidak, masalah kipas berputar perlahan atau padam ketika panas sebelumnya telah selesai dan kipas angin kembali berfungsi semula tanpa masalah.

SINGER - all purpose oil

Sehingga blog ini ditulis, kipas tersebut telah seminggu diselengara serta digunakan setiap hari tanpa masalah lagi. Klip video di bawah saya rakam setelah siap diselengara dan motor bebas berputar.

Untuk pengetahuan semua, kipas angin ini telah bersama saya kira-kira 24 tahun dan setakat ini saya cuma menggantikan 'copper bush' sahaja. Kapasitor yang digunakan ialah jenis seramik dan masih elok walaupun telah puluhan tahun berkhidmat.

Saya hanya menggunakan kelajuan tahap 1 sahaja sepanjang masa dan tahap kelajuan 2 & 3 jarang-jarang digunakan.

Copper bush...

Selamat mencuba...

Tuesday, 17 November 2020

National Microwave Oven NN-9853 repair

Microwave ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

National NN-9853 microwave oven

Kali ini ianya dirujuk semula kepada saya dengan masalah boleh dihidupkan bila dibekalkan arus elektrik serta lampu menyala namun tidak berfungsi termasuk piring juga tidak berpusing dan tidak panas.

Model: NN-9853

Microwave oven ini telah berusia lebih 20 tahun dan ianya adalah buatan Jepun.

Suis pintu rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui sebiji suis pada pintu bahagian atas rosak dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di bawah saya ambil setelah suis tersebut dibuka dan kelihatan salah satu terminalnya berwarna kehitaman mungkin disebabkan ada percikan api.

Suis rosak dikeluarkan...

Klip video di bawah saya ambil ketika menguji suis tersebut menggunakan multimeter dan ianya tiada 'continuity' sebelum dan selepas suis ditekan, namun ketika suis ditekan/dilepaskan ada sedikit 'continuity' dan jarum multimeter bergerak sedikit.

Suis yang elok seharusnya mempunyai 'continuity' apabila suis ditekan dan tiada 'continuity' apabila suis dilepaskan.

suis tidak ditekan - tiada 'continuity'

Gambar di atas serta di bawah menunjukkan tiada 'continuity' sebelum dan selepas suis ditekan dan ini mengesahkan suis tersebut rosak dan harus ditukar.

Setelah suis ditekan - juga tiada 'continuity'

Ketika membeli suis yang baru, pastikan anda memilih suis dengan nilai ampere yang sama atau hampir sama. Gambar di bawah menunjukkan suis baru yang saya beli dengan nilai 15A berbanding suis asalnya 16A.

Atas: suis rosak, Bawah: suis baru

Klip video di bawah menunjukkan perbezaan suis yang rosak dan suis yang elok bila di uji menggunakan multimeter.

Microwave tersebut berjaya diselamatkan setelah ditukar 'interlock switch' dan ianya masih boleh digunakan semula.

Jika anda berhajat membeli secara atas talian, nama suis tersebut ialah 'snap action switch' atau 'micro switch'.

Selamat mencuba...

Saturday, 29 August 2020

Masalah piring microwave tidak berpusing

Hari ini saya kongsikan cara membaiki ketuhar gelombang mikro (microwave) dengan masalah piring di dalamnya tidak berpusing.

Kali ini saya dirujuk microwave lama berjenama National dengan masalah seperti dinyatakan di atas. Jenama National kini telah pupus dan dijenamakan semula sebagai Panasonic.

Jika microwave anda ada masalah sedemikian, baringkan microwave dan buka penutup bahagian bawahnya. Di dalam terdapat sebiji motor yang mengerakkan piring microwave seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Motor tersebut elok ketika saya periksa dengan multimeter, maksudnya tiada kerosakkan dari sudut berkaitan elektrik/elektronik.

Jika tidak rosak kenapa tidak berpusing? Seterusnya saya bekalkan elektrik serta uji microwave tersebut dan mendapati ianya boleh berpusing namun bila di tahan menggunakan jari, motor tersebut gagal berpusing seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Kerosakkan telah ditemui dan anda cuma perlu beli motor yang baru dan tukar. Anda cuma perlu cabut wayar dan buka dua biji skru sahaja untuk mengeluarkan motornya.

Ketika memilih alat ganti yang baru, pastikan anda cari speksifikasi yang sama iaitu:-

  1. Pastikan voltan sesuai, ada 220v, 120v, 30v dan 21v. (micorwave ini perlukan 240v)
  2. Pastikan saiznya sama (Majoriti saiznya standard dan sama namun ada sesetengah menggunakan saiz yang lebih besar serta lubang skrunya berbeza)
  3. Pastikan kelajuannya sama, ada 1rpm, 2rpm, 3rpm dan sebagainya (Mikrowave ini menggunakan kelajuan 5/6rpm)
  4. Pastikan frekuensinya sesuai (Biasanya standard iaitu 50/60Hz)

Gambar di bawah menunjukkan motor asal yang telah saya buka dan anda boleh lihat sebiji gear yang berwarna kekuningan telah haus dan ini merupakan perkara yang sering terjadi.

Anda tidak perlu membuang masa mencari gear yang haus tersebut untuk ditukar sebab saya pernah cari dan tiada yang menjualnya. Jika anda terjumpa alat ganti untuk gear yang haus sahaja, tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah. Saya nak juga...

Kiri - baru, kanan - rosak

Harga sebiji motor yang baru anda boleh dapat dari serendah RM10 sebiji sehingga RM100 sebiji bergantung kepada qualitinya. Anda boleh cuba cari di shopee/lazada/alibaba dengan menaip 'microwave turntable motor' dan tekan 'search'. Jangan terkejut ada yang menjual dengan harga di bawah RM10. Tepuk dada, tanya selera. Pilihan di tangan anda...

Selamat mencuba...