Kejadian lampu enjin (malfunction indicator light) menyala pada kereta satria GTi saya berlaku pada beberapa hari yang lalu. Sekiranya lampu tersebut menyala, sistem 'On Board Diagnostic (OBD)' pada ECU akan menghasilkan kod tertentu.
|
Malfunction indicator light (MIL) |
Kod yang dihasilkan pada sistem OBD kali ini ialah P0501 dan ianya berkaitan dengan 'vehicle speed signal' atau nama singkatannya 'V-signal'. Kod tersebut menyatakan bahawa ECU kereta tidak mendapat bacaan yang munasabah untuk kelajuan kereta.
|
Periksa ECU - OBD code P0501 |
Untuk kereta proton, masalah ini disebabkan oleh sensor kelajuan (speedometer switch) pada bahagian belakang speedometer yang telah rosak. Ianya terletak di tengah-tengah speedometer seperti pada gambar di bawah.
|
Bahagian belakang speedometer |
|
Tanggalkan skru untuk periksa Vehicle speed sensor (V-sensor) |
Sekiranya anda tidak pasti sensor tersebut rosak atau sebaliknya, anda boleh memeriksanya dengan multimeter. Laraskan multimeter anda ke bahagian ohm (
Ω). Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyambungkan multimeter kepada kedua-dua terminal sensor tersebut dan putarkan speedometer dengan pemutar skru.
Sekiranya anda mendapat bacaan yang berubah-ubah setelah speedometer tersebut diputar, sensor tersebut adalah dalam keadaan baik. Jika tiada perubahan bacaan setelah speedometer diputar, sensor tersebut telah rosak dan perlu diganti.
|
Ada bacaan... |
|
Putar dengan pemutar skru & tiada bacaan... |
Sensor tersebut boleh didapati di pusat service Proton dengan harga RM25.40 sebiji. Sebenarnya sensor tersebut hanya mengandungi sebiji '
reed switch' sahaja dan ianya boleh didapati di kedai eletronik dengan harga dalam lingkungan kira-kira RM5.00 sahaja.
|
Reed switch
|
Jika anda membeli '
reed switch' seperti boleh dilihat pada gambar di atas, anda kenalah mengeluarkan '
reed switch' lama dan mempatrikan '
reed switch' yang baru pada sensor tersebut.
Untuk makluman,
simptom kerosakan sensor tersebut ialah lampu enjin (MIL) akan menyala jika memandu melebihi 110km/j.
Had the same problem on mine. Replaced the sensor and fault hasn't been back since. Very helpful.
ReplyDeleteCheers!
DeleteTu bukan meter wira ke?
DeleteMeter satria GTi, mungkin reka bentuk sama dengan wira.
Deletesatria GTi after replaced the sensor still having the same fault code p0501 V-signal not plausible. pls advice.
DeleteMake sure it is properly install especially the brown cable.
DeleteV-signal kalau rosak menganggu ke meter minyak?
ReplyDeleteTidak
DeleteUntuk proton persona boleh?
ReplyDeleteTQ..your help 4 my money!!😂
ReplyDeletemurahnya...kat bengkel ckp utk 2 sensor smpai rm400
ReplyDeleteAda banyak sensor dalam kereta, jika sensor yang saya maksudkan di atas itu menelan belanja RM400 untuk ditukar - tersangat mahal...
DeleteApakah kesan jika berlaku kerosakan pada speed sensor bahagian meter untuk kereta auto?adakah boleh mngakibatkan pertukaran transmisi automatik tidak lancar dan kereta turut kehilangan kuasa pecutan?kerera persona auto
ReplyDeleteSecara amnya, speed sensor tiada kaitan dgn auto transmisi. Jika speed sensor rosak, lampu MIL akan menyala. Masalah kelancaran berkait rapat dgn 'minyak, angin & api', sistem brek serta masalah pada gearbox itu sendiri.
DeleteApakah ada bunyi tik tik tik kat dashboard kalau benda tu rosak .. scan keluar kod p0501 v signal ..tapi check engine tak nyala
ReplyDeleteTakda, kalau ada bunyi tik tik tik' tu masalah mekanikal pada speedometer atau rpm gauge.
DeleteAdakah akan terjadi pada system auto jugak..saya baru sahaja kena bila tekan minyak naik bukit lampu engine menyala..dan bila scan obd keluar kod p0501...apa yg pomen bgtaw mgkin meter rosak atau ecu bermasalah..tapi kena tukar meter dulu...ada effect jangka panjang x kalo kita terus naik tanpa menukar seberang ganti..terima kasih
ReplyDeleteSaya tidak pasti apa kesan jangka panjangnya jika dibiarkan sahaja lampu injin menyala. Seboleh-bolehnya cari puncanya dan baiki. Jika reed sensor sahaja yang rosak, tidak perlu gantikan keseluruhan meter baru.
DeleteTq sifu
Deletesama-sama
DeleteAdakah spees sensor ada kaitan dengan meter rpm ? Tq
ReplyDeleteTiada, sensor rpm untuk Proton ialah di CPS sensor (crankshaft position sensor).
Deletehi,saya punya meter kereta satria neo kalau suis off kunci dia tak jarum tak turun..dan meter minyak jadi gila..kadang2 ok kdg2 tak naik langsung..kenapa ye?
ReplyDeleteboleh repair ke kalau macam tu?
Jarum mana satu yang tak turun? jarum minyak, jarum suhu, jarum rpm atau jarum kelajuan?
DeleteJarum minyak jika kadang-kadang tak turun/naik/tak bergerak langsung tu mungkin pelampung di dalam tangki minyak rosak. Cara nak pastikan pelampung rosak ialah cabut wayar pada tangki & sambung dengan wayar (bypass), jika meter minyak naik bermakna meter minyak elok. Jika meter minyak tak bergerak juga (lepas bypass), meter minyak rosak.
Jika meter minyak rosak, tengok tahap kerosakannya, jika 'coil' meter rosak, beli meter yang baru.
Apabila saya masuk gear D lampu menyala2. Masuk gear R kereta ada sedikit bergegar. Jika saya pandu kereta dari KL ke Ipoh adakah ia akan menjejaskan lagi keadaan kereta? Sebab sekarang 6.10am. tiada bengkel yg buka lagi.
ReplyDeleteSebaik-baiknya hantar ke bengkel untuk diperiksa sebab tidak semua masalah kereta sama jika lampu MIL menyala. Jika masalahnya seperti di atas, ianya masih boleh digunakan, cuma tak boleh dipandu laju.
DeleteDapatkan bantuan konsensus lebuhraya jika anda berada di lebuhraya.
Kereta saya saga blm outo,masa naik bukit tekan minyak speed naik kuat lepas tu nyala cek engine.scan masalah...code p0501 juga keluar,.adaka itu masalah dari meter speed juga? Saya biar kan kereta dalam beberapa minute,lepas tu sy on balik,cek engine tu hilang,...lagi satu ,masa sy naik bukit tu,..tidak sampai 110,paling2 dalam 60 tapi rpm sampai 4 ingga 5 ribu..dan last nak tanya,reed sensor tu,kalau da rosak,meter laju boleh jalan ke?sbb dpt p0501 tp meter sy mc still boleh naik.
ReplyDeleteKereta auto biasanya rpm lebih tinggi berbanding kereta manual sbb rpm tinggi baru tukar gear. Kereta manual biasanya tukar gear awal sbb pemandu yang tukar awal. Jika naik bukit, kereta auto akan tukar gear pada rpm yang lebih tinggi.
DeleteBiasanya jika P0501, lampu enjin akan padam selepas kereta dimatikan tetapi lampu enjin akan menyala kembali apabila rpm tinggi atau kereta dah laju.
Tiada masalah jika tak tukar reed switch yang rosak, kereta masih boleh dibawa laju tapi lampu enjin yang menyala itu merisaukan kita.
Elok tukar reed switch sebab jika ada masalah lain yang menyebabkan lampu enjin menyala kita tidak tahu.
Saya ada masalah berkenaan dengan saga blm saya tahun 2010 manual. Sebelum ni rpm sy normal which is kelajuan setara.. kalau rpm 3 mungkin dlm 110-120.. tapi sekarang rpm 3 baru 90 dan kereta macam berat sgt.. saya rasa gear 5 tu mcm baru gear 4. Dan sekiranya sy maintain 100-110 xlama lepas tu keluar lampu enjen. bila pergi bengkel, diorg try dan diorg ckp clutch plate ok lagi. Pastu diorg cek pakai komputer, keluar la speed signal not plausible.. jadi saya pun dah beli speedometer tu. Dan masih belum pasang..
ReplyDeleteSoalan.. adakah spedometer tu ada kene mengene dengan kelajuan kereta sy tu? Ataupun sebenanya rpm sy yg xbetul? Tp tulah.. kereta dah xbest. Dah xnormal. Nak speeding pun berat semacam..
Ada kemungkinan speedometer xbetul. Cuba tukar speedometer yg baru beli tu tgk masih ada masalah sama tak. Saya berpandangan kalau kereta rasa berat tu mungkin ada masalah sistem brek atau api (spark plug, coil, plug cable) atau minyak (fuel injection, fuel filter, fuel pump). Jika tiada asas, hantar bangkel suruh periksa.
DeleteOk tuan.. terima kasih atas pandangan.. saya akan cuba dulu tukar speedometer ni.. tengok dulu berhasil ke tak.. klau masih ada masalah, sy akan cuba betulkan yg lain.. mende ni jadi sebab kereta pernah tersadai hampir setahun..
ReplyDeleteSpeedometer tidak akan rosak jika kereta tersadai lama. Saya syak masalah mekanikal seperti sistem brek yang tidak berfungsi dengan sempurna setelah lama tersadai.
DeleteMeter kereta gen2 ada ke mengunakan speedometer reed switch..sy pun dalam kelajuan 110km lampu check injin menyala..tutup enjin start balik hilang..kalau bawak kereta tekan mintak lebih speed..naik bukit dah lampu check enjin menyala.minta bantuan cara menyelesaikan. Terima kasid admin
DeleteAda, symptomnya serupa dengan masalah di atas. Jika nak kepastian, boleh hantar ke pusat servis berkomputer untuk semakan kodnya. Kalau nak DIY, buka meter dan tukar reed switch tu.
DeleteTuan...saya ade masalah rpm tinggi bile mula2 start enjin..dah learning t.body suma tetapi ttap sma..n dah tukar 2 kali t.body ttp sma..bile scan fault code v signal problem..adakah ade kaitan? Mohon bantu
ReplyDeleteBiasanya kalau kereta baru start, rpm memang tinggi dari biasa. Kalau on aircon rpm akan naik lagi tinggi. Bila enjin dah panas, baru rpm turun ke +/-900.
DeleteKalau lampu enjin menyala ketika kereta dihidupkan baru ada fault code terjana. Boleh bagitau jenis kereta dan bila lampu enjin menyala?
Kereta wira saya ada masalah ni sekarang. Di mana saya boleh beli sensor kelajuan ni?
ReplyDeleteBeli di pusat servis Proton. Kalau rajin boleh beli 'reed switch' dan tukar sendiri. Reed switch boleh dibeli di kedai elektronik.
DeleteSaga BLM auto saya juga mempunyai masalah yg sama. Soalan saya..di mana / tempat / bengkel yg boleh tolong buat /selesaikan masalah ini???.. kerana bkn semua tmpt blh settlekn masalah ini / tukar reed switch. Mohon saudara @Hercules Wong dpt bantu. Tq.
ReplyDeleteBuka meter kereta & bawa ke kedai elektronik untuk tukar reed switch.
DeleteJika nak senang, hantar kereta ke pusat servis proton.
Kalau nak saya bantu, hantar kepada saya di Miri, Sarawak. Cheers!
kereta exora saya meter km/h tak stabil..kadang2 bila behenti jarum kmh tu sangkut kat tengah2 tak turun..bila start enjin baru baru tu jatuh ke 0 balik..boleh bagi pendapat tentang masalah ini..
ReplyDeleteItu masalah mekanikal pada speedometer. Boleh buka speedometer tu dan servis bahagian mekanikalnya. Jika tidak pandai, hantar ke pusat servis untuk penyelangaraan.
DeleteSaya pun mengalami masalah ni..bila naik tekan sampai 110 cek enjin nyala..bila kita stop kereta nampak idle rpm naik turun..tak stable dekat 0.9..kadang2 rpm tak turun bila mati enjin..on kunci balik terus jatuh..bila scan gna obd2..dia kluar kod p0501 jugak..kereta saya satria neo bos..ada kah meter rosak atau sensor speed dekat gear box tuan?
ReplyDeleteKena periksa, ada kemungkinan reed sensor dalam meter rosak atau mungkin juga sensor dekat gearbox seperti yang anda sebut di atas.
DeleteTuan, tumpang tanya. Boleh tak kuta dapatkan signal kelajuan terus daripada speedometer switch ini? Contoh apabila pasang meter defi zd cap ayam. Untuk menghidupkan kelajuan km/h nya.
ReplyDeleteMaaf, saya tidak pasti boleh/tidak gunakan signal kelajuan dari speedometer sebab setiap meter direka berbeza-beza.
DeleteBoleh cuba & beritahu saya apa keputusannya. Terima kasih.
As salam, saga blm, tekan lebih 100 je keluar cek engine, so apa yg patut di tukar? Mohon pencerahan
ReplyDeleteHantar ke pusat servis berkomputer, periksa apa 'error code' baru tahu apa yang rosak dan harus ditukar.
DeleteGreat info, bro. Can I ask for Satria Neo 1.6 CPS, I'm trying to install a defi zd gauge, but can't find the rpm signal. The installer also doesn't know, and doesn't dare to disturb the ecu.
ReplyDeleteI'm sorry sir, neither do i.
DeleteThank you anyway!
Deletekalau naik tdc p0501,ade kaitan tak dgan level gear susah nk masuk ke P?
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti. Sila rujuk kepada pakar kereta auto. Terima kasih.
Deleteok tq.
DeleteReed switch untk saga blm auto kt mne tuan... Sy ada masalah cde p501 naik mnyala bila speed 80kmh ke atas
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti. Cuba periksa pada belakang speedometer tengok ada tak?
DeleteMacamana nak buka speedometer
ReplyDeleteMaaf wan, saya pun ingat-ingat lupa. Pertama, buka dan keluarkan dari dashboard, lepas tu buka belakang speedometer. Rasanya takda skru, buka klip saja.
DeleteSelamat mencuba...
Boss Reed switch tu kalo nak beli kena beli jenis apa? Normally open/close?
DeleteNO (normally open)
Deletehai, saya mempunyai proton saga BLM 1.3 Auto mempunyai masalah yang sama. Apabila berkelajuan lebih dari 100, lampu penunjuk enjin menyala. Sekiranya saya memberhentikan kereta dan menunggu beberapa minit, ia akan hilang. Saya pergi ke perkhidmatan proton mereka melakukan penalaan enjin dan menyuruh saya menukar sensor kelajuan. tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya sudah memeriksa dengan sensor baru, masih sama masalahnya. Kemudian mereka memberitahu saya untuk menukar speedometer tetapi mereka tidak mempunyai stok dan tidak akan tersedia. Kemudian saya dapati kiriman anda, memeriksa suis speedometer untuk Proton SAGA, semua penjual mengatakan bahawa mereka bukan bahagian dalam speedometer Proton saga BLM. ia hanya untuk Wira. Saya menukar speedometer dengan kereta dan pemacu ujian rakan saya. Semuanya ok. sebelumnya setelah kadang-kadang ketika lampu enjin menyala, getaran enjin mengeluarkan bunyi "ghorrrrr". Kemudian tidak boleh memandu. Selepas itu perlahan-lahan jika saya memandu, maka ia menjadi normal semula. Tetapi ketika saya memandu dengan speedometer yang berubah, sama sekali tidak ada masalah. Bagaimana speedometer melakukan masalah mekanikal mesin atau kotak gear? Anda berkata "Masalah kelancaran berkait rapat dengan 'minyak, angin & api', sistem brek dan masalah dengan kotak gear itu sendiri". Kod ralat saya p0501-isyarat tidak masuk akal. Bolehkah anda memberitahu saya bagaimana saya boleh memperbaiki speedometer atau perlu menukar speedometer?
ReplyDeletePerkongsian saya di atas adalah untuk Proton Satria GTi 1.8 dan mungkin tidak sama dengan Saga BLM anda. Dari penerangan anda di atas, saya rasa kereta anda berkemungkinan mengalami kerosakkan plug coil atau pam minyak (fuel pump).
DeleteHai , saya ada masalah kod yang Sama dengan tuan pada satria neo 1.6 saya . Nak Tanya . Pada meter satria neo terdapat juga ke reed switch ni?
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti. Sila rujuk kepada pakar atau agen Proton. Terima kasih.
DeleteHi. Apa size untuk Reed switch Tu ye tuan? 30mm? Kalau guna gold plated boleh? Tq
ReplyDelete20mm - 30mm. gold plated lebih baik.
DeleteTerima kasih boss bagi pencerahan, you are the best!
DeleteSama-sama. Selamat mencuba.
DeleteJust ordered two sets, gold plate and ordinary plate. I'll update later
DeleteGood luck
DeleteBoss,after months I received Reed switch but 28mm was to big and too long to use. Original Reed switch for proton is 12mm only.
DeleteOpsss... sorry & thanks for the info. Lupa dah, kereta Satria GTi saya pun dah kena curi pada tahun 2016.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2016/07/satria-gti-hilang-dijumpai-namun.html
Boss, Kalau saga BLM, ada ke speedometer switch ke?. Problem kereta BLM saga sama seperti problem tu
ReplyDeleteMaaf, saya tidak pasti saga BLM guna sistem yang sama atau tidak dengan satria GTi. Kalau nak tahu, buka speedometer dan periksa. Selamat mencuba...
DeleteHai tuan, kereta saya model wira vdo ada masalah dengan meter sebab circuit hijau di belakang tu ada masalah. Saya ada tukar dengan meter wira SE(2nd). Kemudian bila pasang lampu check engine menyala. Bila scan keluar code p134,p501,p113 dan p170. Mekanik kata suruh tukar p134 dan p501. Setelah tukar pun masih menyala. Adakah perlu scan semula bila tukar semua sensor tersebut?
ReplyDeleteMaaf, saya bukan pakar ECU. Apa yang saya kongsikan di atas adalah dari pengalaman kereta sendiri. Rujuk kepada pusat servis proton untuk bantuan. Hanya mereka sahaja lebih arif masalah kereta proton.
DeleteHai sir. Nak tanya, saga BLM ada reed sensor tak?
ReplyDeleteMaaf, saya tidak pasti sebab belum pernah dirujuk seblum ini. Setahu saya saga BLM ada crank sensor, jadi kemungkinan besar sistemnya sama dengan satria GTi. Apa pun, kena buka dan periksa baru tahu.
DeleteHi i have read all the comments. You seem very knowledgeable. I had a question. What is the purpose of the reed switch? My CEL also comes on after 80-90km/h. I suspect it is the reed switch in my car. Does the reed switch affect fuel economy or top speed?
ReplyDelete-Because my car is 4g13 efi and top speed cannot go above 140. Could faulty reed switch be the reason?
-Getting 11-12km per litre. Could reed switch be the reason for low fuel economy?
Reed switch is just a magnetic switch. It is sensitive to magnet. Its function in instrument cluster is just sending a frequency signal to the microprocessor. The microprocessor then convert the signal received to digital/analog form before telling us the rpm of the engine.
DeleteIt has no effect/related to speed/fuel consumption for manual car. I'm not sure if it is on automatic car.
If you have faulty reed switch, the engine lamp (MIL) will turn on after certain speed. In my case, its turn on after reaching 110km/h
Thank you for your elaborate response. I have ordered mine today from shoppee. Hope it works all good.
Deleteboss saya dah tukar beda tu kat meter satria saya..bila bawa lebih 110 dya tetap menyala..adakah perlu reset fault code??
ReplyDeleteBoleh reset sendiri, cabut salah satu terminal bateri dan biarkan kira-kira seminit, lepas tu pasang balik. Cuba periksa ribbon yg disambung ke reed switch tu ada salah pasang tak.
Deletesy dh tukar speed sensor dan check guna multimeter ok....tp bila pasang jln lebih 100 masi menyala...dh cabut eci..cabut bateri tuk reset....tp masalah tetap sama...adakh perlu reset guna scantool/obd?
ReplyDeleteAda kemungkinan masalah tak sama, kena hantar ke bangkel untuk buat OBD bagi mengetahui apa yang bermasalah.
Deletesebelum sy tukar speed sensor sy dy check guna obd mmg masalahnya vss...p0501-01 v-signal not plausible...tp masi naik juga cel...
DeleteAda kemungkinan silap pasang? Kabel berwarna perang tu letak di atas atau bawah speed sensor?
Deletemcm dibawah sy pasang....mesti pasang diatas ka ?
DeleteMungkin disitu silapnya, cuba ukur keterusan (continuity).
Deletetq bos....tak naik du cel....tq byk bagi info bos...🙏
ReplyDeleteSelamat mencuba, semoga masalah selesai. Cheers!
DeleteHi,saya dh tukar speedometer switch dan masih masalah sama timbul,check engine naik 110km/h ade lagi, knp ye?
ReplyDeleteNak tanya, kabel perang tu letak di atas atau dibawah sensor masa pasang?
DeleteNaik tye keta saya bila bawak 110km keluar lampu enjin bila check obd keluar kod p0501 apa yg patut saya tukar
ReplyDeletePeriksa dulu & cari apa yang rosak. Pengalaman saya di atas adalah berpunca dari kerosakkan reed switch pada meter.
DeleteAda kah same simptom bile pandu lebih 160-170 check enjin nyala...g kdaii die ckp lebih limit...die buat mnde kt blkng meter,trus xboleh jejak 160 da... plik btul...proton gen 2 manual 2005
ReplyDeleteMaaf, Gen2 saya tidak pasti simptomnya sama atau tidak dengan satria GTi.
DeleteKereta Saga FLX 2013, RPM Timing Tinggi ~1300 at Idle. Gear tak dapat tukar ratio apabilsa sampai kelajuan tertentu. Cuma guna satu gear Auto. Apa masalah kereta aku.
ReplyDeleteKalau nak beli reed switch sensor wira ni,kan ada 2 model,1 model vdo 1 lg model mmc,vdo banyak jual n jual sebijik,klu.mmc blh tukar n solder reed switch tu je,
ReplyDeleteNk tanya,klu model.mmc yg blh tukar reed switch je,apa kod nk beli? Maksud sy,dia ada yg normaly open n normaly close,,yg mana stu nk diguna?
NO
DeleteKereta saya satria neo cps 1.6 auto. Jika jalan slow check engine tak mnyala. Jika speed 110 mnyala. Nak tnya adakah satria neo pun guna reed mcm satria gti?? Thanks sifu🙏
ReplyDeleteHi, aktif lagi ke, saya ada wira 1.5 vdo, CEL menyala lepas 80/100 kmh. Saya fikir meter wira asal ni problem sebab minyak dgn speedometer tak berfungsi jadi saya terus ganti dengan meter myvi, wiring custom beli shopee, semua berfungsi tapi CEL menyala lagi, jadi meter myvi ni pon bermasalah ke?
ReplyDeleteHantar ke service center periksa apa kod yang terjana pada ECU.
DeleteKereta persona tahun 2009 speed 110 je lampu lambang enjin menyala,p0501 tu ade jugak ke pada meter persona
ReplyDelete