Showing posts with label Vape. Show all posts
Showing posts with label Vape. Show all posts

Tuesday, 2 July 2024

Cara dapatkan pengecas dari bekas vape

Zaman telah berubah dan ramai perokok kini telah beralih kepada rokok elektronik atau vape atas faktor kos sebab rokok konvensional sangat mahal berikutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita sangat tinggi.

Sewaktu zaman kanak-kanak tahun 80an, saya sering disuruh oleh ayah membelikan rokok dan jika tidak silap harganya cuma RM1.50 untuk sebungkus yang mengandungi 20 batang rokok putih.

Trend terbaru kini ialah penggunaan vape pakai buang (disposable vape) dan sering saya temui sewaktu berjogging. Saya akan kutip untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebab ianya mempunyai komponen elektronik.

Saya tidak pasti kenapa ianya dibuang namun yang pasti ianya rosak. Setelah dibuka dan diperiksa ianya hanya mengandungi 3 komponen elektronik sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dua benda yang sering rosak ditemui ialah bateri dan module pengecas. Setakat ini saya belum menemui elemen pemanas (heater) yang rosak. Majority ditemui mengalami kerosakkan bateri.

Tahukah anda bahawa module pengecas pada vape boleh digunakan untuk mengecas bateri lithium? Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Sunday, 2 June 2024

E2 on disposable vape (battery faulty)

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki berkaitan dengan vape dan anda boleh rujuk di sini.

Jumpa vape terburai...

Baru-baru ini saya menemui sebahagian vape pakai buang yang telah terburai sewaktu berjogging seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah saya pasang semua komponen yang ada kecuali elemen pemanas (heater), ianya boleh dihidupkan bila disambung kepada pengecas namun menghasilkan kod E2 seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

600mAh battery...

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter pada bateri lithium mendapat bacaan voltannya kurang dari 1v. Voltan bateri lithium yang elok ialah di antara 3.2v sehingga 4.2v.

0.244v sahaja...

Saya telah cuba melakukan pengecasan secara manual pada bateri tersebut namun tidak berhasil dan ianya disahkan rosak.

Cara mengenalpasti bateri lithium elok atau sebaliknya pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Gantikan bateri...

Seterusnya saya gantikan bateri tersebut yang rating asalnya 600mAh dengan sebiji bateri yang ratingnya sedikit tinggi iaitu 650mAh dan masalah selesai.

68% - charging...

Saya tidak merokok mahupun vaping namun saya akan kutip setiap benda yang ditemui melibatkan elektronik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain ingin mengetahuinya lebih lanjut. Dalam masa yang sama, mungkin komponen yang ada boleh dijadikan alat ganti.

Selamat berDIY...

Saturday, 21 May 2022

mAh (Miliamp-Hours) vs Wh (Watt-Hours)

Baru-baru ini saya telah kutip dua buah rokok elektronik (disposable pod) untuk mendapatkan baterinya dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

850mAh, 3.145Wh, 3.7v

Perbezaan di antara kedua-dua bateri tersebut ialah kapasitinya seperti boleh dilihat pada label iaitu:-

  1. 3.145Wh, 850mAh, 3.7v
  2. 2.59Wh, 3.7v

2.59Wh, 3.7v

Formula untuk menukar unit Wh ke mAh dan sebaliknya ialah:

  1. Wh = (mAh x V) ÷ 1000 
  2. mAh = (Wh x 1000) ÷ (V)

Bateri pada gambar di atas cuma dilabel 2.59Wh sahaja dan untuk mengetahui nilainya dalam unit mAh, guna formula ke-2 iaitu darabkan Wh dengan 1000 & dibahagi dengan voltan (3.7).

(2.59 x 1000) ÷ 3.7 = 700mAh

Wednesday, 18 May 2022

NASTY FIX disposable pod repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan sebuah 'disposble pod' yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

NASTY FIX (disposable pod)

Hujung minggu lepas ketika berjogging, saya menemui sebuah lagi 'disposable pod' berjenama NASTY FIX seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, wayar merah (positif) putus dan voltan pada bateri terlalu rendah iaitu cuma 1.88v sahaja.

Wayar positif putus...

Sebelum wayar terputus disambung kembali kepada 'micro air pressure sensor', saya sambungkan bateri kepada module TP4056 untuk mengecas baterinya.

Sambungan pada sensor...

Setelah bateri penuh dicas dan diuji, rokok elektronik ini boleh berfungsi dan masih boleh menghasilkan asap putih.

Sebelum di cas (1.88v)

Saya berpendapat 'disposable pod' seperti ini sangat membazir dan biasanya gagal berfungsi sebab baterinya telah kehabisan cas. Bahan kimia dengan pelbagai perisa di dalamnya masih banyak dan dibuang begitu sahaja.

Setelah dicas (4.198v)

Saya tidak merokok dan tujuan saya kutip benda ini ialah untuk mendapatkan baterinya selain sensor serta elemen pemanas untuk kegunaan DIY jika diperlukan kelak.

Keluarkan bateri...

Kepada perokok elektronik, saya cadangkan supaya anda pilih vape daripada 'disposable pod' sebab jika bateri tidak dilupuskan dengan betul, ianya boleh mencemarkan alam sekitar.

850mAh vs 700mAh

Fikir-fikirkan...

Thursday, 19 November 2020

DEJAVU D7 (DJV D7) vape repair

Semalam saya dirujuk sebuah rokok elektronik (vape) berjenama DEJAVU, Model: D7 dengan masalah kadang-kadang salah sebiji bateri menunjukkan 0% terpampang pada skrin.

DJV D7

Pemilik memberitahu saya jika kejadian 0% pada salah sebiji bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, beliau akan buka penutup bateri dan tutup kembali untuk kembali normal. Kadang-kadang perlu dilakukan berulang kali sebelum boleh berfungsi/digunakan.

Sebiji bateri 0%...

Pada mulanya saya syak bateri rosak namun apabila diperiksa menggunakan ammeter, bacaannya kira-kira 17.5A pada setiap bateri. Jadi, masalahnya bukan pada bateri.

Buka dan periksa...

Seterusnya saya buka VAPE tersebut dan mendapati bahawa kedua-dua baterinya disambung bersiri, jadi jika sambungan bateri bermasalah, cuma ada dua kemungkinan sahaja iaitu sama ada 'boleh dihidupkan' atau 'tidak berfungsi langsung'. Jadi, masalah juga buka pada sambungan bateri.

Penutup bateri telah dibuka...

Seterusnya saya menemui sesuatu yang kelihatan berkarat pada penutup baterinya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'battery balancer' berkarat...

Fungsinya ialah sebagai 'battery balancer' ketika mengecas. Ianya disambung ke PCB bertujuan untuk memastikan supaya kedua-dua bateri yang dicas mempunyai kapasiti yang sama.

Pateri 'batery balancer'...

Saya bersihkan terminal yang berkarat tersebut dan membuat sedikit pateri pada permukaannya supaya sentuhannya elok.

Siap...

Percaya atau tidak, masalah salah sebiji bateri menunjukkan 0% di atas selesai setelah sambungan 'battery balancer' tersebut dibersihkan.

Testing...

Untuk pengetahuan semua, bateri yang digunakan pada vape bukannya bateri biasa dan ianya boleh menghasilkan arus elektrik sehingga mencecah 20A sebiji. Sekiranya masalah di atas tidak diatasi dan terus digunakan, ianya berkemungkinan boleh menyebabkan bateri terlebih cas (overcharging) yang juga merupakan salah satu punca bateri meletup.

Horray...

Jangan abaikan sebarang indikator pada peralatan elektrik/elektronik yang memberitahu kita ada masalah dan pastikan ianya dibaiki dengan kadar segera.

20A sebiji...

Merokok membahayakan kesihatan.

Selamat mencuba...