Showing posts with label ECU. Show all posts
Showing posts with label ECU. Show all posts

Tuesday, 20 December 2022

TOYOTA AE100 ECU repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah ECU untuk kereta berjenama TOYOTA meminta untuk cuba dibaiki.

F1719-12030

Menurut pemilik, keretanya boleh dihidupkan namun ada masalah kelancaran injin kereta. Apabila saya buka dan periksa, saya hanya menemui dua biji kapasitor yang berlabel C15 & C17 bocor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

 Nilai kapasitor tersebut ialah:-

  • C15 - 220uF, 10v
  • C19 - 100uF, 10v

Kapasitor merupakan komponen 'wear and tear' dan perlu diganti bila tiba masanya. Jangka hayat kapasitor berubah mengikut fungsinya pada papan litar iaitu dari kira-kira 1,000 jam sehingga 10,000 jam atau lebih.

Siap...

Pagi ini pemilik telah menghubungi saya memaklumkan masalah kelancaran injin keretanya selesai setelah ECU dibaiki.

Selamat mencuba

Thursday, 21 January 2021

ALPHA TECH Like repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

Penghujung tahun lepas saya telah dirujuk lagi benda yang kelihatan serupa jika sekali pandang namun bila dibandingkan dengan yang pernah saya baiki dahulu, ada sedikit perbezaan pada labelnya iaitu perkataan 'General 1.1' tidak ada.

Pemilik memberitahu kepada saya masalahnya ialah, kereta langsung tidak dapat dihidupkan jika menggunakan ECU tersebut.

Setelah dibuka, rekabentuk papan litarnya juga sedikit berbeza dan kelihatan sebiji kapasitor tertanggal salah satu terminalnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Jelas kelihatan gambar di atas salah satu terminal pada kapasitor telah tercabut seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan kejadian seperti ini biasanya adalah akibat litar pintas pada kapasitor tersebut dan meletup.

Nilai kapasitor tersebut ialah 1uF, 50v jenis aluminium. Saya tidak mempunyai penganti untuk 'aluminium capacitor' seperti asal dan saya gantikan dengan kapasitor biasa seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya terpaksa baringkan kapasitor yang baru tersebut disebabkan ruangan yang terhad agar tidak bersentuhan dengan papan litar di atasnya.

Akhir sekali saya periksa semula nilai kapasitor tersebut dengan multimeter dan ianya 963nF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya serahkan ECU tersebut kepada pemilik dan setelah diuji, kini keretanya boleh dihidupkan namun injin kereta tidak stabil dan merujuk semula ECU tersebut kepada saya untuk pemeriksaan lanjut.

Gantikan LM2575T yang baru...

Pemeriksaan semula mendapati sebiji 'switching regulators' berlabel LM2575T rosak dan harus diganti.

LM2575T telah diganti...

Klip video dibawah saya rakam dan menunjukkan perbezaan bacaan pada LM2575 yang rosak dibandingkan dengan yang elok menggunakan multimeter.

Setelah siap LM2575T ditukar dan diserahkan kepada pemilik untuk diuji, masalah injin tidak stabil selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. Sebiji kapasitor 1uF, 50v
  2. Sebiji 'switching regulators' LM2575T

Selamat mencuba...

Friday, 17 July 2020

ALPHA TECH Like General 1.1 repair

Bulan lepas saya dirujuk sebiji sistem ECU untuk Toyota Hilux seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
ALPHA TECH Like General 1.1
Pemilik memberitahu saya fungsinya ialah untuk menambahkan kuasa kuda (horsepower) pada kereta Hilux.
Bahagian hadapan...
Saya diberitahu ianya rosak dan meminta saya cuba untuk membaikinya. Setelah saya buka dan periksa, saya hanya menemui sebiji diod berlabel BYG23M didapati litar pintas. Lokasi diod tersebut telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Litar pintas pada diod...
Nilai diod BYG23M ialah 1.5A, 1000v. Diod tersebut telah saya gantikan dengan yang baru dan menyerahkan kembali ECU kepada pemilik untuk diuji.
BYG23M - litar pintas...
Semalam pemilik telah menelefon saya dan memberitahu saya bahawa ECU tersebut telah diuji dan masih boleh digunakan semula.
Siap...
Selamat mencuba...

Monday, 1 July 2019

Proton Wira 1.5 MMC ECU repair - PW521601

Hari ini saya berpeluang membaiki ECU kereta Proton Wira 1.5 dengan nombor rujukan PW521601 seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
PW521601
Menurut tuan punya ECU ini, masalahnya ialah seperti berikut:-
  1. Kereta boleh dihidupkan tetapi injin kereta tidak stabil dan juga tidak lancar ketika dipandu.
  2. Keretanya mengeluarkan asap yang berbau minyak petrol.
  3. Keretanya juga mengeluarkan asap yang tebal dan berwarna hitam.
  4. Ezos keretanya basah akibat daripada minyak yang tidak terbakar.
  5. Tiap-tiap hari perlu isi petrol sebab 'kuat makan minyak'.
Wira 1.5 MMC ECU
Pemilik juga telah menghantar keretanya untuk diperiksa di pusat berkomputer PROTON dan telah disahkan bahawa ECUnya rosak.
Papan litar setelah dibuka...
Setelah saya buka dan periksa, hanya terdapat satu bahagian yang kelihatan terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
bahagian litar yang putus (kesan terbakar)
Setelah saya periksa menyeluruh papan litar ECU tersebut, tiada komponen lain yang didapati rosak.
Bahagian bawah papan litar...
Oleh yang demikian, saya cuma sambungkan semula bahagian yang telah putus akibat terbakar sahaja. Saya beranggapan kemungkinan kerosakan litar tersebut adalah akibat litar pintas pada bahagian lain kereta.
Bahagian bawah yang hangus telah saya paterikan semula...
Percaya atau tidak, setelah diuji ECU tersebut, masalah seperti tertera di atas kesemuanya lenyap dan keretanya kini kembali normal.
Gembira tuan punya ECU setelah berjaya dibaiki...
Saya sebenarnya tidak yakin dengan menyambungkan bahagian yang putus itu sebenarnya telah membaiki kerosakkan ECU tersebut. Gambar setelah saya mempateri bahagian yang terbakar itu juga lupa saya perolehi.

Selamat mencuba...