Showing posts with label TOSHIBA. Show all posts
Showing posts with label TOSHIBA. Show all posts

Friday, 27 November 2020

Toshiba RBC-AMT32-E wired remote control repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh berjenama Toshiba, model: RBC-AMT32-E dengan masalah butang melaras suhu tidak berfungsi.

Toshiba RBC-AMT32-E

Alat kawalan jauh ini digunakan oleh penghawa dingin berjenama Carrier dan ianya perlu disambung dengan bekalan elektrik 16v pada bahagian belakang yang berlabel A & B seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup belakang dibuka...

Terminal A perlu disambung kepada positif (+ve) bekalan elektrik manakala terminal B pula disambung kepada negtif (-ve) bekalan elektrik.

Buka lagi...

Setelah bahagian belakang alat kawalan jauh ini saya buka dan diperiksa menggunakan mata kasar, tiada komponen yang rosak kelihatan pada papan litar.

Setelah dilearaikan...

Kemudian saya buka pula papan litar serta 'keypad'nya dan mendapati butang berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah kelihatam kotor.

Keypad kotor...

Masalah sedemikian adalah serupa dengan alat kawalan jauh yang pernah saya kongsikan sebelum ini yang tidak berfungsi akibat kebocoran cecair bateri. Apa yang perlu dilakukan ialah bersihkan 'keypad' serta papan litar dengan menyembur 'contact cleaner' dan keringkan sebelum di pasang kembali.

Bersihkan keypad...

Klip video dibawah diambil setelah kerja-kerja pembersihan siap dan masalah butang tidak berfungsi bila ditekan selesai serta telah berjaya diselamatkan.


Selamat mencuba...

Sunday, 15 November 2020

BLAUPUNKT QUADRO AMPLIFIER repair

Amplifier ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

BLAUPUNKT QUADRO

Kali ini pemilik merujuk kembali semula dengan masalah yang sama iaitu 'output speaker' yang sama mengeluarkan suara yang lemah berbanding dengan 3 yang lain.

Setelah penutup bawah dibuka...

Amplifier ini menggunakan 4 biji IC Toshiba TA7250BP untuk keempat-empat 'output speaker'nya. Pemeriksaan awal mendapati bahawa rintangan pada 'output speaker' yang bermasalah itu berbeza serta lebih tinggi dan telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu 1.8kΩ berbanding 1.6kΩ pada 3 yang lain.

1.8

Apabila saya jejaki litarnya, ianya berpunca dari salah sebiji IC seperti boleh dilihat pada gambar di atas di mana bacaannya lebih tinggi dari yang lain sebanyak 0.2kΩ atau 200Ω.

Guna IC Toshiba TA7250BP

Oleh kerana keempat-empat ICnya adalah sama, maka saya bandingkan ukurannya menggunakan multimeter dan juga tidak menemui sebarang perbezaan serta kerosakkan.

Cold Solder Joint...

Ketika saya membuat perbandingan ukuran berulang kali, kadang-kadang dapat pula bacaan 1.6kΩ dan kadang-kadang kembali kepada 1.8kΩ semula pada terminal yang sama.

Seterusnya saya berhajat mengeluarkan IC yang bermasalah tersebut untuk pemeriksaan lanjut. Ketika saya memedut timah pada terminal pertama sebelah kanan seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas, saya dapati paterinya tidak melekat.

Seterusnya saya buang kesemua pateri pada kesemua terminal IC tersebut, bersihkan dan pateri kembali. Gambar di atas saya ambil setelah kerja-kerja pateri semula telah siap.

1.6kΩ
BLAUPUNKT QUADRO AMPLIFIER repair

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Percaya atau tidak, setelah kerja membuang pateri serta pateri semula siap dan diperiksa, bacaan multimeter kini ialah 1.6kΩ dan bukan 1.8kΩ lagi pada terminal yang sama seperti boleh dilihat sebelumnya pada gambar di atas.

Seterusnya saya periksa semula pada bahagian 'output speaker' yang pada awalnya mendapat bacaan 1.8kΩ kini juga 1.6kΩ sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.6

Kesimpulan penemuan di atas ialah, terdapat 'cold solder joint' pada terminal IC yang bermasalah. 'Cold solder  joint' adalah berpunca daripada fenomena panas dan sejuk yang berulang-ulang. IC tersebut akan panas ketika digunakan dan sejuk kembali ketika tidak digunakan. Proses panas dan sejuk berulang-ulang selama melebihi 20 tahun itu berakhir dengan 'cold solder joint'.

Walaupun tiada komponen yang rosak ditemui namun keseluruhan proses 'troubleshooting' menelan masa kira-kira 2 jam. Masalah output yang lemah di atas telah selesai dan amplifier tersebut kembali berfungsi semula seperti biasa.

Selamat mencuba...

Wednesday, 3 June 2020

TOSHIBA AW-F820SM 7.2kg washing machine general servicing

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang harus ada pada setiap rumah. Tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu diselengara?
Mesin basuh harus diselengara setelah kira-kira 3 hingga 5 tahun digunakan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses menyelengara mesin basuh berjenama TOSHIBA, model: AW-F820SM.
Buka penutup bahagian atas...

Umpil penutup & buka skru 'pulsator'...

Keluarkan 'pulsator'...

Buka 4 biji skru di tengah...

Bahagian bawah 'pulsator'...

Setelah 'drum' dikeluarkan...

Kotor tak?

Cuci hingga bersih...

Dah bersih macam baru...
Setelah siap dibersihkan, jemur sehingga kering dan pasang kembali kesemua bahagian yang telah dibuka sebelumnya. Keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan.
Siap & test run...
Selamat mencuba...

Sunday, 5 May 2019

TOSHIBA PA-1650-02 adapter repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah adapter berjenama TOSHIBA, model PA-1650-02. Masalahnya ialah tiada output langsung.
Jenama: TOSHIBA, Model: PA-1650-02
Setelah dibuka & diperiksa, cuma sebiji kapasitor utama yang didapati rosak dan kembung. Keadaan kapasitor tersebut boleh anda lihat seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor kembung
Nilai asal kapasitor tersebut ialah 100uF, 400v namun saya menggantikannya dengan 100uF, 450v berikutan ketiadaan kapasitor yang 100% sama.
Tiada bacaan langsung pada kapasitor asal
Untuk makluman, voltan pada kapasitor utama ialah kira-kira 350vdc jika voltan input ialah 240vac. Oleh itu anda boleh menggunakan kapasitor dengan voltan 350v atau lebih.
Kapasitor baru 100uF 450v
Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, adapter tersebut kini boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...