Monday, 15 June 2026

Hall Effect Sensors

Hall Effect Sensors banyak digunakan pada kipas angin brushless.

MTS276S hall effect sensor

Gambar di bawah menunjukkan pinout keempat-empat terminal pada hall effect sensor.

276 hall effect sensor pinout

Gambar berikut pula adalah skema yang saya guna untuk menguji hall effect sensor.

276 hall effect sensor schematic

Lampu LED yang disambung kepada DO dan DOB akan menyala jika ada medan magnet kutub utara atau kutub selatan pada hall effect sensor.

Saya menggunakan lampu LED berwarna biru dan merah untuk membina litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lampu LED yang menyala berubah apabila hall effect sensor didekati medan magnet.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan menunjukkan perubahan lampu LED yang menyala setelah medan magnet diubah.

Selamat berDIY... 

Friday, 12 June 2026

HINO 3 ton truck instrument cluster repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk instrument cluster untuk lori berjenama HINO dan anda boleh rujuk di sini.

HINO instrument cluster

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi instrument cluster untuk lori berjenama HINO seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Menurut pemilik ianya gagal berfungsi setelah terlebih voltan dari alternator yang bermasalah.

Litar pintas - CBK2

Setelah dibuka serta diperiksa, saya menemui satu komponen mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Untuk makluman semua, komponen berlabel CBK2 merupakan TVS diod dengan rating 24v. 

Bahagian bawah papan litar...

Instrument cluster ini masih gagal berfungsi setelah CBK2 di atas telah diganti.

Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji diod jenis SMD putus seperti boleh ditonton pada klip video di atas. 

Gantikan diode yang putus (V6)

Instrument cluster ini berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen rosak di atas telah diganti.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...

Tuesday, 9 June 2026

Shopee vs Lazada vs AliExpress

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membeli belah dalam talian melibatkan shopee, lazada serta AliExpress dan anda boleh rujuk di sini.

Shopee - free shipping...

Untuk makluman semua, AliExpress kini tidak lagi menggunakan matawang USD dan tiada masalah kerugian jika ada kes kehilangan barang atau 'return & refund'.

Lazada - good discount...

Sehingga blog ini ditulis, shopee masih pilihan pertama saya dan diikuti lazada. AliExpress masih pilihan terakhir sebab kos penghantarannya sangat mahal berbanding shopee/lazada selain harganya juga sedikit lebih mahal.

AliExpress - high cost on shipping fee...

Pun begitu, kadang-kadang saya terpaksa membeli di AliExpress sebab banyak komponen elektronik yang saya cari tidak ditemui di shopee/lazada.

Saturday, 6 June 2026

24v DENSO fan motor (168000-5370) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah motor kipas angin berjenama DENSO untuk kegunaan lori HINO euro 2. 

DENSO fan motor (168000-5370)

Menurut pemilik, masalahnya ialah kipas kadang-kadang berpusing dan kadang tidak berpusing.

Buka penutup bawah...

Majoriti masalah sedemikian adalah disebabkan 'carbon brush' telah haus dan perlu ditukar.

Buka lagi...

Setelah dibuka, sah 'carbon brush' telah pendek seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

5mm (5mm x 6mm x 14mm)

Saiz 'carbon brush' yang digunakan ialah 5mm x 6mm seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

6mm (5mm x 6mm x 14mm)

Kipas ini memerlukan 4 batang 'carbon brush' dan masalah selesai setelah kesemuanya ditukar.

Siap...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 3 June 2026

TOYOTA vigo instrument cluster

Banyak instrument cluster kereta TOYOTA seperti ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jarum RPM & speedometer tidak berada di 0...

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi untuk kereta TOYOTA vigo dengan masalah biasa serta kerosakkan sama namun sedikit pelik iaitu jarum kelajuan turun sehingga di bawah 0 dan jarum RPM pula tidak sampai 0 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

23/11/2009

Setelah kerosakkan pada papan litar telah diganti serta diuji ianya kembali normal.

Siap...

Saya tidak pasti kenapa jarum speedometer boleh turun sehingga di bawah 0, ada kemungkinan ianya telah dibuka seseorang sebelum dirujuk kepada saya.

Selamat berDIY... 

Sunday, 31 May 2026

Piring astro dilindung bumbung

Sebelum ini saya ada kongsikan cara mudah memasang piring astro dan anda boleh rujuk di sini.

Piring astro ini saya pasang pada tahun 2023 dan tidak pernah diubah mahupun dilaras sehingga baru-baru ini jiran sebelah rumah tambah bumbung seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah walaupun telah dilindung oleh bumbung, isyarat (signal) masih padu pada 87% seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Renung-renungkan... 

Thursday, 28 May 2026

Renew RHB Debit Card

Saya cuma memiliki sekeping kad ATM yang juga berfungsi sebagai kad debit sahaja.

28/02/2026

Awal tahun ini pada 28/02/2026 saya menerima pesanan ringkas seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Sah sehingga bulan ogos 2026

Kad debit saya sah laku sehingga bulan ogos tahun ini dan ianya gagal diperbaharui melalui aplikasi pada telefon bimbit.

21/05/2026

Sejak menerima pesanan ringkas di atas, saya cuba memperbaharui kad debit melalui aplikasi dari masa ke semasa dan semuanya gagal seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas. Percubaan terakhir yang juga gagal ialah pada 21/05/2026.

25/05/2026

Pun begitu, percubaan pada 25/05/2026 akhirnya berjaya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya berpendapat sistem aplikasi bank yang tidak membenarkan pembaharuan kad debit lebih awal.

Renung-renungkan... 

Monday, 25 May 2026

Unchained Melody - Elvis Presley


[Verse] G Em C Oh, my love, my darling D G I've hungered for your touch Em D D A long lonely time [Chorus] G Em C Time goes by so slowly D G And time can do so much Em D D Are you still mine? G D I need your love Em Bm I need your love C D G G7 God speed your love to me C D C Lonely rivers flow to the sea, to the Bb sea C D G To the open arms of the sea C D C Lonely rivers cry wait for me, wait for Bb me C D G I'll be coming home wait for me G Em C Oh my love, my darling D G I've hungered for your touch Em D D A long lonely time
 
[Chorus]
G         Em    C
Time goes by so slowly
    D              G
And time can do so much
    Em        D      D
Are you still mine?
 
 
G              D
I need your love
Em    Bm
I need your love
 C                    D     G
God speed your love  to    me

Friday, 22 May 2026

ALL POWER AP1500 UPS repair

Hari ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama ALL POWER model AP1500 dengan masalah gagal mengecas. 

ALL POWER AP 1500

Menurut pemilik ianya telah digunakan lebih 10 tahun untuk kegunaan pencetak (printer) dan komputer sewaktu bekalan elektrik terputus di kedainya. 

Model: AP1500

Bateri asalnya telah lama rosak dan diubah suai menggunakan bateri kereta yang jauh lebih besar kapasitinya.

Ubahsuai guna bateri kereta...

Biasanya saya tidak berminat membaiki benda yang telah diubahsuai namun kali ini terbuka hati sebab pemilik kata ianya telah berfungsi dengan baik lebih 10 tahun.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebiji kapasitor kembung pada papan litar...

Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui dua biji kapasitor bermasalah dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor rosak telah diganti...

Untuk pengetahuan semua masalah tidak mengecas selesai setelah kedua-dua kapasitor dengan nilai 470uf, 35v & 470uf, 25v diatas telah ditukar.

13.22v

Selamat berDIY... 

Tuesday, 19 May 2026

KUULAA KL-CD11 charger repair

Sekali sekala saya dirujuk pengecas telefon pintar untuk dibaiki dan hari ini saya kongsikan sesuatu yang paling mudah dibaiki.

Jenana pengecas kali ini ialah KUULAA, model KL-CD11 dengan masalah tidak mengecas.

Saya terlupa uji sebelum dibuka untuk kerja membaiki. Gambar di bawah jelas menunjukkan dua biji kapasitor telah kembung pada bahagian output.

Gambar di bawah menunjukkan kapasitor kembung telah saya gantikan. Untuk makluman semua, kapasitor tersebut bukan setakat kembung namun telah bocor.

Pengecas ini berjaya di selamat dengan hanya menggantikan kedua-dua kapasitor rosak yang boleh dilihat dengan mata kasar.

 Selamat berDIY... 

Saturday, 16 May 2026

KHiND CF-608 ceiling fan repair

Kipas siling berjenama KHiND model CF-608 ini saya beli pada 12/10/2017 dengan harga RM99 dan telah lama kelajuannya mulai perlahan.

KHiND CF-608

Ketika baru dibeli, saya guna kelajuan pertama dan telah bertukar kepada kelajuan ke-2 kira-kira setahun lalu.

Buka kapasitor...

Cuaca sekarang tersangat panas dan saya terpaksa baiki kipas siling ini. Punca kipas berpusing perlahan majoriti adalah disebabkan kerosakkan kapasitor.

Kapasitor 2uf tapi bacaan cuma 1.11uf

Kapasitor yang digunakan ialah 2uf namun nilainya telah menurun ke 1.11uf sahaja.

Kapasitor baru - 2uf

Masalah selesai setelah kapasitor tersebut diganti dengan nilai asal iaitu 2uf.

Siap...

Selamat berDIY... 

Wednesday, 13 May 2026

APC BVX900LI-MS UPS repair

Masalah UPS gagal berfungsi telah banyak saya kongsikan sebelum ini dan majoriti adalah disebabkan jangka hayat bateri telah tamat.

APC BVX900LI-MS

Apa yang anda perlu lakukan ialah buka serta gantikan baterinya dan ianya akan kembali berfungsi semula.

Bateri rosak...

Cara mudah untuk mengenalpasti bateri rosak ialah ukur voltannya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Bateri baru...

Sesuatu yang menarik perhatian saya kali ini ialah kapasti bateri yang digunakan berbeza dengan semua perkongsian lepas. Selama ini bateri 7Ah atau 7.2Ah digunakan namun apa yang ditemui ialah 9.0Ah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

9.0Ah

Selain kapasiti, harganya juga jauh berbeza. Harga semasa bateri dengan kapasti 7.2Ah kira-kira RM45 manakala 9.0Ah pula RM110. Jika anda adalah pemilik UPS ini, apakah kapasiti yang anda pilih? 

7.0Ah vs 7.2Ah vs 9Ah

Fungsi UPS ialah sebagai 'backup power' sewaktu bekalan elektrik tiba-tiba putus dan anda perlukan masa untuk memadamkan komputer secara normal agar tidak merosakkannya. 

Majoriti UPS hanya standby sepanjang masa, jadi bateri 7.0Ah sudah memadai dan perlu diingat bahawa ianya akan rosak bila tempoh jangka hayatnya telah tiba tanpa mengira apa kapasitinya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...