Showing posts with label UPS. Show all posts
Showing posts with label UPS. Show all posts

Friday, 22 May 2026

ALL POWER AP1500 UPS repair

Hari ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama ALL POWER model AP1500 dengan masalah gagal mengecas. 

ALL POWER AP 1500

Menurut pemilik ianya telah digunakan lebih 10 tahun untuk kegunaan pencetak (printer) dan komputer sewaktu bekalan elektrik terputus di kedainya. 

Model: AP1500

Bateri asalnya telah lama rosak dan diubah suai menggunakan bateri kereta yang jauh lebih besar kapasitinya.

Ubahsuai guna bateri kereta...

Biasanya saya tidak berminat membaiki benda yang telah diubahsuai namun kali ini terbuka hati sebab pemilik kata ianya telah berfungsi dengan baik lebih 10 tahun.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebiji kapasitor kembung pada papan litar...

Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui dua biji kapasitor bermasalah dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor rosak telah diganti...

Untuk pengetahuan semua masalah tidak mengecas selesai setelah kedua-dua kapasitor dengan nilai 470uf, 35v & 470uf, 25v diatas telah ditukar.

13.22v

Selamat berDIY... 

Wednesday, 13 May 2026

APC BVX900LI-MS UPS repair

Masalah UPS gagal berfungsi telah banyak saya kongsikan sebelum ini dan majoriti adalah disebabkan jangka hayat bateri telah tamat.

APC BVX900LI-MS

Apa yang anda perlu lakukan ialah buka serta gantikan baterinya dan ianya akan kembali berfungsi semula.

Bateri rosak...

Cara mudah untuk mengenalpasti bateri rosak ialah ukur voltannya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Bateri baru...

Sesuatu yang menarik perhatian saya kali ini ialah kapasti bateri yang digunakan berbeza dengan semua perkongsian lepas. Selama ini bateri 7Ah atau 7.2Ah digunakan namun apa yang ditemui ialah 9.0Ah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

9.0Ah

Selain kapasiti, harganya juga jauh berbeza. Harga semasa bateri dengan kapasti 7.2Ah kira-kira RM45 manakala 9.0Ah pula RM110. Jika anda adalah pemilik UPS ini, apakah kapasiti yang anda pilih? 

7.0Ah vs 7.2Ah vs 9Ah

Fungsi UPS ialah sebagai 'backup power' sewaktu bekalan elektrik tiba-tiba putus dan anda perlukan masa untuk memadamkan komputer secara normal agar tidak merosakkannya. 

Majoriti UPS hanya standby sepanjang masa, jadi bateri 7.0Ah sudah memadai dan perlu diingat bahawa ianya akan rosak bila tempoh jangka hayatnya telah tiba tanpa mengira apa kapasitinya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

Saturday, 24 May 2025

APC UPS BV650I-MS repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk UPS berjenama APC model BB650I-MS dengan masalah bunyi buzzer berterusan sewaktu tiada bekalan elektrik.

APC Uninterrupted Power Supply (UPS)

Majoriti masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan bateri sahaja dan pengguna boleh DIY sendiri.

Model: BV650I-MS

Cara untuk mengenalpasti bateri bermasalah pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh tonton pada klip video di bawah.

Bateri yang digunakan ialah jenis 'lead-acid battery' dengan nombor rujukan 1270 (12v, 7Ah).

Setelah penutup bawah dibuka...

Anda cuma perlu buka 5 biji skru pada penutup bahagian bawah dan gantikan baterinya.

Bateri 12v, 7Ah

Untuk pengetahuan semua, jangka hayat bateri biasanya dalam 3 tahun dan jika bernasib baik boleh bertahan sehingga 5 tahun.

Tested - ok

Selamat berDIY... 

Saturday, 2 December 2023

APC Black-UPS ES500 repair

Banyak UPS seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Cold solder joint...

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah UPS dengan masalah boleh dihidupkan namun apabila bekalan terputus, UPS gagal membekalkan elektrik dengan menggunakan kuasa bateri serta menghasilkan bunyi buzzer berterusan.

Buang pateri lama...

Pemeriksaan dengan mata kasar menemui satu 'cold solder joint' dan apa yang saya telah lakukan ialah membuang pateri lama dan mempateri semula

Pateri semula...

Masalah gagal menjana elektrik sewaktu bekalan elektrik putus selesai dengan hanya mempateri semula 'cold solder joint' di atas.

Siap...

'Cold solder joint' terjadi apabila bahagian pateri mengalami proses panas dan sejuk berulang-ulang serta banyak ditemui pada papan litar TV CRT.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Tuesday, 8 August 2023

APC Black-UPS ES500 repair

Banyak UPS seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

APC ES500

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi UPS serupa dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Ianya boleh berfungsi setelah sambungan bateri saya putuskan & disambung semua sewaktu mengujinya namun gagal dihidupkan semula setelah dipadam serta dibiarkan selepas kira-kira beberapa minit.

Q7 rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa komponen satu per satu, saya menemui sebiji komponen dengan label Q7 pada papan litar rosak.

2N7000 - mosfet

Q7 menggunakan sebiji mosfet dengan label 2N7000 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Q7 (2N7000) rosak...

Gambar di atas pula adalah maklumat yang saya dapat apabila diperiksa dan ianya telah menjadi diod serta bukannya mosfet lagi.

Mosfet baru & rosak...

Gambar di bawah adalah maklumat serta bacaan yang sepatutnya pada mosfet berlabel 2N7000 yang elok.

Checking...

Masalah gagal berfungsi selepas beberapa minit dipadam selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Gantikan mosfet baharu...

Selamat mencuba...

Friday, 10 February 2023

Power Tree S1250P UPS repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah UPS dengan masalah ketika bekalan elektrik terputus, UPS gagal berfungsi.

Pemeriksaan awal mendapati bateri rosak menjadi punca ianya gagal namun setelah baterinya telah diganti, masalahnya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Saya juga dapati ada bunyi getaran yang kuat pada transformer dan ianya tidak normal.

Power Tree S1250P UPS

Pemeriksaan seterusnya mendapati UPS langsung menggunakan kuasa bateri walaupun ada bekalan elektrik dan apa yang mengejutkkan ialah voltan output sangat tinggi iaitu mencecah kira-kira 350vac. Bacaan voltan output UPS yang normal sepatutnya kira-kira 220vac sewaktu menggunakan kuasa bateri.

Model: S1250P

Pemeriksaan dengan mata kasar juga tidak mendapati sebarang komponen yang rosak dan kesemuannya kelihatan seperti baru tanpa sebarang kesan panas melampau.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan pada papan litar dengan menggunakan multimeter akhirnya mendapati bahawa tiada bekalan elektrik dari transformer seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Tiada bekalan elektrik ke PCB......

Saya dapat bacaan 18vac pada bahagian penyambungnya namun setelah disambung ke PCB, bekalan tidak sampai ke papan litar.

Bekalan 18vac ke PCB...

Pemeriksaan pada 4 biji diod yang bertindak sebagai rectifier juga tidak menemui sebarang masalah namun saya syak kemungkinan penyambungnya tidak bersentuh sebab kelihatan sedikit jauh serta tidak rapat ke papan litar.

Ketatkan sambungan...

Saya ketatkan penyambungnya ke papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan percaya atau tidak, masalah selesai dan bacaan 18vac kini ada pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bekalan 18vac sampai ke PCB...

Saya tidak pasti kenapa penyambung bekalan tersebut tidak bersentuh dan ianya tidak dicabut sewaktu menukarkan bateri.

Jika anda ingin tahu cara-cara mengenalpasti bateri masih elok/rosak, anda boleh rujuk kepada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Friday, 25 March 2022

APC Black-UPS ES500 repair

Semalam saya telah dirujuk sebuah UPS berjenama APC model ES500 dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

UPS yang elok tidak akan menghasilkan bunyi buzzer berterusan ketika dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

Setelah penutup belakang dibuka...

Majoriti masalah UPS seperti ini yang pernah dirujuk kepada saya adalah disebabkan kerosakkan bateri atau kerosakkan geganti (relay).

Keluarkan papan litar untuk pemeriksaan...

Kali ini kerosakkannya berbeza dari sebelumnya dan setelah papan litarnya saya buka serta diperiksa secara menyeluruh, sebiji kapasitor dengan nilai 22uF, 16v rosak dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor 22uF, 16v...

UPS ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dengan menggantikan sebiji kapasitor sahaja.

Kapasitor rosak, bacaan cuma 270nF sahaja...

Nilai kapasitor 22uF atau 22,000nF yang rosak cuma 270nF sahaja seperti telah saya tunjukkan pada gambar di atas

Selamat mencuba...

Wednesday, 2 February 2022

Power Tree S650BX G series UPS repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk UPS seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Power Tree S650BX

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi UPS serupa dengan masalah mengeluarkan bau hangus serta ada kedengaran bunyi percikan api apabila dihidupkan.

Kapasitor 1000uF, 35v kembung...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji kapasitor kembung dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Seterusnya saya uji UPS tersebut dan mendapati ada asap putih kelihatan pada sebiji geganti (relay) seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

'Cold solder joint' pada terminal geganti...

Pemeriksaan pada bahagian bawah papan litar mendapati salah satu terminal geganti mengalami 'cold solder joint' dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Pateri semula terminal 'cold solder joint'...

Cara membaiki 'cold solder joint' ialah buang timah asal dan bersihkan sebelum dipateri semula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested -ok

Bunyi percikan api serta bau hangus yang dikhabarkan oleh pemilik adalah berpunca dari 'cold solder joint' dan telah berjaya diselamatkan.

Selamat mencuba...

Monday, 24 May 2021

PowerStar NEO 800 UPS repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama PowerStar, model: NEO 800 dengan masalah hanya boleh dihidupkan jika butang suis ditekan tanpa dilepaskan.

Jenama: PowerStar

Maksud 'ditekan tanpa dilepaskan' saya di atas ialah, jika butang suis dilepaskan, ianya terus padam. Jadi sudah pasti masalahnya ialah pada suis tersebut.

Model: NEO 800

Gambar di bawah menunjukkan UPS tersebut telah saya buka dan hanya sebiji bateri, sebiji transformer dan sekeping papan litar sahaja kelihatan.

Setelah penutup dibuka...

Suis yang bermasalah tersebut terletak pada papan litar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Suis rosak...

Klip video di bawah menunjukkan keadaan suis tersebut apabila ditekan dan tidak melekat setelah ditekan dan dilepaskan.


Tiada alat ganti suis tersebut di pasaran tempatan dan saya terpaksa buka untuk cuba membaikinya.

Buka suis...

Setelah kesemua komponen suis tersebut saya buka dan diperiksa, saya dapati ada sedikit masalah pada klip penahan suis ketika ditekan.

Keluarkan apa yang ada...

Gambar di bawah menunjukkan klip tersebut yang bermasalah dan apa yang saya lakukan ialah bengkokkan sedikit supaya berbentuk sudut tegak 90 darjah.

Bengkok sedikit pin...

Dengan hanya membengkokkan sedikit penahan pada suis di atas dan setelah dipasang kembali kesemua komponennya serta diuji, suis tersebut telah kembali normal.

Dengan hanya membengkokkan sedikit penahan pada suis di atas dan setelah dipasang kembali komponennya serta diuji, suis tersebut telah kembali normal.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Dengan hanya membengkokkan sedikit penahan pada suis di atas dan setelah dipasang kembali komponennya serta diuji, suis tersebut telah kembali normal.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Dengan hanya membengkokkan sedikit penahan pada suis di atas dan setelah dipasang kembali komponennya serta diuji, suis tersebut telah kembali normal.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Siap...

Klip video di bawah menunjukkan suis tersebut boleh berfungsi semula setelah diselenggara.

Setelah berpuas hati dan suis dipasang kembali ke papan litar, masalah selesai dan UPS juga telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan.

Selamat mencuba...