Showing posts with label BOSCH. Show all posts
Showing posts with label BOSCH. Show all posts

Sunday, 2 August 2026

BOSCH GBH 2-26 DRE repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah gerudi elektrik berjenama BOSCH model GBH 2-26 DRE dengan masalah gagal berfungsi.

BOSCH GBH 2-26 DRE

Menurut pemilik, ianya mengeluarkan asap sewaktu kali terakhir digunakan.

Carbon brush hilang...

Ianya telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum dirujuk kepada saya. Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah carbon brush serta bearing telah tiada.

Bearing juga hilang...

Pemeriksaan awal mendapati komponen yang rosak serta hilang ialah:-

  1. Sebiji bearing
  2. Carbon brush
  3. Stator 
Gantikan stator yang terbakar...

Gambar di atas menunjukkan stator telah saya gantikan dengan yang baru. Gegelung stator asal berwarna hitam akibat panas melampau.

Pasang carbon brush baru (5mm x 8mm x 19mm)

Nombor rujukan bearing yang hilang ialah 607 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan bearing yang hilang - 607

Setelah kesemua komponen rosak di atas telah saya ganti dan diuji, ianya boleh boleh berfungsi namun pergerakkan motor sangat pelahan.

Gantikan armature baru...

Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan armature juga turut rosak akibat panas melampau.

Bearing sebelah dalam - 609

Gerudi elektrik ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah armature turut diganti.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 1 June 2022

BOSCH ART 23 Easytrim spool & line

Sebelum ini saya telah kongsikan sebuah mesin potong rumput elektrik BOSCH ART 23 Easytrim dan anda boleh rujuk di sini.

spool cover & spool/line

Setelah digunakan beberapa kali, saya dapati tali (spool & line) untuk memotong rumput tidak tahan dan cepat putus.

spool cover damage...

Pemeriksaan pada penutupnya mendapati lubang di mana tali disimpan rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

New spool cover & spool/line

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan penutup lama serta baharu dan dalam masa yang sama saya telah belikan tali yang baharu.

Masalah tali memotong rumput cepat putus selesai setelah saya telah tukarkan penutupnya dengan yang baharu.

Gantikan dengan yang baharu...

Cara memasang penutup serta spool & line boleh ditonton pada klip video di bawah.



Selamat mencuba...

Tuesday, 17 May 2022

BOSCH ART 23 Easytrim

Mesin memotong rumput berjenama BOSCH, model: ART 23 easytrim ini telah saya kutip dari tong sampah beberapa bulan yang lepas.

BOSCH ART 23 Easytrime

Ketika dikutip, keadaan luaran kelihatan elok dan cuma kabel wayar telah dipotong seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Model: ART 23 Easytrim

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak selain kabel yang telah dipotong sahaja.

Setelah dibuka...

Mesin memotong rumput ini hanya dilengkapi sebiji motor dan sebiji suis sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kabel yang baharu...

Memandangkan tiada komponen yang rosak ditemui, saya gantikan kabel dan pemeriksaan pada plug 3-pin dapat bacaan 53.1Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Rintangan armature - 53.1Ω

Saya juga dapati penutup bahagian motor telah ditebuk lubang dan diklip dengan wayar berwarna hijau seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing...

Percaya atau tidak, mesin memotong rumput ini boleh berfungsi dan saya tidak pasti kenapa ianya dibuang oleh pemilik.

Selamat mencuba...

Saturday, 21 August 2021

BOSCH LBB 1946/00 Plena six-zone call station repair

Awal bulan ini saya ada membaiki sebuah amplifier BOSCH LBB 1935/20 anda boleh rujuk di sini.

BOSCH LBB 1946/00 Plena Six-zone call station

Awal minggu ini pula pemilik menghantar sebuah mikrofon atau 'call station' berjenama BOSCH, model LBB: 1946/00 dengan masalah langsung tidak berfungsi. Mikrofon ini adalah merupakan salah satu komponen yang dipasang bersama dengan amplifier BOSCH LBB 1935/20.

Pemilik hanya menghantar mikrofon sahaja dan saya tidak berpeluang untuk mengujinya.

Setelah dibuka dan pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan. Tiada komponen yang rosak juga ditemui setelah diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Tompokan putih pada papan litar...

Saya hanya menemui satu tompokan putih pada bahagian atas papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas sahaja yang meragukan.

Dah bersih...

Apabila saya kikis, ianya tanggal dan rupanya seperti garam yang melekat setelah air garam telah tersejat. Memandangkan tiada kerosakkan lain ditemui, saya kembalikan kepada pemilik untuk diuji dan percaya atau tidak, pagi ini pemilik telah memaklumkan kepada saya bahawa ianya boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 4 August 2021

BOSCH LBB1935/20 Plena Amplifier repair

Minggu lepas saya dirujuk dua buah amplifier berjenama BOSCH, model: LBB1935/20 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

Jenama: BOSCH

Amplifier ini digunakan untuk 'P.A. system' pada bangunan besar/tinggi untuk membuat pengumuman jika ada kecemasan.

Model: LBB1935/20

Setelah dibuka, komponen yang saya dapati rosak dengan mata kasar ialah fius 20A serta kipas dengan 'rating' 24v seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Jika fius 20A putus mesti bersebab dan setelah memeriksa bahagian amplifier, sebiji transistor berlabel TTC5200 didapati litar pintas.

Litar pintas pada sebiji TTC5200 transistor...

Pastikan transistor yang ditukar harus disapu dengan 'thermal paste' sebelum dipasang sebab ianya sangat panas ketika digunakan dan jika pembebasan haba tidak elok, kerosakkan sama akan berlulang.

Pastikan sapu dengan 'thermal paste'...

Nombor rujukan transistor yang baharu sedikit berbeza iaitu 2SC5200 berbanding transistor asal TTC5200 dan kedua-duanya ialah buatan Jepun. Walaupun nombor rujukan berbeza namun ianya adalah transistor yang sama.

Transistor baharu - 2SC5200

Untuk pengetahuan semua, secara amnya kita cuma perlu lihat abjad pada bahagian hadapan transistor sahaja iaitu A, B, C atau D.

A & B = PNP transistor

C & D = NPN transistor

Testing...

Kerosakkan amplifier ini bermula dari kerosakkan kipas yang seterusnya mengakibatkan panas melampau sehingga berlakunya kerosakkan pada sebiji transistor yang mengakibatkan litar pintas. Apabila litar pintas berlaku, fius yang berfungsi untuk keselamatan pasti akan putus.

Komponen yang rosak...

Amplifier ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen rosak seperti pada gambar di atas saya gantikan dengan baharu. Klip video di bawah saya rakam setelah siap dibaiki serta diuji.

Selamat mencuba...