Wednesday 4 August 2021

BOSCH LBB1935/20 Plena Amplifier repair

Minggu lepas saya dirujuk dua buah amplifier berjenama BOSCH, model: LBB1935/20 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

Jenama: BOSCH

Amplifier ini digunakan untuk 'P.A. system' pada bangunan besar/tinggi untuk membuat pengumuman jika ada kecemasan.

Model: LBB1935/20

Setelah dibuka, komponen yang saya dapati rosak dengan mata kasar ialah fius 20A serta kipas dengan 'rating' 24v seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Jika fius 20A putus mesti bersebab dan setelah memeriksa bahagian amplifier, sebiji transistor berlabel TTC5200 didapati litar pintas.

Litar pintas pada sebiji TTC5200 transistor...

Pastikan transistor yang ditukar harus disapu dengan 'thermal paste' sebelum dipasang sebab ianya sangat panas ketika digunakan dan jika pembebasan haba tidak elok, kerosakkan sama akan berlulang.

Pastikan sapu dengan 'thermal paste'...

Nombor rujukan transistor yang baharu sedikit berbeza iaitu 2SC5200 berbanding transistor asal TTC5200 dan kedua-duanya ialah buatan Jepun. Walaupun nombor rujukan berbeza namun ianya adalah transistor yang sama.

Transistor baharu - 2SC5200

Untuk pengetahuan semua, secara amnya kita cuma perlu lihat abjad pada bahagian hadapan transistor sahaja iaitu A, B, C atau D.

A & B = PNP transistor

C & D = NPN transistor

Testing...

Kerosakkan amplifier ini bermula dari kerosakkan kipas yang seterusnya mengakibatkan panas melampau sehingga berlakunya kerosakkan pada sebiji transistor yang mengakibatkan litar pintas. Apabila litar pintas berlaku, fius yang berfungsi untuk keselamatan pasti akan putus.

Komponen yang rosak...

Amplifier ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen rosak seperti pada gambar di atas saya gantikan dengan baharu. Klip video di bawah saya rakam setelah siap dibaiki serta diuji.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.