Hari ini saya kongsikan penemuan baru membaiki ketuhar mikro (microwave) dengan masalah ada percikan api apabila dihidupkan.
Jenama: SHARP |
Sebelum ini saya pernah dan telah kongsikan cara-cara 'troubleshooting' serta membaiki masalah microwave sedemikian dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.
Model: R202ZS |
Dari pengalaman lepas, jika berlakunya percikan api, dua komponen yang harus di periksa dan diganti iaitu 'mica waveguide' dan 'magnetron cap'.
Tukar mica waveguide... |
Seperti dijangka, 'mica waveguide' telah terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya gantikan dengan yang baharu.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Seterusnya saya buka magnetron dan mendapati 'magnetron cap' masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Magnetron cap masih elok... |
Saya juga periksa magnetron dan tiada kerosakkan yang ditemui. Cara-cara memeriksa magnetron boleh rujuk di sini. Sebagai percubaan, saya gantikan 'magnetron cap' yang baharu serta diuji namun masih ada percikan api berlaku.
Gantikan cap yang baharu... |
Seterusnya saya tukarkan 'magnetron cap' yang sedikit lebih rendah dari asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tukar magnetron cap yang rendah sedikit... |
Masalah percikan api sejurus dihidupkan di atas selesai setelah saya gantikan 'magnetron cap' yang sedikit rendah dari asal.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.