Wednesday 11 August 2021

SAMSUNG BN59-01224B TV remote control repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh untuk TV berjenama samsung dan pemilik memberitahu saya masalahnya ialah butang 'vol +' tidak berfungsi bila ditekan.

SAMSUNG BN59-01224B

Sebelum dibuka, saya uji alat kawalan jauh tersebut dan mendapati banyak butang yang tidak berfungsi seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Butang yang tidak berfungsi bila ditekan...

Sebelum ini saya pernah dirujuk alat kawalan jauh dengan masalah sedemikian dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah dibuka...

Dari pengalaman lepas, saya yakin ada litar yang terputus akibat hakisan oleh cecair bateri yang bocor telah meresap ke papan litar. 

BN59-01224B

Pemeriksaan menyeluruh mendapati satu sahaja litar yang terputus dan ianya terletak pada bahagian bawah sebiji IC yang berlabel ADAM27P16H pada pin nombor 4.

Litar putus telah saya sambung kembali...

Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali menggunakan 'enameled copper wire' dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.