Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh yang menggunakan frekuensi radio iaitu FM (frequency modulation).
Alat kawalan jauh kipas... |
Alat kawalah jauh ini untuk kegunaan kipas siling dan pemilik memberitahu saya ianya tidak berfungsi apabila ditekan.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Seperti biasa saya akan buka untuk diperiksa dan semuanya kelihatan elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Setelah papan litar dibuka... |
Masalah biasa pada alat kawalan jauh ialah kebocoran bateri dan pemeriksaan awal pada bateri masih elok dan pemilik ada memberitahu saya ianya baharu ditukar.
Buka butang silikon... |
Ketika membuka papan litar, saya dapati butang silikon melekat pada papan litar dan apa yang saya lakukan ialah membersihkannya dengan menggunakan 'contact cleaner'.
Setelah dibersihkan... |
Cara untuk memeriksa alat kawalan jauh yang menggunakan frekuensi FM ialah dengan mendekatkannya pada antena radio FM dan menekan butang silikon.
Siap... |
Jika setelah menekan butang pada alat kawalan jauh dan ada ganguan pada siaran radio FM, ianya elok seperti telah saya terangkan pada klip video di bawah.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.