Sunday 15 August 2021

Sayur pucuk peria liar

Pada 19 Julai 2021 yang lepas saya telah menebas rumput di belakang rumah serta membakarnya setelah kering beberapa hari selepas itu.

Peria liar...

Kira-kira 3 minggu selepas itu, rumput tumbuh kembali dan kali ini ada tumbuhan menghijau kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Ambil daun serta pucuk sahaja...

Untuk makluman semua, tumbuhan tersebut ialah peria liar yang tumbuh sendiri dan ketika zaman kanak-kanak, arwah ibu sering mengambil pucuk sayur-sayuran untuk dijadikan hidangan.

Daun & pucuk sahaja...

Oleh kerana peria liar buahnya kecil dan tidak pasti boleh dimakan atau tidak, saya cabut benih yang baru tumbuh beberapa minggu itu untuk dijadikan hidangan.

Telur, bawang merah & bawang putih...

Pucuk serta daunnya sahaja yang saya ambil untuk dimasak. Bahan yang saya gunakan untuk memasak ialah:-

  • Sebiji telur ayam
  • bawang merah
  • bawang putih
Goreng bawang merah & putih dahulu...

Arwah ibu dulu selalu menggunakan ikan bilis dan tidak menggunakan telur ketika memasak  pucuk sayur-sayuran.

Masukkan sebiji telur...

Mula-mula masukkan minyak masak dan tunggu sehingga panas dan gorengkan bawang merah bersama bawang putih dahulu sehingga sedikit kuning.

Goreng sehingga telur masak...

Lepas itu masukkan sebiji telur ayam dan kacau sehingga telur masak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masukkan pucuk serta daun peria liar...

Seterusnya, masukkan pucuk serta daun peria liar dan goreng sehingga layu.

garam secukup rasa...

Akhir sekali saya masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.

Siap...

Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.