Ini cerita hujung minggu lepas. Saya telah membeli nombor ramalan sejak mula bekerja kira-kira 30 tahun yang lepas.
Saya tidak ketagih (addicted) membeli nombor ramalan dan cuma membeli
bila ada 'sixth sense' atau sesuatu yang pelik berlaku pada hari
tersebut.
 |
| 02/10/2022 |
Minggu lepas saya telah menukarkan 'compressor' penghawa dingin kereta saya dan telah dikongsikan di sini.
Kereta saya telah lama tidak dicuci sejak sebelum PKP lagi dan
tiba-tiba pada hujung minggu lepas saya teringat ada kebocoran pada
sistem penghawa dingin yang telah dibaiki dan ingin membersihkannya
supaya boleh tahu jika masih ada kebocoran lagi.
Hajat di hati ingin membersihkan bahagian yang ada kebocoran gas
penghawa dingin sahaja namun saya tidak melakukannnya dan terus mencuci
kereta. Setelah siap mencuci kereta, saya terus mandi dan setelah mandi
baru saya sedar yang hajat awal tidak disempurnakan.
 |
Keputusan - 2/10/2022
|
Saya dapati ianya sesuatu yang pelik berlaku dan saya mula memikirkan
untuk membeli nombor ramalan. Saya biasanya membeli jackpot dan setelah
berfikir sejenak saya memutuskan untuk membeli nombor pendaftaran
kereta, nombor lot rumah dan nombor rujukan diod microwave yang juga
perkara pelik/mencabar berlaku minggu lepas telah saya kongsikan di sini dan sini.
Percaya atau tidak, salah satu nombor telah naik podium di Magnum4D dan
ianya adalah nombor pendaftaran kereta saya iaitu 6568. Jumlah hadiah
yang saya dapat ialah RM56.00 sahaja.
 |
Periksa di laman web...
|
Setelah menuntut wang kemenangan, saya hadiahkan diri sendiri dengan
mengunjungi KFC dan makan KFC Colonel box dengan harga RM12.99.
 |
Scan di outlet...
|
Saya
sering melakukan sedemikian dan peluang memenangi hadiah dari nombor
ramalan adalah 100% bergantung kepada nasib serta kebetulan sahaja.
 |
| RM56.00 |
Bersyukur sewaktu mendapat hadiah hasil dari membeli nombor ramalan
dan anggap sahaja bukan rezeki jika tiada pulangan. Jangan melabur
nombor ramalan sehingga memudaratkan kewangan masing-masing.
 |
KFC Colonel box - RM12.99
|
Sehingga
pagi ini, hajat awal untuk bersihkan bahagian yang mengalami kebocoran gas penghawa dingin masih belum terlaksana lagi namun penghawa dingin kereta saya telah kembali normal seperti asal tanpa masalah setakat ini.