Showing posts with label TOYOTA. Show all posts
Showing posts with label TOYOTA. Show all posts

Tuesday, 30 June 2026

DENSO DRIVER, TURBO MOTOR

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk benda sama dan anda boleh rujuk di sini.

DENSO DRIVER, TURBO MOTOR...

Menurut pemilik, masalahnya ialah kereta boleh dihidupkan namun injin tidak lancar bila pedal minyak ditekan selain lampu 'check engine' menyala.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa menggunakan multimeter, saya gagal menemui sebarang komponen yang rosak.

Tiada keterusan...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui salah satu pin IC yang berlabel IC101 (8007FG) pada papan litar tiada keterusan.

Siap...

Masalah selesai setelah saya pateri semula pin tersebut dan keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Thursday, 18 June 2026

DRIVER, TURBO MOTOR (89878-71060)

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk dua buah module 'driver, turbo motor' untuk kereta TOYOTA seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Driver, turbo motor - TOYOTA

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah:-

  1. Kereta boleh dihidupkan namun injin tidak stabil.
  2. Boleh digunakan namun lampu 'check engine' menyala serta kereta tidak lancar pada kelajuan tertentu.

Setelah dibuka...

Walaupun kedua-duanya dengan masalah berbeza namun kerosakkannya sama iaitu litar pintas pada sebiji transistor yang berlabel A1244.

Litar pintas pada A1244 PNP transistor... 

Klip video di bawah saya rakam menunjukkan litar pintas pada pin base dan collector.

Module ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji transistor sahaja.

Sebelum dibaiki - 445uf 

Gambar di atas dan di bawah adalah perbezaan bacaan kapasitan pada kapasitor sebelum dan selepas dibaiki.

Setelah dibaiki - 50uf

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 3 June 2026

TOYOTA vigo instrument cluster

Banyak instrument cluster kereta TOYOTA seperti ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jarum RPM & speedometer tidak berada di 0...

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi untuk kereta TOYOTA vigo dengan masalah biasa serta kerosakkan sama namun sedikit pelik iaitu jarum kelajuan turun sehingga di bawah 0 dan jarum RPM pula tidak sampai 0 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

23/11/2009

Setelah kerosakkan pada papan litar telah diganti serta diuji ianya kembali normal.

Siap...

Saya tidak pasti kenapa jarum speedometer boleh turun sehingga di bawah 0, ada kemungkinan ianya telah dibuka seseorang sebelum dirujuk kepada saya.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 24 February 2026

Turn on TOYOTA instrument cluster

Saya telah lama membaiki 'instrument cluster' untuk kereta berjenama TOYOTA namun tidak tahu cara mengujinya tanpa disambung kembali ke kereta.

Date of manufacture: 24/05/2010

Pemilik hanya memberitahu saya 'instrument cluster' ini gagal berfungsi sahaja dan setelah dibekalkan arus elektrik, lampu tali pinggang keledar (seat belt) yang berwarna merah tidak menyala.

Bekalan 12v pada pin 1 & 2

Cara menguji cuma perlu bekalkan 12vdc kepada 'instrument cluster' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

12vdc diperlukan...

'Instrument cluster' yang elok seharusnya berfungsi seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Friday, 16 January 2026

TOYOTA land cruiser door lock actuator repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'actuator' untuk kunci pintu elektronik kereta berjenama TOYOTA dengan masalah gagal berfungsi.

TOYOTA door lock actuator (69130 - 60010)

Menurut pemilik, dia telah bekalkan terus arus 12v kepada penyambung wayar dan sah gagal berfungsi. 

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada sebiji motor didalamnya selain sebiji gear serta sebiji varistor yang disambung bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

TDK 5068 (PTC over current protection)

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada kedua terminal pada motor. 

Umpil untuk membuka penutup motor...

Cara membuka motor ini ialah dengan mengumpil kedua-dua bahagian pada tepi motor seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah diumpil...

Gambar di bawah menunjukkan keadaan bahagian dalam motor dan jelas kelihatan salah satu carbon brush telah putus. 

Penutup motor telah dibuka...

Tiada kerosakkan pada bahagian armature dan saya cuma perlu gantikan penutup motor lengkap dengan carbon brush yang baru sahaja. 

Motor elok...

Saya telah membeli penutup dengan carbon brush sekali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Beli penutup dengan carbon brush baru...

Walaupun saiz penutup sama namun lubang di tengah sedikit kecil dan tidak dapat digunakan. Jadi, saya pindahkan carbon brush baru ke penutup asal.

Saiz lubang tengah penutup baru sedikit kecil...

Masalah selesai dan 'atuator' ini telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Sunday, 4 January 2026

TOYOTA land cruiser NINJA TURTLE

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'instrument cluster' kereta land cruiser jenama TOYOTA yang popular tahun 80/90an yang juga popular dengan gelaran 'ninja turtle'.

Speedometer TOYOTA land cruiser...

Masalahnya ialah pada speedometer di mana tidak dapat reset mileage kepada 0000 pada bahagian bawahnya.

Buka penutup hadapan...

'Instrument cluster' ini mudah dibuka namun perlu dilakukan dengan berhati-hati sebab telah berusia lebih 30 tahun dan ada bahagian tertentu telah rapuh.

Keluarkan tolok speedometer...

4 bahagian pateri perlu dibuang untuk membuka papan litar bahagian bawah dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Buang 4 pateri untuk keluarkan papan litar...

Bahagian mekanikal pada speedometer ini hanya boleh diperika setelah papan litarnya dibuka.

Papan litar telah dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar menemui sambungan butang reset pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pecah...

Jalan penyelesaian bahagian plastic yang pecah ialah dengan melakukan 'plastic welding' dan gambar di bawah saya rakam setelah selesai dibaiki.

Siap - pastic welding...

Saya tambahkan besi halus sewaktu melakukan 'plastic welding' agar ianya tidak patah lagi dan ianya kembali berfungsi semula tanpa masalah.

Selamat berDIY... 

Wednesday, 5 November 2025

Hino 300 series instrument cluster repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'instrument cluster' atau meter kereta berjemama Hino dengan masalah paparan pada skrin LCD kabur.

Hino 300 instrument cluster

Gambar di bawah ialah keadaan skrin LCD setelah penutup dibuka dan jelas kelihatan lapisan atas skrin telah berkedut.

LCD...

Setelah dikeluarkan serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada lapisan polariser atas sahaja.

Polariser rosak...

Polariser mudah rosak jika melibatkan haba panas akibat kereta sering ditinggalkan serta dijemur dibawah terik matahari.

Buka polariser rosak...

Cara membaikinya ialah dengan mengggantikan lapisan polariser sahaja. Polariser lama perlu dibuka dan bersihkan gam yang masih melekat pada skrin.

Gantikan polariser yang baru...

Polariser LCD seperti ini berbeza dengan polariser TV yang mempunyai darjah (degree) tertentu. Pastikan anda beli polariser 0° untuk mengggantikannya.

Siap..

Gambar di bawah dihantar oleh pemilik kepada saya setelah mengujinya dan ianya kini tidak kabur lagi.

Tested - ok

Klip video di bawah adalah singkatan untuk keseluruhan proses menggantikan polariser pada skrin LCD di atas.

Selamat berDIY...

Friday, 9 May 2025

TOYOTA Hilux turbo actuator

Turbo actuator ini dirujuk oleh pemiliknya kepada saya meminta untuk membaiki penyambung wayar yang patah.

Toyota Hilux turbo actuator...

Gambar di bawah ialah keadaan penyambung yang patah dan ianya hanya patah separuh sahaja. Bahagian di belakangnya tidak patah namun bengkok sedikit.

Penymbung patah...

Saya gam bahagian yang patah menggunakan super glue dan kepit ke kedudukan asalnya sehingga gam kering.

Klip sehingga gam kering...

Gambar di bawah adalah hasilnya setelah di gam menggunakan super glue sahaja dan masih boleh digunakan lagi.

Siap...

Untuk rekod, rintangan pada kedua-dua pin penyambung ialah 5Ω seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Saturday, 8 July 2023

Backlight meter TOYOTA fortuner tidak menyala

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi 'instrument cluster' atau meter kereta TOYOTA fortuner dengan masalah lampu backlight langsung tidak menyala dan lampu jarum pula berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Benda pertama yang saya nampak pada bahagian belakang meter ialah perkataan 'repair' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya paling takut bila dirujuk peralatan elektrik atau elektronik yang telah dibaiki seseorang sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka lakukan.

24/06/2005

Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang saya dapati bermasalah ialah kapasitor berlabel C11 (330uf, 25v) yang terminal positif telah tanggal dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terminal positif kapasitor C11 tanggal...

Terminal positif kapasitor tersebut sebenarnya telah terkoyak dari papan litar dan saya terpaksa buka serta betulkan litar dahulu sebelum memasang kembali kapasitor ke kedudukan asal.

Terminal positif kapasitor C11 telah dibaiki...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui kesemua kapasitor aluminium rosak dengan bacaan ESR yang tinggi.

Kapasitor yang rosak ialah:-

  1. 3 biji kapasitor 10uf, 35v (C16, C129 & C12)
  2. 4 biji kapasitor 100uf, 16v (C25, C37, C60 & C18)
Gantikan semua kapasitor yang 'high ESR'...

Banyak meter kereta TOYOTA seperti ini telah saya baiki sebelum ini namun tanpa kapasitor C18. Ini merupakan meter pertama yang saya baiki dilengkapi dengan kapasitor tersebut dan nilainya ialah 100uf, 16v.

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kapasitor yang rosak boleh ditonton pada klip video di bawah


Selamat berDIY...

Wednesday, 14 June 2023

TOYOTA instrument cluster repair

Bulan lepas saya dirujuk sebuah lagi 'instrument cluster' untuk kereta berjenama TOYOTA dengan masalah jarum tolok minyak sahaja gagal berfungsi.

TOYOTA instrument cluster

Pengalaman membaiki masalah sedemikian telah serta pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

13/06/2012

Setelah dibuka serta diperiksa papan litarnya, kali ini kerosakkannya ialah pada 3 biji kapasitor dengan nilai 10uf, 35v dan loksainya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Setelah penutup belakang dibuka...

Tujuan saya kongsikan masalah yang serupa kali ini ialah untuk memberitahu para DIY/pembaca bahawa walaupun masalah serupa tetapi komponen yang bermasalah adalah berbeza.

Siap...

Pemeriksaan dengan peralatan (tools) yang bersesuaian adalah wajib untuk menentukan komponen yang perlu diganti. Maksudnya, seandainya anda ada masalah serupa dan anda ikut 100% apa yang saya kongsikan, belum tentu anda boleh menyelesaikan masalahnya.

9.6Ω

Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan ESR kapasitor yang telah saya gantikan. Walaupun bacaan nilai kapasitan normal (10uf) namun masalahnya ialah disebabkan bacaan ESR sangat tinggi iaitu 9.6Ω, 11Ω & 17Ω. Bacaan ESR yang elok untuk kapasitor 10uf, 35v ialah tidak melebihi 2.2Ω.

11Ω

Masalah jarum tolok minyak gagal berfungsi selesai setelah dengan hanya menggantikan ketiga-tiga kapasitor di atas sahaja.

High ESR - 17Ω

Gambar di bawah adalah keadaan 'instrument cluster' setelah dibaiki dan diuji tanpa masalah lagi pada tolok minyak.


Selamat berDIY...