Showing posts with label guitar. Show all posts
Showing posts with label guitar. Show all posts

Thursday, 9 July 2026

Gibson Les Paul

Hujung bulan lepas sewaktu 'payday sale' di shopee saya telah menempah sebuah gitar elektrik seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

June payday sale...

Tahun lepas saya juga ada melakukan tempahan di shopee namun gitar yang sampai tidak berkualiti dan boleh rujuk di sini.  

Setelah bungkusan dibuka...

Untuk makluman semua, gitar ini dibuat di Indonesia dan ianya bukan gitar tulen Gibson. Saya juga yakin ianya juga bukan gitar yang dikilangkan atas jenama Gibson.

Patah...

Nasib masih tidak menyebelahi saya lagi sebab gitar yang sampai rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Patah...

Kerosakkan berlaku sewaktu penghantaran dan pembungkusannya sangat mudah serta tiada ciri keselamatan langsung.

Toggle switch juga patah...

Apa pun, saya kembalikan gitar tersebut dan mendapat pulangan penuh melalui aplikasi shopee.

Refunded...

Proses penghantatan balik bermula pada 4/7/2026 dan hanya tiba pada 16/7/2026. 

Klip video di atas saya rakam sewaktu menerima serta membuka bungkusannya.

Monday, 17 November 2025

Gitar murah guna papan lapis (plywood)

Gitar elektrik ini saya beli dengan harga RM150 pada tahun 2012. Harganya tersangat murah sebab ada masalah 'buzzing' dan dilelong oleh pemilik asal kepada saya.

Gitar berjenama Fandar...

Masalah buzzing telah saya atasi setelah membuat levelling pada fretboard dan berfungsi seadanya sehingga baru-baru ini fretnya telah haus dan saya buka untuk menggantikannya.

Diperbuat daripada kayu papan lapis...

Setelah lebih sepuluh tahun baru saya tahu ianya diperbuat daripada papan lapis seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Beli 'solid wood'...

Dipendekkan cerita, saya telah membeli sebuah badan gitar kayu dalam talian dan ianya adalah hasil dari gabungan 6 keping kayu seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gabungan 6 batang kayu...

Saya beli badan gitar tersebut dengan harga RM61.88 sahaja dan perlu melakukan 'sanding' serta sedikit pelarasan pada bahagian sambungan 'neck' gitar agar tali gitar tidak tinggi serta mudah ditekan sewaktu memetik gitar 

Gambar di atas dan di bawah ialah kayu pada badan gitar yang pecah di baiki penjual menggunakan habuk kayu yang pada badan gitar yang saya beli

Gambar di bawah adalah rupa gitar setelah badannya telah saya gantikan dengan kayu dan untuk pengetahuan semua, ianya tiada kesan atau perubahan pada bunyi yang dihasilkan.

Berwajah baru...

Badan gitar tanpa cat kelihatan unik namun ianya mudah kotor dan akan berubah warna jika terkena peluh atau wax badan kita.

Sapu varnis...

Bagi mengatasi masalah kotor, saya sapukan beberapa lapis cat varnis (shellac) dan penampilannya kini adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Selamat berDIY...

Wednesday, 24 September 2025

Tali gitar elektrik vs tali gitar acoustic

Hari ini saya kongsikan pengalaman menggantikan tali gitar elektrik menggunakan tali gitar acoustic dengan saiz yang sama.

Electric strings vs acoustic strings

Pada pandangan logik saya, ianya seharusnya boleh berfungsi sebab jenama serta saiznya sama. Apa pula pandangan anda? 

Electric guitar 2nd string = 0.11/0.28

Pengalaman ini terjadi apabila tali gitar elektrik saya putus namun saya cuma ada tali gitar acoustic nombor satu yang saiznya sama dengan tali gitar elektrik nombor dua iaitu 0.11/0.28 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. 

Acoustic guitar 1st string = 0.11/0.28

Walaupun jenama dan saiznya sama namun bunyi yang dihasilkan berbeza. Bunyi tali gitar elektrik lebih nyaring berbanding tali gitar acoustic seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Ini terjadi berikutan bahan yang digunakan untuk kedua-dua tali gitar adalah berbeza.

Luthier atau tukang baiki gitar pernah memberitahu saya, jika tali gitar anda putus, gantikan kesemua tali gitar dengan yang baru dan bukannya gantikan tali yang putus sahaja.

Renung-renungkan... 

Saturday, 16 August 2025

Treble bleeds on volume potentiometer

Jika anda memiliki gitar elektrik, anda pasti perasan bahawa nada (tone) berubah menjadi kabur apabila kenyaringan dikurangkan dengan melaras volume pada gitar.

Treble bleeds on volume potentiometer

Masalah sedemikian adalah disebabkan rintangan berubah sewaktu volume dilaras dan mengakibatkan perubahan frekuensi suara yang dibenarkan oleh kapasitor pada pelaras tone.

Combination of capacitor & resistor

Cara untuk mengatasi masalah sedemikian ialah dengan memasang 'treble bleeds' pada potentiometer volume.

Treble bleeds= resistor+ capacitor

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji kapasitor 100pf
  2. Sebiji perintang 150kΩ

Kedua-dua komponen disambung selari seperti pada gambar di atas sebelum disambung ke potentiometer volume gitar.

Selamat berDIY...

Tuesday, 29 July 2025

Proper way to connect capacitor on guitar pickups

Hari ini saya kongsikan masalah dari pengalaman sendiri memiliki gitar elektrik terpakai (secondhand).

Ceramic capacitor

Sejak gitar dibeli sehingga baru-baru ini, saya perasan ada banyak suara yang tidak diingini kedengaran dari amplifier sejurus sahaja dihidupkan.

Pickup gitar

Dipendekkan cerita saya buka bahagian yang melibatkan elektronik seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah dengan hajat 'troubleshoot' sendiri sebab malu hantar gitar murah kepada Luthier.

Bahagian bawah pickup gitar

Pendawaiaan yang ada sangat mudah dan pada mulanya tidak menemui sebarang petunjuk namun setelah saya sambungkan kepada amplifier, saya dapati bunyi tidak diingini itu muncul bila saya sentuh 'ground' dengan jari. 

Kapasitor untuk ubah tone suara...

Saya syak kapasitor dengan label 473J seperti boleh dilihat pada gambar di atas rosak namun multimeter saya mengesahkan ianya elok.

473J = 47nF

Fungsi kapasitor tersebut ialah untuk mengubah nada (tone) yang dihasilkan oleh gitar apabila potentiometer dilaras. 

Kapasitor tanpa polariti...

Umum tahu kapasitor seramik tiada polariti namun jika melibatkan sistem suara (sound system), ianya sangat sensitif dan jika disambung terbalik akan menghasilkan bunyi tidak diingini bila disentuh terutamanya melibatkan 'ground'.

Cara menentukan kutub kapasitor untuk disambung ke 'ground' telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Siap...

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua kapasitor pada gitar saya telah disambung terbalik oleh kilang dan masalah selesai setelah saya betulkan kutub kapasitor masing-masing untuk disambungkan ke 'ground'.

Selamat berDIY...

Thursday, 17 July 2025

Chibson (Gibson Les paul Custom)

Chibson adalah gelaran untuk gitar berjenama Gibson buatan China.

Gibson Les Paul CUSTOM...

Baru-baru ini saya terjumpa gitar berjenama Gibson murah di Lazada/Shopee/AliExpress dan telah berjaya membeli sebuah di Shopee seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

Bahagian belakang gitar...

Untuk makluman semua, jika ianya gitar tulen buatan USA, harganya mencecah RM30k atau lebih.

Les Paul CUSTOM...

Sekali pandang, ianya serupa dengan gitar asal Gibson termasuk panjang gitar iaitu 24.75 inci seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Panjang - 24.75 inci

Jika diperiksa dengan teliti banyak perbezaan ketara boleh dilihat seperti pada gambar-gambar berikut.

Gambar di atas jelas kelihatan 'nut' tak sama panjang dengan lebar 'neck' gitar serta sambungan pada pinggir gitar yang tidak kemas.

Toggle switch...

Peralatan elektronik yang digunakan semuanya dengan saiz mini serta pendawaian tidak kemas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

4pcs potentiometer...

Gitar ini juga dilabel 'made in USA' pada belakang 'headstock' berserta dengan nombor siri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Made in USA...

Berat gitar ini serupa dengan gitar tulen iaitu di antara 3.8kg hingga 4.7kg. Bacaan berat yang saya dapat ialah 4.45kg.

2A473J = 47,000pf = 47nf

Gambar-gambar berikut pula ialah kekemasan cat yang jelas kelihatan kurang menyenangkan.

Selain gitar, ianya juga dibekalkan dengan seutas tali penyangkut bahu (guitar straps) dan kabel untuk disambungkan ke amplifier gitar.

Apa komen and dengan kekemasan cat pada gitar ini? Adakah ianya boleh diterima jika anda adalah pembelinya? 

Gitar ini boleh berfungsi dan setiap 'key' juga tepat pada semua fret serta intonasi pada fret 12 juga sama dengan fret 0 atau pada 'nut' namun ianya berdesing (buzzing) pada fret tertentu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah 

Setelah puas membelek akhirnya saya menemui punca gitar ini berdesing. 'Fretboard' gitar ini senget dan tidak selari dengan badan gitar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Fretboard senget...

Saya terpaksa pulangkan gitar ini dengan tekan butang 'Return & Refund' pada aplikasi shopee.

RM690.10

Untuk pengetahuan semua, harga gitar ini cuma RM690.10 sahaja.

Andai kata anda adalah pembeli, apa yang anda akan lakukan dengan gitar ini? Mungkinkah anda akan gantungkannya di dinding sebagai perhiasan sahaja?

Renung-renungkan... 

Wednesday, 30 April 2025

BOSS Katana Mini

Pada 17/04/2024 lepas saya beli sebuah amplifier gitar berjenama BOSS, model katana mini dengan harga RM280.00.

Harga semasa amplifier gitar ini ialah kira-kira RM650.00 dan paling murah ditemui di shopee ialah RM590.00.

Saya juga memiliki sebuah amplifier gitar jenama fender dan pernah saya kongsikan di sini.

3 pilihan - Clean, Crunch & Brown...

Amplifier gitar ini dilengkapi dengan 3 pilihan mode suara iaitu:-

  1. Clean
  2. Crunch
  3. Brown
Setelah dibuka...

Memandangkan ianya bukan amplifier baru, saya telah buka dan melakukan pembersihan agar kelihatan seperti baru.

Speaker 4"

Speaker yang digunakan bersaiz 4 inci dengan rintangan 4Ω.

Speaker 4Ω

Ianya boleh beroperasi menggunakan 6 biji bateri saiz AA dan juga dilengkapi dengan soket DC dengan rating 9v, 350mA.

6 biji bateri saiz AA (9v)

Klip video di bawah saya rakam dan menggunakan mode Brown sewaktu mengujinya setelah siap diselengara.

Saiz amplifier ini hanya sebesar tapak tangan sahaja, sangat ringan serta menghasilkan suara yang sangat luar biasa pada pangamatan saya.