Showing posts with label Thermo Pot. Show all posts
Showing posts with label Thermo Pot. Show all posts

Monday, 25 August 2025

FABER FTP fantasia 505 electric thermo pot repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk 'thermo pot' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini serta sini.

FABER electric thermo pot

Thermo pot kali ini berjenama FABER, model FTP fantasia 505 dengan masalah air tidak keluar bila butang 'dispense' ditekan.

Model: FTP fanyasia 505

Pemeriksaan awal pada papan litar serta pam pada bahagian bawah elok dan tiada kerosakkan ditemui.

Setelah penutup bawah dibuka...

Seterusnya saya buka pula bahagian atas dan mendapati ada kesan berkarat akibat dimasuki air pada papan litar.

PCB bahagian atas...

Saya menemui salah satu 'tact switch' rosak seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah masih juga tidak selesai setelah suis diganti dan masih tidak mengeluarkan air bila suis ditekan. 

Gantikan suis baru...

Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah PCB pula juga menemui kesan hakisan akibatnya dimasuki air dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar terhakis...

Setelah kesan hakisan dibersihkan, saya menemui satu litarnya telah putus dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah dibersihkan, satu litar putus...

Masalah selesai setelah litar yang putus telah saya sambungkan dengan pateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambungkan litar yang putus...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...

Saturday, 23 February 2019

Baiki PENSONIC PTF-53A Thermo Pot/Flask

Thermo pot/flask ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini dia kembali dengan masalah yang berbeza iaitu lampu indikator berwarna merah & hijau tidak menyala.
Pandangan atas
Walaupun lampu tersebut tidak menyala namun fungsinya untuk memasak (boiling) dan mengekalkan suhu (keep warm) tidak terjejas. Dengan yang demikian kita cuma perlu memeriksa papan litar indikator sahaja.
peringtang 100K putus
Seperti biasa jika ingin memeriksanya, kita harus membuka papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Papan litar tersebut cuma mengandungi 2 biji LED, 2 biji diod, 2 biji suis & sebiji perintang 100K ohm.

Setelah diperiksa, cuma perintang sahaja yang didapati rosak dan harus diganti
Lampu merah menyala (tested - ok)

Lampu hijau menyala (tested - ok)
Selamat mencuba...

Tuesday, 24 July 2018

Baiki PENSONIC PTF-53A Thermo Pot/Flask

Hari ini saya berpeluang membaiki sesuatu yang belum pernah saya sendiri guna atau memilikinya iaitu bekas penyimpan air panas (thermal pot) menggunakan bekalan elektrik berjanama PENSONIC, Model: PTF-53A.

Saya tidak berminat dengan peralatan elektrik untuk memanaskan sesuatu seperti seterika, cerek elektrik, induction cooker dan sebagainya disebabkan ianya banyak menggunakan elektrik dan menyumbang kepada penggunaan elektrik yang berlebihan.

Untuk itu saya masih lagi menggunakan gas untuk memasak atau mendidihkan air dan saya yakin ianya lebih murah berbanding dengan peralatan elektrik.
Pandangan luar...
Berbalik kepada 'thermo pot' yang dirujuk kepada saya pada pagi ini, menurut pemiliknya setelah dicuci dengan air semalam ianya terus mengeluarkan air panas secara automatik setelah dibekalkan elektrik tanpa menekan butang 'dispense' tanpa henti.
Buatan Malaysia
Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian utama di bawah 'thermo pot' tidak mempunyai apa-apa masalah dan kesemua komponennya berkeadaan baik.
Papan litar di bahagian bawah
Namun ada sekeping papan litar pada bahagian atas 'thermo pot' ini terdapat tanda-tanda terdapatnya litar pintas dan berwarna hitam seperti pada gambar di bawah. Butang 'dispense' dan 'reboil' terletak pada papan litar ini dan bahagian yang mengalami litar pintas itu bersambung kepada butang 'dispense'. Ini lah punya kenapa air panas keluar tanpa menekan butang 'dispense'.
Papan litar mengalami litar pintas
Bila diperiksa dengan meter, memang sah terdapat litar pintas di situ dan apa yang saya lakukan ialah bersihkan kedua-dua terminal tersebut & pateri semula.
Setelah dibersihkan & dipateri semula
Sebelum dipasang kembali, saya periksa semula pada kedua-dua terminal tersebut dan tiada lagi litar pintas. Setelah dipasang kembali papan litar pada tempat asalnya dan diuji, 'thermo pot' tersebut tidak lagi mengeluarkan air secara automatik sebelum di tekan butang 'dispense'.
Keadaan dalam 'hose' yang tak dapat dicuci...
Jika anda lihat pada gambar di atas, kelihatan ada kekotoran pada bahagian dalaman 'hose' bahagian yang mengeluarkan air dan saya berpendapat air yang dibekalkan adalah tidak bersih dan ini juga merupakan salah satu sebab kenapa saya masih memilih cerek biasa yang lebih mudah untuk dibersihkan.

Nasihat saya kepada pengguna 'thermal pot', jangan cuci dengan air ketika membersihkannya. Cukup dengan mengelap menggunakan kain basah sahaja untuk mengelakkan bahagian eletrik mengalami litar pintas bila terkena air.

Selamat mencuba...