Showing posts with label DVR. Show all posts
Showing posts with label DVR. Show all posts

Thursday, 15 December 2022

CYNiCS HT4261 DVR repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk DVR (Digital Video Recorder) untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: CYNiCS

Kali ini saya dirujuk sebuah DVR berjenama CYNiCS, Model: HT4216 dengan masalah tidak berfungsi langsung setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: HT4216

Majoriti peralatan elektronik moden kini menggunakan teknologi SMT (Surface-mount technology) dan sukar dibaiki disebabkan komponennya sangat halus dan susah diperiksa serta dibaiki.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, 4 biji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah kembung dan perlu diganti.

Komponen rosak...

Setelah keempat-empat kapasitor telah saya gantikan dengan yang baharu dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan semula.

Gantikan kapasitor baru...

Kapasitor adalah komponen 'wear & tear' dan akan rosak bila tiba waktunya. Kapasitor kembung biasanya terjadi pada peralatan elektrik yang digunakan sepanjang masa seperti CCTV, DVR, router, sistem WiFi dan sebagainya.

Kipas juga kembali berpusing...

Selamat mencuba...

Thursday, 6 October 2022

CryptoTelecom MPEG-4 A/V server repair

Semalam saya dirujuk sebuah DVR berjenama CryptoTelecom dengan masalah  mengeluarkan bunyi yang bising dan tidak menyenangkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Dari klip video di atas, bunyi tersebut dihasilkan oleh kipas yang dipasang untuk menyejukkan 'processor' DVR tersebut.

CryptoTelecom

Banyak DVR telah saya baiki sebelum ini dan majoriti kerosakkannya bermula dari kipas yang bermasalah mengakibatkan panas melampau.

MPEG-4 A/V server

Setelah saya buka label pada bahagian bawah kipas, jelas kelihatan ianya telah berkarat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Cara mengatasi masalah sedemikian ialah dengan menyembur WD40 dan pusingkan baling-baling kipas dengan jari sehingga ianya lancar. Selepas motor kipas telah bebas berpusing, lumurkan sedikit gris pada bahagian yang bergerak supaya masalah tidak berulang.

Klip video di bawah saya rakam setelah kipasnya telah saya selenggara dan kembali ligat berputar semula. Masalah bunyi bising kipas sebelumnya selesai dan kini senyap seperti baharu.

Selamat mencuba...