Showing posts with label SIGMA. Show all posts
Showing posts with label SIGMA. Show all posts

Saturday, 16 March 2024

LG Sigma elevator drive board DPP-210 PCB repair

Hujung bulan Januari tahun ini saya dirujuk sebuah papan litar (PCB) untuk kegunaan lif yang dilabel DPP-210 diisyaki rosak dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki.

DPP-210 LG Sigma elevator drive board...

Menurut technician lif, mereka suspek PCB tersebut rosak setelah troubleshooting telah dijalankan dan masalahnya ialah lif tidak berfungsi langsung.

Komponen ditemui rosak...

Tiada komponen didapati rosak sewaktu diperiksa dengan mata kasar. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 3 komponen yang dilabelkan pada gambar di atas rosak:-

  1. D16 - V11M
  2. ZD22 - 757A
  3. ZD24 - 971B
Keluarkan komponen yang rosak...

Banyak info boleh didapati pada label PCB termasuk komponen yang digunakan:-

  1. D16 = VM11 - rectifier diode 0.4A, 1,300v
  2. ZD22 = 757A - Zener diode 9.1V
  3. ZD24 = 971B - Zener diode 27v, 1w
Gantikan komponen baru...

Setelah komponen rosak saya keluarkan dari PCB, nombor rujukan tertera pada komponen ialah:-

  1. D16 - UF4007
  2. ZD22 - 239B (9.1v)
  3. ZD24 - 1N4751A (30v, 1W)
Siap...

Gambar di bawah adalah komponen rosak yang telah saya gantikan dan PCB telah dikembalikan kepada technician untuk diuji.

Komponen rosak...

Saya diberitahu lif boleh berfungsi semula namun masalah lain pula muncul iaitu sistem akan 'tripped' setelah lif bergerak pada fasa kelajuan tinggi.

TCD 34

Kod sewaktu PCB di atas belum dibaiki ialah TCD 34 dan setelah dibaiki kod TCD 35 pula muncul. Gambar tangkap layar di atas dan di bawah diberikan kepada saya oleh technician.

TCD 35

Kemampuan saya terbatas berikutan saya bukan technician lif dan ianya melibatkan keseluruhan sistem. Saya cuma dirujuk sebahagian kecil dalam sistem dan itu sahaja terbaik yang saya boleh lakukan.

Cara troubleshooting TCD 35

Baru-baru ini saya diberitahu lif tersebut telah berjaya dibaiki dan PCB yang saya baiki di atas boleh digunakan. Masalah kod TCD 35 adalah disebabkan kerosakkan bahagian lain pada lif.

Jarang kerosakkan sebegini dirujuk kepada saya untuk dibaiki sebab kerja technician lif ialah mengenalpasti kerosakkan dan melaporkan kepada pengilang. Pengilang akan menghantar alat ganti yang baru untuk diganti namun kes ini adalah terpencil sebab mereka perlukannya dengan kadar segera.

Kesimpulannya ialah PCB di atas telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan 3 komponen sahaja. Pada awalnya mereka masih mengesyaki masalah masih disitu sebab tidak yakin dengan kemampuan kita namun setelah diganti dengan PCB baru dari kilang, masalah tetap sama.

Itu sahaja yang terbaik kami sebagai tukang baiki boleh lakukan namun sering dipersalahkan jika masalah mereka gagal diselesaikan.

Cobaan...

Wednesday, 30 November 2022

OTIS50E-EE 110v PSU repair

Banyak PSU (Power Supply Unit) seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

OTIS50E-EE

PSU ini digunakan pada lif berjenama SIGMA dan ianya sedikit berbeza dari PSU biasa sebab hanya memerlukan bekalan 110vac sahaja.

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi PSU seperti ini dan masalahnya ialah lagsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, hampir kesemua kapasitor kelihatan kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Semua kapasitor kembung...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati 9 biji kapasitor rosak dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas:-

  1. sebiji kapasitor 220uf, 200v
  2. sebiji kapasitor 330uf, 35v
  3. 2 biji kapasitor 330uf, 50v
  4. sebiji kapasitor 1000uf, 10v
  5. 3 biji kapasitor 2200uf, 16v
  6. sebiji kapasitor 22uf, 50v
5v

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk PSU seperti ini dengan kerosakkan kapasitor kembung namun tidak seteruk kali ini sebab hampir kesemuanya telah kembung.

+15v

Masalah kapasitor kembung adalah disebabkan panas akibat penggunaan tenaga yang tinggi atau suhu persekitarannya tinggi/panas.

-15v

PSU ini berjaya diselamatkan setelah dengan menggantikan kesemua kapasitor yang rosak sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Semua kapasitor rosak...

Selamat mencuba...

Friday, 3 June 2022

OTIS50E-EE PSU repair

Banyak PSU (power supply unit) seperti ini telah saya baiki dan kerosakkan yang paling teruk pernah saya baiki boleh dirujuk di sini.

Sigma elevator PSU

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi PSU yang serupa dengan masalah voltan outputnya rendah iaitu cuma 2.6v, 11.27v & -9.35v. Voltan sepatutnya ialah 5v, 15v & -15v.

OTIS50E-EE

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, dua biji kapasitor kembung kelihatan seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor kembung...

Setelah kedua-dua kapasitor kembung tersebut telah saya gantikan dan diperiksa, 5v & 15v telah kembali normal namun -15v pula cuma dapat bacaan 13v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Voltan -15v rendah...

Masalah voltan -15v adalah disebabkan kapasitor 330uF, 35v rosak dan kembali normal setelah kapasitor tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu.

Seterusnya saya juga dapati voltan 5v tidak stabil seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Dari pengalaman lepas, masalah votan tidak stabil adalah disebabkan kapasitor feedback rosak.

Kapasitor feedback rosak (ESR 70Ω???)

Kali ini saya periksa kapasitor feedback (47uF, 50v) tersebut dengan mengukur ESR dan percaya atau tidak bacaan ESRnya ialah 70Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor feedback yang baharu - 22uF, 50v

Masalah votan tidak stabil juga selesai setelah kapasitor feedback telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gambar di bawah adalah komponen yang rosak telah saya gantikan kali ini dan ianya juga telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Semua komponen yang rosak...

Selamat mencuba...

Saturday, 26 June 2021

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini & sini.

OTIS50E-EE

PSU ini menggunakan bekalan elektrik 100vac hingga 120vac sahaja dan perlu menggunakan 'step down transformer' jika ingin mengujinya.

Input - 110vac (belum pernah dibuka)...

Hari ini saya dirujuk PSU yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu voltan output -15vdc tidak stabil.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor dengan nilai 330uF, 35v didapati kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Bacaan nilai kapasitor tersebut cuma 90.9uF sahaja apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

90uF sahaja (sepatutnya 330uF)...

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui komponen lain yang rosak selain kapasitor yang kembung di atas.

Kiri - kapasitor rosak, kanan - kapasitor baru

PSU di atas telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

Thursday, 17 June 2021

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Semalam saya dirujuk sebuah PSU untuk kegunaan lif buatan Korea yang menggunakan bekalan elektrik 110vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

OTIS50E-EE

PSU ini menghasilkan output -5vdc, +15vdc & -15vdc. Ianya langsung tidak berfungsi ketika dirujuk kepada saya.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati ada dua pateri pada papan litar retak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pateri retak...

Kemungkinan PSU ini pernah jatuh dan setelah terhentak, paterinya retak. Cara untuk membaiki pateri yang retak adalah seperti masalah 'cold solder joint' iaitu dengan membuang pateri lama & pateri semula.

Pateri yang retak telah dibaiki...

Setelah pateri yang retak telah dibaiki dan diuji, PSU ini kembali berfungsi dan apabila diukur voltan output 5vdc, bacaannya tidak stabil seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan selain voltan tidak stabil, lampu indikator berwarna hijau akan berkelip-kelip dan anda boleh rujuk di sini.

Kapasitor 22uF, 50v rosak....

Perbezaan masalah PSU ini dengan yang lepas ialah lampu indikator berwarna hijau tidak berkelip-kelip.

9.7uF sahaja (sepatutnya 22uF)...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui sebiji feedback kapasitor 22uF, 50v mempunyai bacaan yang jauh berbeza iaitu 9.7uF sahaja seperti boleh dilihat pada gamabr di atas.

Siap...

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, masalah voltan tidak stabil di atas selesai dan telah berjaya diselamatkan.

Selamat mencuba...

Tuesday, 2 February 2021

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

PSU (power supply unit) ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

OTIS50E-EE

Kali ini dia kembali dengan masalah lampu indikator yang berwarna hijau berkelip-kelip ketika saya mengujinya sebelum dibuka untuk membuat pemeriksaan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Masalah output yang tidak stabil dan lampu indikator berkelip-kelip biasa terjadi apabila telah bertahun-tahun digunakan dan tiba masanya untuk di selengara.

Biasanya kerosakkan melibatkan kapasitor yang yang kembung serta boleh dilihat dengan mata kasar. Kadang-kadang ianya hanya melibatkan 'feedback capacitor' sahaja dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak adalah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu sebiji kapasitor 330uF, 50v dan sebiji kapasitor 100uF, 25v telah kembung serta boleh dilihat dengan mata kasar.

Setelah kedua-dua kapasitor yang kembung di atas telah saya gantikan dengan yang baru serta diuji, masalah lampu indikator yang berkelip-kelip selesai dan gambar di atas serta di bawah merupakan bacaan output yang saya dapat.

PSU ini membekalkan output +5vdc, +15vdc & - 15vdc untuk kegunaan lif dan ianya menggunakan bekalan input 110vac.

Selamat mencuba...

Tuesday, 15 December 2020

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Minggu lepas saya dirujuk 4 unit PSU (power supply unit) yang membekalkan output 5vdc, 15vdc & -15vdc untuk kegunaan lif.

PSU buatan Korea ini menggunakan bekalan elektrik 110vac. Salah satu PSU tersebut telah dan pernah saya baiki sebelum ini iaitu kira-kira dua tahun yang lalu dengan kerosakkan yang sama seperti pada artikel di sini.

PSU tersebut rosak semula dan perlu dibaiki dengan kerosakkan yang agak kritikal kali seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Semua kapasitor yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar iaitu kembung serta bocor seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

KIA7815

Setelah kapasitor yang bocor/rosak ditukar dan diuji, PSU tersebut masih gagal berfungsi. Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji 'voltage regulator' berlabel KIA7815 didapati rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lampu indikator pada PSU kini menyala setelah 'voltage regulator' ditukar dan diuji semula. Pemeriksaan pada voltan output hanya menemui 5v dan -15v sahaja dan tiada bacaan pada output 15v.

LM2676

Tiada kerosakkan komponen lagi yang ditemui apabila diperiksa semula menggunakan multimeter dan saya syak sebiji 'step down voltage regulator' yang berlabel LM2676 mungkin rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

LM2676 baru...

Dipendekkan cerita, saya cuba tukar 'step down voltage regulator' tersebut dengan mengambil dari PSU yang telah siap dibaiki. Setelah ditukar dan diuji buat kali ke-3, kesemua voltan output iaitu 5v, -15v & 15v telah ada dan ianya telah berjaya diselamatkan.

Semua komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di atas iaitu:-

  1. Sebiji kapasitor utama 220uF, 200v
  2. 3 biji kapasitor output 2200uF, 16v
  3. 2 biji kapasitor 330uF, 50v
  4. sebiji kapasitor 330uF, 35v
  5. sebiji 'step down voltage regulator' LM2676
  6. sebiji kapasitor 47uF, 50v
  7. sebiji kapasitor 100uF, 25v
  8. sebiji 'voltage regulator' KIA7815

5v

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan pada kesemua voltan output PSU setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya ganti.

15v

Ini merupakan kerosakkan komponen yang paling banyak pernah saya baiki setakat ini dan ianya masih berbaloi dibaiki sebab kos komponen yang ditukar tidak sampai 10% dari harga PSU yang baru.

-15v

Selamat mencuba...