Showing posts with label Motorola. Show all posts
Showing posts with label Motorola. Show all posts

Wednesday, 10 May 2023

Motorola HTN9000D Charger Base repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk pengecas walkie talkie berjenama Motorola dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Motorola HTN900D charger base

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi pegecas walkie talkie yang serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui fius 1.5A putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Fius 1.5A putus...

Setelah fius diganti serta diuji ianya kini boleh dihidupkan namun masalah baru pula timbul iaitu gagal mengecas dengan lampu merah berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

 

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menemui sebiji perintang jenis SMD dengan nilai 1kΩ putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang 1kΩ putus

Gambar di bawah menunjukkan perintang yang putus telah saya gantikan dengan perintang 1/4W biasa.

Gantikan perintang 1kΩ...

Masalah gagal mengecas akhirnya selesai dan pengecas ini telah berjaya di selamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. Sebiji fius 1.5A
  2. Sebiji perintang 1kΩ (102)
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Friday, 17 June 2022

Motorola C401A cordless phone repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah telefon tanpa wayar (cordless) berjenama Motorola model C401A dengan masalah tidak dapat membuat panggilan keluar serta menerima panggilan.

Motorola cordless telephone

Ketika saya uji dengan membuat panggilan masuk, ianya memberitahu saya telefon sedang digunakan walaupun dalam keadaan 'standby'.

Model: C401A

Masalah sedemikian bukan kerosakkan pada telefon tetapi kerosakkan bahagian penerima atau 'base' seperti boleh dilihat pada gamabr di atas.

Setelah tapak (base) dibuka...

Setelah bahagian 'base' saya buka dan periksa, saya menemui sebiji transistor A94 mengalami litar pintas pada terminal C (collector) dengan E (emitter) dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada sebiji transistor A94

Tiada komponen lain yang rosak ditemui selain transistor C94 sahaja dan ianya merupakan transistor jenis PNP.

Gantikan transistor A94 yang baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah transistor yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 12 January 2022

Motorola CT50 telefon repair

Sebelum ini saya pernah membaiki telefon seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, dan sini.

Motorola CT50

Hari ini saya dirujuk lagi sebuah telefon serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila telefon diangkat.

Setelah dibuka...

Ketika saya cuba membuat panggilan masuk, operator sistem 'keyphone' memberitahu saya ianya sedang digunakan.

Litar pintas pada L1...

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya juga sama dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu litar pintas pada sebiji inductors berlabel L1 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Keluarkan inductors dan sambung terus...

Kali ini saya buka inductors dan sambung terus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan diambil dengan menggunakan mikroskop elektronik.

Sambung terus...

Ini merupakan kali ke-2 saya dirujuk telefon sedemikian dengan kerosakkan yang sama dan saya tidak pasti kenapa ianya berlaku.

Bahagian atas inductors...

Saya juga tidak mempunyai skematik untuk dirujuk dan komponen yang rosak iaitu inductors adalah terlalu halus pada pandangan mata kasar.

Bahagian bawah inductors...

Telefon ini telah berjaya diselamatkan dengan membuang inductors yang menyebabkan litar pintas dan disambung terus menggunakan wayar halus sahaja.

Selamat mencuba...

Friday, 16 July 2021

Motorola PMMN4007A walkie talkie repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki walkie talkie berjenama Motorola, model PMMN4007A dengan masalah kadang-kadang tidak berfungsi ketika membuat panggilan keluar.

Motorola PMMN4007A

Saya tidak berpeluang mengujinya berikutan pemilik hanya menghantar bahagian mikrofon sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

3 biji skru perlu dibuka...

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya ada menekan suis di tepinya dan mendapati ianya kadang-kadang tidak menghasilkan bunyi 'tik' apabila ditekan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, semuanya kelihatan elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Hanya sebiji suis (tact switch) sahaja yang saya syak bermasalah dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Tact switch rosak...

Setelah 'tact switch' tersebut saya keluarkan dari papan litar dan diperiksa, kadang-kadang ianya memang tidak mempunyai keterusan (continuity) bila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya gantikan 'tact switch' yang baharu dan kembalikannya kepada pemilik untuk diuji. Untuk pengetahuan semua, pemilik telah memberitahu saya ianya boleh digunakan tanpa masalah lagi.

Gantikan tact switch yang baharu...

Selamat mencuba...

Wednesday, 16 June 2021

Motorola WPLN4137BR charger base repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah pengecas walkie talkie berjenama motorola, model WLPN4137BR dengan masalah tidak dapat mengecas.

Motorola WPLN4137BR charger base...

Salah satu pin pada bahagian pengecas telah tertanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tanggal...

Setelah saya buka pengecas tersebut untuk diperiksa, pin tersebut masih elok dan cuma tertanggal sahaja. Apabila saya cuba pasang kembali, ianya tidak melekat disebabkan telah pecah.

Pecah...

Jika bahagian yang pecah masih ada, mungkin ianya boleh digam kembali dengan menggunakan 'super glue' namun saya tidak menemui apa-apa di dalamnya.

Leburkan plastik & gam...

Jadi apa yang saya lakukan ialah leburkan plastik dengan menggunakan alat pateri (soldering iron) dan menampalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Cara sebegini pernah saya gunakan untuk menyambung picu alat pengimbas suhu sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday, 8 June 2021

Motorola CT50 telefon repair

Sebelum ini saya pernah membaiki telefon seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: Motorola

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi telefon serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk tidak dapat membuat panggilan serta menerima panggilan.

Model: CT50

Pemeriksaan awal pada wayar penyambung ke telefon mendapati ada litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Litar pintas pada penyambung ke telefon - 346Ω

Setelah dibuka dan diperiksa, litar pintas tersebut berpunca dari sebiji inductors yang berlabel L1 pada papan litar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada inductors berlabel L1

Inductors tersebut sangat halus dan saya terpaksa memeriksanya menggunakan mikroskop digital seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.

Pandangan atas inductors - tiada label...

Ianya tertanggal dari papan litar setelah saya cuba bersihkan permukaan atas untuk mengetahui labelnya. Apabila diperiksa di bawah mikroskop digital, tiada sebarang label pada permukaan inductors tersebut.

Bahagian bawah inductors...

Gegelung pada inductors tersebut juga putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah inductors di buka...

Oleh kerana label pada inductors tidak diketahui dan tiada skematik untuk dirujuk, saya ambil dua biji inductors dari papan litar lama dan sambungkannya terus dari varistor VR1 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk percubaan.

Gantikan inductors baharu... (10uH)

Telefon tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan menukarkan inductors asal L1 yang tidak diketahui nilainya menggunakan dua biji inductors 10uH.

Siap & tested - ok

Selamat mencuba...

Saturday, 13 March 2021

Motorola NNTN8117A Charger Base repair

Sebelum ini saya pernah membaiki pengecas bateri 'walkie talkie' yang serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: NNT8117A

Ketika pengecas ini dirujuk kepada saya ianya memang telah terbelah dua seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terbelah dua...

Puncanya ialah terjatuh dan ketiga-tiga bahagian untuk mengunci skru telah patah/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

tempat kunci skru pecah...

Apa yang perlu dilakukan ialah buka bahagian yang patah/pecah dan gam kembali menggunakan gam yang bersesuaian.

Keluarkan bahagian yang pecah...

Saya menggunakan 'super glue' dan ianya boleh melekat dengan kuat. Kadang-kadang ada permukaan yang tidak melekat dengan kuat menggunakan 'super glue' dan mungkin memerlukan gam yang lebih kuat seperti 'epoxy glue' dan sebagainya.

Gam kembali menggunakan 'super glue'...

Alat pengecas tersebut berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah digam menggunakan 'super glue' pada bahagian yang pecah/patah sahaja seperti di atas.

Siap...

Selamat mencuba...

Tuesday, 8 September 2020

Motorola CT50 telefon repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama motorola, model: CT50 yang rosak dan minta untuk dibaiki.

Semasa saya mengujinya, masalahnya ialah:-

  1. keypad tidak berfungsi bila di tekan/dail
  2. tidak berdering ketika ada pangillan masuk namun lampu merah berkelip-kelip

Menurut pemilik, telefon ini dipasang khas untuk kecemasan sahaja dan jarang digunakan selain daripada pemeriksaan berkala bulanan.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutupnya di buka.

Jelas kelihatan sebiji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah kembung serta bocor dan harus diganti.

Ketika saya periksa kapasitor tersebut, nilai bacaannya ialah 2223uF dan ianya jauh lebih tinggi daripada nilai asalnya iaitu 470uF sahaja.

Kapasitor tersebut sebenarnya telah mengalami litar pintas selain daripada keadaan fizikalnya yang telah kembung serta bocor.

Pastikan nilai kapasitor yang sama digunakan ketika menukarnya iaitu 470uF dan jika anda tidak mempunyai nilai voltan yang sama, anda boleh memilih voltan yang lebih tinggi dan tidak boleh menggunakan nilai voltan yang lebih rendah.

Sebagai contoh kapasitor asal yang digunakan ialah 470uF, 10v dan anda boleh menggunakan 470uF, 16v atau 470uF, 25v. Anda tidak boleh menggunakan voltan yang lebih rendah daripada 10v seperti 470uF, 6.3v.

Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan tidak menemui sebarang kerosakkan dan telefon tersebut telah berjaya diselamatkan hanya dengan menukarkan kapasitor tersebut sahaja. Klip video di bawah saya ambil ketika mengujinya setelah dibaiki.

Selamat mencuba...