Tuesday 8 September 2020

Motorola CT50 telefon repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama motorola, model: CT50 yang rosak dan minta untuk dibaiki.

Semasa saya mengujinya, masalahnya ialah:-

  1. keypad tidak berfungsi bila di tekan/dail
  2. tidak berdering ketika ada pangillan masuk namun lampu merah berkelip-kelip

Menurut pemilik, telefon ini dipasang khas untuk kecemasan sahaja dan jarang digunakan selain daripada pemeriksaan berkala bulanan.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutupnya di buka.

Jelas kelihatan sebiji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah kembung serta bocor dan harus diganti.

Ketika saya periksa kapasitor tersebut, nilai bacaannya ialah 2223uF dan ianya jauh lebih tinggi daripada nilai asalnya iaitu 470uF sahaja.

Kapasitor tersebut sebenarnya telah mengalami litar pintas selain daripada keadaan fizikalnya yang telah kembung serta bocor.

Pastikan nilai kapasitor yang sama digunakan ketika menukarnya iaitu 470uF dan jika anda tidak mempunyai nilai voltan yang sama, anda boleh memilih voltan yang lebih tinggi dan tidak boleh menggunakan nilai voltan yang lebih rendah.

Sebagai contoh kapasitor asal yang digunakan ialah 470uF, 10v dan anda boleh menggunakan 470uF, 16v atau 470uF, 25v. Anda tidak boleh menggunakan voltan yang lebih rendah daripada 10v seperti 470uF, 6.3v.

Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan tidak menemui sebarang kerosakkan dan telefon tersebut telah berjaya diselamatkan hanya dengan menukarkan kapasitor tersebut sahaja. Klip video di bawah saya ambil ketika mengujinya setelah dibaiki.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.