Wednesday 2 September 2020

CONTRONETIX V800 UPS repair

Selepas 'blackout' minggu lepas, banyak kerosakkan peralatan elektrik yang mempunyai bateri dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

CONTROETIX V800

Kali ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama CONTRONETIX, Model V800 dengan masalah bunyi buzzer tak henti-henti setelah cuba dihidupkan.

Ini merupakan masalah yang sering berlaku pada UPS setelah tiba masanya untuk diselengara di mana bateri yang digunakan telah rosak.

Bateri biasanya boleh bertahan kira-kira dua tahun dan jika bernasib baik mungkin boleh bertahan sehingga 3 tahun. Setelah dibuka dan diperiksa, voltan pada baterinya cuma 10.81v sahaja.

Bateri yang digunakan biasanya 12v dan ada juga yang memerlukan 2 biji bergantung kepada keupayaannya masing-masing. Jika menggunakan 2 biji bateri, ianya boleh bertahan lebih lama berbanding dengan sebiji bateri sahaja.

Majoriti UPS bermasalah boleh di atasi dengan menukar baterinya sahaja dan setelah ditukar baterinya serta diuji, masalah buzzer berbunyi tak henti-henti telah selesai dan ianya masih boleh digunakan semula.

Jika anda mempunyai UPS dan bermasalah setelah beberapa tahun digunakan, anda cuma perlu buka dan periksa voltan baterinya. Sekiranya masalah tidak selesai setelah menukar baterinya, hantar UPS anda kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.