Sunday 31 July 2022

Dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19

Baru-baru ini kerajaan negara kita telah menurun usia layak untuk dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19 dari 60 tahun ke 50 tahun.

Temujanji melalui mysejahtera...

Temujanji boleh dilakukan sendiri jika kita telah layak melalui aplikasi mysejahtera dan memilih boleh PPV berdekatan serta tarikh mengikut kesesuaian masing-masing.

Gambar tangkap layar di atas merupakan temujanji saya untuk dos penggalak ke-2 melalui aplikasi mysejahtera didaftar pada 28/07/2022

30/07/2022

Pada pagi 30/07/2022 saya periksa semula aplikasi mysejahtera dan temujanji saya di atas telah hilang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

No slots available...

Saya cuba membuat temujanji semula namun kesemua senarai PPV berhampiran saya menyatakan 'No slots available' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

KKM serta pemimpin negara mahupun negeri melalak setiap hari meminta rakyat yang layak supaya mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan dos penggalak ke-2 namun tiada PPV yang menyediakannya

Cakap tidak serupa bikin, mungkin hanya untuk cari publisiti murahan sahaja sebab PRU dijangka akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang...

Saturday 30 July 2022

Faulty HV transformer (LG MS-192W microwave)

Micorwave seperti ini telah banyak saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

LG MS-192W microwave

Kali ini dirujuk sebuah lagi microwave yang serupa dengan masalah tidak panas. Pemeriksaan awal hanya menemui 'HV fuse' sahaja yang putus.

1.9kΩ

Setelah 'HV fuse' diganti dan diuji, ianya masih juga tidak panas. Seterusnya saya uji semula dengan melaraskan thermostat ke maksima dan apa yang berlaku ialah seluruh rumah saya bergelap (bekalan elektrik terputus).

1.4kΩ

Memandangkan pemeriksaan awal tidak menemui sebarang masalah selain 'HV fuse' yang putus, saya mengesyaki ada kebocoran elektrik pada 'HV transformer'.

1.76kΩ

Pemeriksaan terperinci mendapati ada sedikit kebocoran pada ketiga-tiga gegelung pada transformer seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas iaitu:-

  1. 1.942kΩ di antara gegelung primary dengan gegelung disambung ke magnetron
  2. 1.399kΩ di antara gegelung voltan tinggi (HV) dengan gegelung disambung ke magnetron
  3. 1.762kΩ di antara gegelung primary dan gegelung HV (High Voltage)
Gantikan transformer baharu...

Saya tidak pasti bagaimana kebocoran tersebut berlaku dan ianya kembali berfungsi tanpa masalah setelah HV transformer telah saya gantikan dengan yang baharu.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday 29 July 2022

Hot Overload - ZIP HydroTap G4

Hari isnin ini saya telah dipanggil semula untuk membaiki 'boiler' berjenama ZIP HydroTap dengan masalah sama iaitu air tidak panas.

Faults found: Hot Overload

Pemeriksaan pada 'system fault' memberitahu "Hot Overload' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Hot sensor closed

Saya cuba buat 'boiling calibration' dan berakhir dengan suhu melebihi 100°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan gagal proses 'calibration'.

lebih 100°C...

Hot sensor tersebut berada pada bahagian tengah tangki air panas seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Hot sensor...

Di pendekkan cerita, saya gantikan sensor dengan rating yang sama iaitu 10kΩ namun saiz sensor yang baharu terlalu besar dan tidak dapat dimasukkan ke lubang sensor.

Rintangan sensor yang digunakan ialah 10kΩ

Apa yang saya lakukan ialah potong serta asah bahagian sensor sehingga sama saiz dengan sensor asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Potong & asah sensor sehingga sama saiz dengan asal...

Setelah sensor ditukar, proses 'calibration' berjalan lancar tanpa sebarang masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Calibration started...

Hari ini merupakan hari ke-4 ianya dalam pemerhatian dan berfungsi normal tanpa masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Tiada lagi masalah panas melampau atau melebihi 100°C berulang setelah sensor di atas telah saya gantikan dengan baharu.

Monitoring - day 4

Selamat mencuba...

Thursday 28 July 2022

Cheating games - Era Of War

Games Era Of War ini telah lama saya main dan tahun ini telah berjaya mencapai kedudukan teratas (top player).

Akaun tiba-tiba muncul pada 25/7/2022...

Pada 24/7/2022 tiba-tiba satu akaun muncul tanpa sebarang transaksi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Terus sampai top 3...

Gambar di bawah adalah rupa akaun tersebut dan saya tidak pasti bagaimana ianya muncul secara tiba-tiba.

24/7/2022

Sehari selepas itu kesemuanya telah mencapai tahap (level) maksima seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

25/7/2022

Selain daripada itu, kedudukannya tiba-tiba boleh menjadi Top 1 player seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Tiba-tiba jadi top 1 player...

Mungkinkah ianya perbuatan pengodam (hacker) atau kerja tuan punya aplikasi games ini?

Pagi 26/7/2022

Sehari selepas itu, top player 2 & 3 tiba-tiba jumlah trophy bertambah mendadak dari kita-kita 12 ribu dan kini mencecah 15 ribu menghampiri saya seperti boleh dilihat perbezaannya pada gambar di atas dan di bawah.

Pagi 27/6/2022

Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sebab kita berusaha untuk mencapai top player namun mereka menggunakan cara kotor untuk mencapai cita-cita masing-masing.

Locked for 365 day(s)...

Tiba-tiba pagi ini akaun saya pula dikunci seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas tanpa diketahui sebabnya...

Wednesday 27 July 2022

Google AdSense payment

Semalam ketika pulang kerja, saya jumpa sepucuk surat di dalam peti surat kiriman dari Sweden seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah dibuka, di dalamnya ialah sekeping cek berniliai USD117.79 hasil pendapatan dari blogger & youtuber saya selama ini dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

USD117.79

Tarikh cek tersebut ialah 22/6/2022 dan saya tidak pasti bila ianya dikirim. Yang pasti ia mengambil masa lebih dari sebulan untuk sampai ke tangan saya.

Saya bercadang membuka sebuah 'foreign currency account' (jika ada) khas untuk menyimpan pendapatan sebagai blogger & youtuber sebab matawang kita semakin menyusut sekarang dan tidak bernilai lagi.

Tuesday 26 July 2022

Delete akaun shopee

Semalam saya telah menerima kesemua tempahan terakhir pada 07/07/2022 dan terus melakukan 'request account deletion' melalui aplikasi shopee.

Deleted - 25/08/2022

Cara melakukan 'account deletion' ialah seperti berikut:-

  1. Login ke aplikasi shopee
  2. klik 'me' pada aplikasi
  3. klik 'account settings'
  4. pilih 'Request Account Deletion'
  5. pihak shopee akan hantar 'verification code' melalui sms/whatsapp
  6. masukkan kod dan - selesai

Selama ini saya sememangnya tidak berminat dengan kemudahan shopeepay dan pengalaman yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini telah menyebabkan saya bertekad untuk 'delete' akaun shopee sedia ada saya.

Untuk makluman semua, akaun tidak dapat dihapuskan (delete) jika masih ada transaksi yang belum selesai seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Monday 25 July 2022

DIY tukar bateri jam tangan CURREN

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara menukarkan bateri jam tangan dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: CURREN

Hari ini saya kongsikan satu lagi jam tangan jenis quartz berjenama CURREN dengan masalah sama iaitu tidak berdetik atau gagal berfungsi.

Umpil penutup bawah...

Cara untuk membuka penutup bawahnya ialah dengan mengumpil menggunakan pisau nipis pada bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah penutup bawah dibuka...

Walaupun jam ini jauh lebih besar berbanding dengan jam tangan yang lepas namun ianya menggunakan bateri yang sama.

Buka penutup bateri...

Nombor rujukan bateri ini ialah SR626SW seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

SR626SW

Majoriti jam tangan jenis quartz biasanya cuma perlu tukarkan bateri sahaja untuk kembali berfungsi semula.

Gantikan bateri baharu...

Selamat mencuba...

Sunday 24 July 2022

ONKYO TX-RN414 A/V receiver no sound repair

Semalam saya dirujuk sebuah amplifier berjenama ONKYO model: TX-RN414 dengan masalah tiada suara.

ONKYO TX-RN414

Ketika saya mengujinya, ianya memang tidak menghasilkan suara dan ketika saya memadamkan (OFF) amplifier, saya ternampak perkataan HDMI pada skrin dan ianya malap.

Modek: TX-RN414

Sebelum membuka untuk dibaiki, saya biasanya akan melakukan 'reset' terdahulu dan jika tidak berjaya baru saya buka untuk membuat pemeriksaan.

Cara melakukan 'reset' ialah:-

  1. hidupkan (ON) amplifier
  2. tekan butang CBL/SAT dan diikuti dengan butang ON/STANDBY
  3. perkataan 'clear' akan terpapar pada skrin dan padam selepas itu
  4. hidupkan semula amplifier dan uji

Masalah amplifier ini selesai dan kembali berfungsi semula setelah melakukan 'reset' seperti di atas.

Selamat mencuba...

Saturday 23 July 2022

LG 42PX3RV-TA plasma TV no signal repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki TV plasma berjenama LG model 42PX3RV-TA dengan masalah ada suara tetapi 'no signal' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

No signal...

Pada mulanya kejadian 'no signal' hanya berlaku sekali-sekala seperti boleh ditonton pada klip video di bawah namun semakin kerap dari sehari ke sehari.

Banyak TV seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan kesemua masalah adalah pada PSU yang gagal membekalkan arus elektrik mencukupi untuk menghidupkan TV.

Setelah penutup belakang dibuka...

Masalah kali ini bukan pada PSU sebab ianya boleh dihidupkan namun tiada layar. Masalahnya ialah isyarat bergambar gagal sampai ke 'processor' untuk dipaparkan pada layar.

Main board

'Processor' terletak pada 'main board' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan pemeriksaan pada bahagian di mana isyarat AV disambung menemui 4 biji kapasitor rosak seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen rosak...

Untuk pengetahuan semua, kerosakkan kapasitor tersebut ditemui ketika saya membuat pemeriksaan dengan menggunakan meter ESR yang saya buat sendiri. DIY meter ESR tersebut telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Bacaan ESR sangat tinggi...

Bacaan ESR sangat tinggi pada kapasitor 10uf, 25v manakala meter ESR langsung tidak bergerak ketika memeriksa kapasitor 1uf, 50v.

Bacaan kapasitor 1uf, 50v yang rosak (ESR = 0.15kΩ)

TV plasma ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah keempat-empat kapasitor rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gantikan kapasitor baharu...

Masalah sedemikian jarang berlaku dan hanya ditemui pada TV yang berusia lebih dari 10 tahun. Kapasitor merupakan komponen 'wear & tear' dan perlu diganti bila tiba masanya.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday 22 July 2022

wizMart NB739B-1 smoke alarm beeping every 30s repair

'Smoke alarm' ini telah lama dirujuk kepada saya dan masalah ketika dirujuk kepada saya ialah ianya mengeluarkan bunyi 'beep' setiap 30 saat.

wizMart smoke alarm

Ianya gagal saya baiki dan telah lama saya simpan sebagai alat ganti. Sebiji suis (tact switch) serta penyambung wayar bateri 9v juga telah saya ambil untuk kegunaan benda lain.

Model: NB739B-1

Masalahnya terjawab apabila saya telah mengambil 'tact switch' di dalamnya untuk membaiki periuk nasi dan berfungsi normal seperti biasa pada mula ditukar namun setelah kira-kira sebulan berlalu, 'tact switch' tersebut bermasalah.

Walaupun 'tact switch' tersebut elok ketika diperiksa menggunakan multimeter namun ianya menyebabkan kesemua panel periuk nasi gagal berfungsi apabila ditekan.

Setelah dibuka...

Jadi, saya gantikan 'tact switch' dengan yang baharu dan tiada lagi masalah bunyi 'beep' setiap 30 saat lagi sewaktu diuji.

Gantikan 'tact switch' baharu...

Masalah sedemikian juga pernah saya kongsikan sebelum ini pada TV CRT serta monitor komputer dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Selamat mencuba...