Monday, 11 July 2022

LG 42PX3RV-TA Plasma TV repair

TV ini pernah saya baiki kira-kira dua tahun yang lalu dan anda boleh rujuk di sini.

Kali ini dia kembali dan saya diberitahu masalahnya ialah gagal dihidupkan setelah butang power ditekan.

Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan dan berfungsi seperti biasa tanpa masalah.

Walaupun tiada masalah ketika saya uji, saya buka dan buat pemeriksaan juga sebab jika tiada masalah ianya tidak akan dirujuk kepada saya.

Komponen yang didapati rosak serta boleh dilihat dengan mata kasar telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.

Dari pengalaman lepas membaiki TV plasma model ini ialah komponen yang sama perlu diganti bila tiba masanya ialah:-

  1. 2 biji kapasitor 1000uf, 10v - C602 & C603
  2. Sebiji kapasitor 1000uf, 35v - C320
  3. 4 biji kapasitor 3300uf, 16v - C323, C328, C310, C307

Papan litar pada TV sekarang majoriti menggunakan komponen jenis SMD yang sangat halus serta sukar melakukan 'troubleshooting' dan perlu menukar PCB yang baharu jika tidak berjaya dibaiki.

TV plasma merupakan TV spesis terakhir yang masih menggunakan komponen bukan jenis SMD dan mudah serta ekonomi untuk dibaiki.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.