Sunday 31 January 2021

PTC thermistor vs NTC thermistor

Thermistor ialah komponen elektrik yang rintangannya akan berubah mengikut perubahan suhu. Secara ringkasnya, thermistor sangat sensitif kepada suhu.

Thermistor

Thermistor ialah singkatan dari perkataan 'thermal' dan 'resistor. Jadi,  fungsinya mestilah berkaitan dengan suhu (thermal) dan rintangan/perintang (resistor).

Thermistor

Terdapat bermacam-macam jenis, rupa serta bentuk thermistor telah dicipta dan digunakan ada di pasaran seperti boleh pada dua gambar di atas. Gambar di bawah merupakan simbol thermistor yang biasa dilihat pada papan litar atau skema (schematic) elektronik.

Simbol thermistor


Secara amnya thermistor terbahagi kepada dua jenis iatu PTC (Positive Temperature Coefficient) dan NTC (Negative Temperature Coefficient).

PTC thermistor

PTC adalah singkatan untuk 'Positive Temperature Coefficient'. Rintangannya akan meningkat jika suhu bertambah dan berkurangan jika suhu menurun seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

NTC thermistor

NTC adalah singkatan untuk 'Negative Temperature Coefficient'. Rintangannya akan berkurangan jika suhu bertambah dan meningkat jika suhu menurun seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Cara untuk mengetahui samada thermistor tersebut jenis PTC atau NTC ialah seperti boleh dilihat pada dua klip video di atas. Apa yang anda perlu lakukan ialah sambungkan kedua-dua terminal thermistor kepada multimeter yang dilaras ke bahagian ohm (Ω) untuk mengukur rintangannya.

Ubah suhu pada thermistor dengan memegang menggunakan jari anda dan bacaan rintangan pada multimeter akan berubah. Jika bacaan rintangan meningkat bermaksud ia adalah thermistor jenis PTC dan sekiranya bacaan rintangan menurun, ianya merupakan thermistor jenis NTC.

Kegunaan thermistor ialah untuk mengukur suhu seperti pada thermometer serta sensor penghawa dingin atau peti sejuk. Anda boleh rujuk di sini bagaimana thermistor berfungsi sebagai pengawal suhu pada peti sejuk. Saya juga pernah kongsikan bagaimana thermistor mengawal suhu pada penghawa dingin di sini.

Thermistor juga boleh digunakan sebagai fius pada papan litar seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini pada TV jenis CRT dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...

Saturday 30 January 2021

Channel astro NJOI tiba-tiba tiada siaran (services currently not available)

Baru-baru ini saya banyak dirujuk decoder astro lama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan merupakan antara decoder terawal digunakan apabila astro baru memulakan operasinya.

Decoder lama...

Selama saya berkecimpung dalam kerja baiki membaiki decoder astro ini, jarang decoder lama seperti pada gambar di atas dan di bawah dirujuk kepada saya untuk diselengara atau di baiki. Anda nak tahu kenapa? Sebabnya ialah dekoder lama buatan PHILIPS ini sangat berkualiti dan tidak mudah rosak.

Decoder lama astro NJOI

Kerosakkan yang biasa saya baiki untuk decoder lama ini ialah pada bahagian PSU (power supply unit) dan melibatkan komponen 'wear and tear' yang tidak dapat dielakkan bila masa telah tiba.


Namun sejak masuk tahun 2021 ini, banyak pula decoder lama ini dirujuk kepada saya dengan masalah yang hampir serupa dan hanya melibatkan pengguna NJOI sahaja.

Untuk pengetahuan semua, astro NJOI diperkenalkan pada Februari 18, 2012 dan ianya membekalkan saluran percuma dengan harga RM285.00 sekali bayar sahaja ketika itu.

Kini harganya ialah RM399.00 seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Gambar di atas dan di bawah merupakan fenomena biasa dan telah lama saya jumpa ketika decoder NJOI yang rosak telah saya baiki serta diuji. Ini adalah disebabkan sistem astro (software) tidak lagi menyokong decoder lama namun itu bukan masalah utama sebab majoriti pengguna astro NJOI hanya menonton siaran percuma sahaja dan mereka tak kisah pun channel yang berbayar.

Untuk pengetahuan semua, pihak astro hanya menukar decoder baru secara percuma kepada pelanggan berbayar sahaja. Maksudnya pelanggan NJOI perlu membeli decoder baru jika rosak dan tidak dapat di baiki lagi.

Sebelum ini, pelanggan astro yang masih menggunakan decoder lama seperti gambar pertama di atas masih boleh membeli decoder 'secondhand' dan masukkan kad astro mereka untuk menonton semula.

Jika tiada alternatif lain, pelanggan astro NJOI akan disuruh membuat pendaftaran baru dengan membayar RM399.00 bagi mendapatkan decoder baru supaya boleh menonton semula.

Duit lagi...

Berbalik kepada cerita kenapa kebelakangan ini banyak pengguna NJOI merujuk decoder kepada saya untuk dibaiki dan hanya melibatkan decoder lama sahaja.

Masalah terbaru yang sering saya jumpa ialah, decoder rosak telah saya baiki namun hanya beberapa channel sahaja ada siaran seperti channel wowshop, pendidikan, bernama serta semua channel radio sahaja.

Signal elok...

Seperti biasa pihak astro akan suruh periksa 'signal' serta buat 'auto update'. Semua yang disuruh telah saya buat namun masalah tetap sama iaitu sebahagian channel mengeluarkan mesej 'services currently not available'.

Channel free tiada siaran?

Pada pandangan logik saya, ini bukan kerosakkan decoder sebab jika decoder rosak, semua channel tiada siaran dan bukannya channel tertentu sahaja.

Pihak astro pada mulanya menyuruh saya bayar RM85.00 untuk menghantar jurutenik ke rumah membuat pemeriksaan namun saya bertegas tidak mahu sebab saya yakin dan pasti ianya bukan masalah decoder.

Akhirnya mengaku dah...
Setelah saya menghantar bukti-bukti yang ada kepada mereka, akhirnya mereka mengaku juga yang versi sistem terbaru mereka tidak lagi menyokong decoder lama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Naik taraf pada 26/1/2021...

Jadi, jika anda yang masih menggunakan decoder lama dan menghadapi kehilangan siaran secara tiba-tiba, giliran anda telah tiba. Tanpa decoder baru, anda tidak akan dapat menonton lagi.

Saya ada beberapa pilihan untuk mengatasi masalah di atas:-

  1. Daftar baru NJOI dengan membayar RM399.00 di sini. Jangan lupa, dulu pihak astro  kata bayar sekali sahaja untuk pakej NJOI, kenapa kini anda dipaksa bayar lagi?
  2. Astro ada kedai di shopee dan anda boleh beli di sini tanpa perlu membayar kos pemasangan dengan 'plug & play' sendiri. Sebelum membuat keputusan, jangan lupa baca ruangan komen yang 'rating' 1 bintang, 2 bintang dan 3 bintang dahulu supaya pisang tidak berbuah dua kali.
  3. Lupakan saja astro dan bertukar kepada MyTV untuk menonton secara percuma. Anda boleh rujuk artikel berkaitan MyTV saya di sini sebagai rujukan.
  4. Jika anda ada talian intenet di rumah, boleh pertimbangkan TV Box sebagai alternatif.
  5. Tukar TV anda kepada IDTV dan menonton MyTV tanpa perlu membeli decoder MyTV.
  6. Mungkin parabola juga adalah salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk menonton siaran seluruh dunia.

One-time payment...


Saya berpandangan pihak astro harus bertanggungjawab menukar decoder NJOI lama kepada decoder baru secara percuma kepada semua pelanggan NJOI sebab decoder mereka bukannya rosak tetapi 'dirosakkan' oleh versi sistem terbaru mereka. Itu janji mereka ketika kita melanggan astro NJOI iaitu 'bayar sekali sahaja'.

Kita tidak tahu bila pihak astro akan tukar sistem lagi dan anda perlu menukar decoder yang baru lagi di masa hadapan.

Fikir-fikirkan dan buat pilihan bijak...

Friday 29 January 2021

PRODIO KA-D3 karaoke digital amplifier repair

Lewat petang semalam saya dirujuk sebuah amplifier berjenama PRODIO, Model KA-D3 buatan Jepun (made in Japan) dengan masalah lampu pada pelaras suara (volume) berkelip-kelip tanpa henti setelah dibekalkan arus elektrik.

PRODIO karaoke digital amplifier













Amplifier moden kini dilengkapi dengan sistem keselamatan dan sekiranya bermasalah ia tidak membenarkan kita untuk menggunakannya.

Model: KA-D3

Secara amnya, apabila butang 'power' ditekan, sistem keselamatan amplifier akan membuat pemeriksaan dan sekiranya tiada masalah ianya akan disusuli dengan bunyi 'klik'. Bunyi 'klik' tersebut menandakan proses pemeriksaan telah selesai dan 'relay' telah dihidupkan.

Setelah penutup dibuka...

Masalah pada amplifier ini ialah boleh dihidupkan namun tidak lulus pemeriksaan dan 'relay' gagal dihidupkan dengan indikator lampu pada pelaras suara berkelip-kelip.

Amplifier PCB

Saya mulakan pemeriksaan pada bahagian amplifier dan gambar di atas adalah papan litarnya. Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

B31N20D mosfet digunakan sebagai amplifier

Seterusnya saya periksa pula bahagian PSU (power supply unit) dan gambar di bawah adalah papan litarnya. Sekali imbas, tiada komponen yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar.

PSU

Pemeriksaan pada papan litar mendapati dua biji perintang berwarna 'coklat, hitam, emas, emas' dengan nilai 1Ω mempunyai bacaan meragukan. Bacaan yang saya dapat diikuti huruf 'k' pada multimeter digital yang membawa maksud di atas seribu ohm.

perintang 1Ω meragukan...

Selain dua biji perintang yang mempunyai bacaan meragukan, saya tidak menemui komponen lain yang meragukan dan perlu dibuat pemeriksaan lanjut.

174kΩ

Setelah kedua-dua perintang saya keluarkan dari papan litar dan diukur semula, sah bacaannya beribu ohm seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

396kΩ

Jika anda menemui perintang 1Ω pada papan litar, fungsinya ialah sebagai fius dan akan putus jika ada litar pintas. Kedua-dua perintang di atas tidak putus namun rintangannya terlalu tinggi dan menyebabkan arus elektrik yang melaluinya terlalu sedikit serta gagal pemeriksaan keselamatan ketika dihidupkan.

Perintang 0.5

Memandangkan hari telah lewat petang dan kedai elektronik pun telah tutup, saya gunakan perintang paling hampir dengan 1Ω yang saya ada iaitu 0.51Ω (hijau, coklat, perak, emas) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Setelah kedua-dua perintang telah saya gantikan dan diuji, amplifier tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya setelah siap dibaiki dan anda boleh lihat lampu indikator pada pelaras suara berkelip-kelip setelah butang 'power' saya tekan. Bunyi 'klik' kedengaran selepas itu dan lampu indikator akan berhenti berkelip menandakan pemeriksaan telah selesai serta 'relay' telah dihidupkan.


Selamat mencuba...

Thursday 28 January 2021

Dilema CoVid-19

Semalam saya telah diberitahu oleh majikan kedai makan yang saya kunjungi setiap hari bahawa mereka tidak beroperasi hari ini untuk menjalani kerja-kerja sanitasi.

Menurutnya, kedai mereka telah dikunjungi oleh seseorang yang positif CoVid-19 10 hari yang lepas dan hanya diketahui setelah terbaca kenyataan KKM Sarawak semalam di sini.

Kenyataan media 27/01/2021

Beliau juga memberitahu saya bahawa selama 10 hari yang lepas, tiada mana-mana pihak berwajib yang memberitahu mereka mengenainya.

Saya merupakan pengunjung tetap setiap hari untuk makan malam setelah pulang kerja sebelum balik ke rumah. Rutin perjalanan harian saya selama PKP/PKPB/PKPP ialah bangun pagi, turun kerja, makan malam & balik rumah selain seminggu sekali membeli barangan keperluan mingguan.

Rutin yang terhad ini juga boleh menjadi salah seorang kontak rapat dan setakat hari ini tiada sebarang gejala positif CoVid-19 ada pada saya sejak bermulanya PKP pada tahun lepas.

Saya yakin dalam masa terdekat ini tiada pihak berwajib yang akan memanggil saya untuk menjalani saringan CoVid-19 melainkan saya bergejala dan melawat mana-mana pusat perubatan untuk berubat.

Dari contoh di atas, saya berpendapat negara kita kini berhadapan dengan situasi di luar kawalan (out of control) sebab banyak kontak rapat tidak disaring serta tidak diasingkan/kuarantin dan mereka ini masih lagi bebas bergerak ke sana sini.

Bayangkan sahaja, seseorang yang positif CoVid-19 hanya diketahui setelah 10 hari dan dalam 10 hari tersebut mereka telah pergi ke merata tempat. Bagaimana pula dengan kontak rapat mereka yang mungkin juga terjangkit dan juga bebas bergerak ke sana sini sambil menjangkiti orang lain tanpa diketahui.

Kedai makan yang dikunjungi positif CoVid-19 pula hanya mengetahuinya setelah 10 hari dan hanya membuat kerja-kerja sanitasi pada hari ke-11 dengan harga kira-kira RM3,000.00 tanpa bantuan/subsidi. Itu pun atas inisiatif pemilik kedai sendiri tanpa disuruh oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika kedai yang sama dikunjungi lagi oleh beberapa orang yang positif CoVid-19 dalam masa terdekat, saya jangka banyak kedai akan gulung tikar sebab bangkrap bayar kos sanitasi.

Bayangkan jika ada yang positif CoVid-19 tanpa disedari yang hanya berjalan-jalan dihujung minggu untuk 'window shopping' di gedung pusat membeli-belah tanpa ada sebarang rekod 'mysejahtera', berapa ramai yang telah dijangkiti yang merupakan kontak rapat tanpa ada rekod?


Kes yang naik mendadak kebelakangan ini adalah disebabkan KKM menggunakan kaedah 'targeted approach' dan bayangkan saja berapa ramai yang telah positif tanpa bergejala di komuniti jika seseorang yang positif hanya diketahui setelah 10 hari?

Saya berpendapat penyakit ada di mana-mana pada bila-bila masa. Kita semua terdedah dan tahapnya berbeza mengikut antibodi masing-masing. Mereka yang mengamalkan kehidupan sihat serta kuat antibodi akan berjaya melawan dan mereka yang menmpunyai 'comorbidity' akan tewas lebih awal.

Kitaran hidup manusia di muka bumi ini ialah 'lahir, tua, sakit & mati'. Tidak semua yang akan melalui kitaran lengkap tersebut berikutan kecelakaan dipertengahan jalan.

Apa-apa pun, renungkan apa yang telah saya kongsikan di atas. Kita harus bersama-sama menangani pandemik CoVid-19 yang melanda dunia kini dengan mematuhi segala arahan MKN serta KKM dari masa ke semasa walaupun telah 'OUT OF CONTROL'...

 

Wednesday 27 January 2021

GGL-22-45/030 IP66 LED driver repair

LED driver ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

GGL-22-45/030 IP66

Setelah lebih setahun digunakan, kali ini dia kembali dengan masalah lampu LED yang disambung kepadanya berkelip-kelip.

Setelah penutup dibuka...

Banyak LED driver telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan yang pasti, majoriti kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat serta cara membaiki LED driver yang telah dan pernah saya kongsikan.

Kapasitor utama kembung...

Jika dilihat pada gambar di atas, sebiji kapasitor dengan nilai 10uF, 400v telah kembung dan harus diganti.

Keluarkan kapasitor kembung...

Kadang-kadang komponen yang rosak tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan harus diperiksa menggunakan multimeter.

Gantikan kapasitor baru...

LED driver tersebut telah berjaya diselamatkan setelah kapasitor utamanya saya gantikan dengan yang baru.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday 26 January 2021

JVD Iconic Plus Top Open safes repair

Banyak masalah peti keselamatan seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

JVD safes

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah peti keselamatan yang sama dengan masalah tidak berfungsi walaupun baterinya telah diganti.

Buka penutup bateri...


Bahagian pertama yang saya periksa ialah bateri dan setelah dibuka serta diperiksa, kesemua baterinya elok.

Terminal negatif berkarat...

Seterusnya saya periksa terminal output bateri dan mendapati wayar terminal negatif (-e) kelihatan longgar dan bila ditarik ianya terus tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar putus...

Saya bersihkan bahagian wayar yang putus dengan kertas pasir dan sambung kembali dengan mempateri terus kepada terminal negatif seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung wayar yang putus...

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk peti keselamatan dengan masalah yang sama seperti di atas dan saya terpaksa menukar keseluruhan wayar sebab telah rosak akibat terkena cecair bateri yang bocor.

Siap...

Masalah wayar putus serta rosak sering berlaku pada peti keselamatan yang menggunakan bateri. Cecair bateri yang bocor boleh meresap ke dalam wayar sehingga mengakibatkan wayar termbaga teroksida serta rosak.

Testing...

Peti keselamatan di atas berjaya diselamatkan dengan hanya menyambung kembali wayar yang putus akibat hakisan oleh cecair bateri yang bocor.

Tested - ok

Selamat mencuba...


Monday 25 January 2021

S036HP1200250 astro SMPS adapter repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki adapter untuk dekoder astro dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder astro yang pernah saya baiki setahun yang lalu dengan masalah dekoder akan padam dengan sendirinya dan kembali ke 'standby' setelah beberapa ketika dihidupkan.

Setelah dekoder dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun sebiji kapasitor 1000uF, 6.3v kelihatan sedikit kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah kapasitor tersebut saya tukar dan diuji, dekoder tersebut gagal dihidupkan. Saya dapati lampu hijau pada adapter sedikit malap namun apabila dicabut dari dekoder, lampu hijau tersebut lebih terang.

Setelah adapternya saya buka dan periksa, sebiji kapasitor 'feedback' dengan nilai 10uF, 50v didapati rosak seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Apabila saya keluarkan kapasitor tersebut dari papan litar dan ukur menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat ialah 'OL' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'feeback capacitor' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini lampu hijaunya tidak malap lagi setelah disambung kepada dekoder.

Dekoder astro juga boleh dihidupkan semula tanpa masalah dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Satu lagi simptom kerosakkan adapter selain lampu hijaunya malap seperti di atas ialah, kadang-kadang lampu adapter tidak menyala bila dibekalkan elektrik namun ianya boleh dihidupkan semula setelah kira-kira 10 minit diputuskan bekalan elektrik.

Selamat mencuba...