Monday 18 January 2021

LG 47LB631T.ATS smart LED TV backlight repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah TV pintar (smart TV) LED berjenama LG, Model: 47LB631T.ATS dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

LG smart TV with webOS

Jika skrin TV anda seperti di atas, jangan panik sebab ianya masih boleh dihidupkan serta boleh digunakan cuma gambar yang terhasil kelihatan belang-belang.

Model: 47LB631T.ATS

Masalah sedemikian ialah disebabkan kanta lampu LED di belakang layar tanggal dan apa yang anda perlu lakukan ialah buka TV anda sehingga lampu 'backlight' kelihatan dan lekatkan kembali dengan gam seperti berikut.

Setelah penutup belakang dibuka...

Kerja-kerja membuka harus dilakukan dengan berhati-hati sebab perlu mengeluarkan skrin LED sekali dan jika skrin pecah, tak payah baiki lagi.

Buka speaker untuk dikeluarkan bersama skrin LED...

Satu lagi yang harus diingat ialah buka skrin LED bersama 'T-con board' sekali sebab jika penyambung pada 'T-con board' dengan skrin tanggal, ianya memerlukan kepakaran serta peralatan khas untuk melekatkannya kembali. Nama penyambung tersebut ialah COF (chip on film).

Keluarkan skrin TV...

Gambar di bawah menunjukkan majoriti kanta lampu LED 'backlight' telah tanggal dan bergumpul di bahagian bawah sebelah kanan.

Dah jumpa...

Anda boleh guna apa-apa sahaja pelekat atau gam untuk melekatkan kembali kanta LED tersebut. Saya memilih 'glue gun' untuk melekatkannya kembali sebab cepat kering dan ianya lutsinar.

kanta LED jatuh daaa...

Gambar di bawah menunjukkan kesemua kanta telah saya lekatkan kembali menggunakan 'glue gun' dan kebaikkan menggunakan 'glue gun' ialah tidak perlu membuang masa untuk tunggu sehingga kering sebab ianya kering serta merta apabila telah sejuk.

Lekatkan kembali kanta LED...

Setelah siap dan dipasang kembali kesemua komponen yang telah dibuka sebelumnya serta diuji, TV tersebut telah berjaya diselamatkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Keseluruhan proses membuka, melekat dan memasang kembali di atas memerlukan masa kira-kira dua jam untuk disempurnakan.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.