Sunday 31 January 2021

PTC thermistor vs NTC thermistor

Thermistor ialah komponen elektrik yang rintangannya akan berubah mengikut perubahan suhu. Secara ringkasnya, thermistor sangat sensitif kepada suhu.

Thermistor

Thermistor ialah singkatan dari perkataan 'thermal' dan 'resistor. Jadi,  fungsinya mestilah berkaitan dengan suhu (thermal) dan rintangan/perintang (resistor).

Thermistor

Terdapat bermacam-macam jenis, rupa serta bentuk thermistor telah dicipta dan digunakan ada di pasaran seperti boleh pada dua gambar di atas. Gambar di bawah merupakan simbol thermistor yang biasa dilihat pada papan litar atau skema (schematic) elektronik.

Simbol thermistor


Secara amnya thermistor terbahagi kepada dua jenis iatu PTC (Positive Temperature Coefficient) dan NTC (Negative Temperature Coefficient).

PTC thermistor

PTC adalah singkatan untuk 'Positive Temperature Coefficient'. Rintangannya akan meningkat jika suhu bertambah dan berkurangan jika suhu menurun seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

NTC thermistor

NTC adalah singkatan untuk 'Negative Temperature Coefficient'. Rintangannya akan berkurangan jika suhu bertambah dan meningkat jika suhu menurun seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Cara untuk mengetahui samada thermistor tersebut jenis PTC atau NTC ialah seperti boleh dilihat pada dua klip video di atas. Apa yang anda perlu lakukan ialah sambungkan kedua-dua terminal thermistor kepada multimeter yang dilaras ke bahagian ohm (Ω) untuk mengukur rintangannya.

Ubah suhu pada thermistor dengan memegang menggunakan jari anda dan bacaan rintangan pada multimeter akan berubah. Jika bacaan rintangan meningkat bermaksud ia adalah thermistor jenis PTC dan sekiranya bacaan rintangan menurun, ianya merupakan thermistor jenis NTC.

Kegunaan thermistor ialah untuk mengukur suhu seperti pada thermometer serta sensor penghawa dingin atau peti sejuk. Anda boleh rujuk di sini bagaimana thermistor berfungsi sebagai pengawal suhu pada peti sejuk. Saya juga pernah kongsikan bagaimana thermistor mengawal suhu pada penghawa dingin di sini.

Thermistor juga boleh digunakan sebagai fius pada papan litar seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini pada TV jenis CRT dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.