Showing posts with label Dell. Show all posts
Showing posts with label Dell. Show all posts

Sunday, 21 September 2025

DELL Vostro 5568 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah komputer riba berjenama DELL, model vostro dengan masalah gagal dihidupkan.

DELL Vostro

Pemeriksaan awal pada adapter masih elok dan menghasilkan bekalan voltan output 19.95v.

Made in China

Jika tiada masalah bekalan elektrik dari adapter, masalahnya mungkin pada motherboard atau bateri.

Voltan output adapter - 19.95v

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati baterinya telah kembung dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bateri kembung...

Bateri yang kembung harus diganti namun untuk percubaan, saya melakukan reset dengan menanggalkan terminal bateri kira-kira seminit sebelum disambung kembali untuk diuji.

Cabut kabel bateri untuk reset...

Komputer riba ini boleh dihidupkan semula selepas dengan hanya melakukan reset pada bateri sahaja.

Testing...

Gambar di bawah adalah message yang terpapar setelah berjaya dihidupkan dan ianya mengesahkan bateri perlu diganti.

Sah, bateri rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

Sunday, 29 December 2024

DELL LA65NS2-01 adapter repair

Hari ini saya dirujuk sebuah adapter berjenama DELL, model LA65NS2-01 dengan masalah tiada bekalan output.

DELL LA65NS2-01

Setelah dibuka dan diperiksa, dua komponen yang didapati rosak ialah:-

  1. Sebiji fius T3.15A, 250v
  2. sebiji kapasitor 120uf, 420v
Setelah dibuka...

Adapter ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan kedua-dua komponen yang rosak di atas.

Kapasitor rosak - 31nF sahaja

Kerosakkan sedemikian adalah disebabkan kebocoran kapasitor utama yang seterusnya mengakibatkan fius utama putus.

19.52v

Selamat berDIY...

Thursday, 5 January 2023

Dell H250AD-01 PSU repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah PSU (power supply unit) berjenama Dell, model H250AD-01 untuk kegunaan komputer desktop.

DELL H250AD-01

Menurut pemilik, masalahnya ialah boleh dihidupkan namun gagal berfungsi. Maksudnya jika butang power ditekan, lampu LED menyala namun sistem komputer tidak memulakan proses yang sepatutnya.

Model: H250AD-01

Ketika saya memeriksa voltan output, masalahnya cuma pada voltan 12v (wayar hitam & merah) dan bacaan yang saya dapat cuma 10.50v sahaja.

output 12c cuma 10.50v sahaja...

Masalah sedemikian boleh serta mudah dibaiki sebab masih ada voltan output namun kurang dari sepatutnya.

Kapasitor kembung...

Gambar di atas menunjukkan bahagian di dalam PSU setelah dibuka dan dari pandangan mata kasar, banyak kapasitor telah kembung.

Kapasitor utama - 150uf - 420v

Semua kapasitor yang kembung telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah iaitu:-

  1. sebiji kapasitor 150uf, 420v
  2. 2 biji kapasitor 2,200uf, 16v
  3. 2 biji kapasitor 2,200uf, 10v
Kapasitor output yang kembung...

Kapasitor yang kembung biasanya disebabkan mengalami panas melampu untuk tempoh masa yang panjang dan biasanya berlaku pada komputer yang tidak pernah dipadam seperti untuk kegunaan CCTV.

Gantikan semua kapasitor kembung...

Masalah selesai dengan menggantikan kesemua kapasitor yang kembung sahaja dan ianya berjaya diselamatkan serta msaih boleh digunakan semula.

Bacaan untuk 12v (tested - ok)

Selamat mencuba...

Saturday, 15 October 2022

DELL CN-OHN7XN motherboard repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah motherboard computer berjenama DELL dengan masalah kadang-kadang ianya akan padam sendiri (reboot) setelah beberapa ketika digunakan.

DELL CN-OHN7XN motherboard

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk motherboard berjenama DELL dan anda boleh rujuk di sini. Saya tidak pasti nombor rujukan pada papan litarnya sama atau tidak namun sekali imbas ianya seperti serupa dan perbezaannya ialah, dua tahun yang lalu ianya dihantar dalam keadaan lengkap dan papan litar belum dibuka.

Kapasitor 1000uf, 6.3v kembung...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor dengan nilai 1000uf, 6.3v kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Rosak...

Kapasitor yang kembung tersebut sah rosak setelah diperiksa dengan menggunakan 'LCR-T4 ESR meter' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

1000uf, 6.3v

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak selain kapasitor kembung di atas.

Siap...

Pagi ini pemilik telah menghubungi saya memberitahu tiada lagi masalah 'reboot' sendiri lagi berulang.

Selamat mencuba...

Thursday, 13 May 2021

DELL D290A001L Power Supply repair

PSU (power supply unit) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Model No.: M290AM-00

Hari ini saya dirujuk sebuah PSU serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Pemilik memberitahu saya, psu tersebut gagal berfungsi setelah bekalan elektrik putus secara tiba-tiba (blackout).

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka sereta diperiksa, saya hanya menemui fius utamanya putus dan di label F8AH/250VAC seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Fius putus - F8AH/250VAC

Apabila fiusnya saya buka dan diperiksa, saya dapati nilai yang tercatat padanya ialah 7A namun jika dibandingkan dengan fius 8A yang saya beli, kelihatan wayar di dalamnya sangat halus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kiri - putus, Kanan - baru

Setelah fiusnya saya gantikan dengan yang baru dan diuji, psu tersebut kembali berfungsi tanpa sebarang masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

F7A atau F1A?

Dari perbandingan di atas, saya dapati fius asalnya bukan 7A, sebaliknya cuma 1A sahaja berdasarkan ketebalan wayarnya. Label pada psu tersebut ialah 100-240vac/5.4A, mungkinkah ianya boleh berfungsi dengan fius 1A sahaja?

Selamat mencuba...

Friday, 4 December 2020

Dell OPTIPLEX 380 CPU motherboard repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah CPU berjenama Dell, Model: OPTIPLEX 380 dengan masalah ianya akan padam dengan sendiri setelah beberapa jam digunakan.

Dell OPTIPLEX 380 CPU motherboard

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, hanya sebiji kapasitor dengan nilai 1000uF, 6.3v kelihatan kembung dan ianya perlu diganti.

Kapasitor 1000uF, 6.3v rosak...

Apabila kapasitor tersebut dikeluarkan dari papan litar serta di ukur, bacaannya cuma tinggal 480uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1000uF cuma dapat bacaan 480uF sahaja...

Saya biasanya tidak membuka kapasitor pada CPU sebab ianya disambung pada kedua belah papan litar dan susah dikeluarkan. Apa yang saya lakukan ialah dengan goyangkan kapasitor tersebut sehingga putus kedua-dua terminalnya dan pateri terus kapasitor baru pada bahagian atas papan litar.

Keluarkan kapasitor rosak...

CPU tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kapasitor yang kembung di atas ditukar.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 8 October 2020

DELL D290A001L Power Supply repair

Semalam saya dirujuk sebuah PSU (power supply unit) untuk kegunaan komputer berjenama DELL dengan masalah tidak menghasilkan output langsung.

P/N: D290A001L

PSU ini direka khas untuk komputer DELL dan modelnya ialah H290AM-00 serta 'part number' pula ialah D290A001L.

Model: H290AM-00

Selepas dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang saya temui rosak ialah fiusnya dengan nilai 8A.

Setelah penutup dibuka...

Saya gantikan fius tersebut dengan menyambungkan sebiji mentol 60w dan apabila diuji, lampu mentol tersebut menyala terang dan tidak padam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan fius dengan mentol & uji...

Jika lampu mentol yang menggantikan fius tidak padam ketika diuji bermaksud ada litar pintas pada papan litar. Jika anda hanya tukarkan fius sahaja, ianya pasti akan putus lagi.

Litar pintas...

Bila saya periksa dengan menggunakan multimeter, rintangan litar pintas ialah kira-kira 3MΩ sahaja dan setelah diperiksa satu per satu akhirnya saya menemui litar pintas pada sebiji mosfet/transistor yang dilabel 9NK957 dan boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kebocoran pada 'thermal pad'...

Litar pintas tersebut adalah disebabkan 'thermal pad' pada mosfet/transistor tersebut bocor yang mungkin disebabkan panas melampau seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan 'thermal pad'...

Setelah mosfet/transistor tersebut saya keluarkan dari papan litar dan periksa semula, tiada litar pintas lagi. Mosfet/transistor tersebut tidak rosak bila diuji dengan multimeter.

sapu 'thermal paste'...

Saya gantikan kedua-dua 'thermal pad' pada dua komponen di 'heat sink' yang sama dengan jenis yang tahan panas. 

Siap tukar 'thermal pad'...

Setelah siap 'thermal pad' ditukar, saya uji semula PSU tersebut dan masih menggunakan mentol menggantikan fius. Ujian kali boleh diihat pada klip video di bawah.

Jika mentol hanya menyala sekejap sahaja dan padam selepas itu, bermaksud tiada litar pintas lagi dan anda boleh gantikan mentol dengan fius serta diuji semula.

Gantikan fius yang baru...

Jika mentol tidak padam dan kekal menyala terang, bermaksud masih ada litar pintas lagi dan harus cari sampai dapat.

Komponen yang ditukar...

Kaedah menguji litar pintas menggunakan mentol ini dinamakan sebagai 'series lamp test' atau 'short circuit lamp test' dan saya pernah kongsikan sebelum ini di sini pada sebuah TV.

Tested - ok

PSU ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Monday, 29 April 2019

DELL E2013Hc colour problem

Hari ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama DELL, Model: E2013Hc. Pemilik mengadu warna pada skrin kemerah-merahan ataupun dengan erti kata lain, banyak sangat warna merah dan tak selesa kepada mata pengguna.
Jenama: DELL
Jika skrin TV CRT menjadi warna merah bermaksud ada masalah pada bahagian yang mengeluarkan warna biru dan hijau. Kebiasaannya ialah ketiadaan voltan untuk warna biru dan hijau ataupun kadang-kadang voltan yang dibekalkan tidak mencukupi.
Model: E2013Hc
Namun berlainan masalahnya dengan monitor berjenama DELL ini. Saya telah membukanya dan memeriksa 'power board' dan tiada masalah dengan voltan outputnya iaitu 5V sahaja. Bacaan yang saya dapat ialah 5.15V.
Butang pada monitor
Seterusnya saya periksa pula warna pada monitor tersebut. Cara memeriksa adalah seperti berikut:-
  1. Tekan butang 1 dan 4 (seperti pada gambar di atas) serentak dan anda akan nampak warna kelabu menjelma pada skrin.
  2. Kemudian tekan butang 4 lagi dan skrin berwarna merah akan menjelma.
  3. Ulangi langkah no. 2 dan seterusnya skrin berwarna biru, hijau, hitam dan lain-lain menjelma.
  4. Jika kesemua warna tersebut jelas kelihatan, ini bermaksud skrin tersebut dalam keadaan baik.
  5. Warna terakhir yang menjelma pada skrin ialah putih. Untuk keluar dari skrin ujian warna tersebut, tekan butang no. 4 sekali lagi.
1. Tekan butang 4 seterusnya butang 1
Setelah menjalani pemeriksaan warna pada skrin di atas, kesemua warna berkeadaan baik dan tiada masalah warna pada skrin tersebut. Kini 'power board' dan skrin telah disahkan berkeadan baik.
2. Tekan butang 3
Seterusnya apa yang anda boleh lakukan ialah menukar setting warna pada monitor tersebut. Caranya mudah dan ditunjukkan pada gambar di atas dan di bawah:-
  1. Tekan butang 4 dan lepas itu tekan butang 1
  2. Tekan butang 3
  3. Tukar warna R (red), G (green) & B (blue) mengikut citarasa anda.
5. Ubah warna R, G & B mengikut citarasa anda

Sebelum

Selepas
Selamat mencuba...

Sumber