Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

Saturday, 21 February 2026

YouTube short is muted and deleted

Minggu lepas saya menerima dua e-mail dari YouTube seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah 

Kedua-dua e-mail dengan isi kandungan yang sama iaitu klip video saya telah dibisukan (muted) atas sebab muzik latar telah tiada atau telah dihapuskan (deleted) oleh pemilik asal.

YouTube short muted...

Gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah kedua-dua klip video saya yang telah dibisukan dan bakal dipadam (delete) dalam masa 30 hari. 

YouTube short muted...

Mulai dari sekarang saya akan elak menggunakan muzik latar orang lain agar tiada lagi masalah serupa berulang. 

Deleted in 30 days...

Saya berpendapat pihak YouTube seharusnya membenarkan kita untuk menukar muzik latar selain membisukan serta menghapuskannya.

Nasib baik klip video yang bakal dihapuskan itu tidak penting dan saya muatnaik untuk hiburan serta memenuhi kuota sahaja. 

Mungkin saya perlu buat muzik latar sendiri menggunakan gitar.

Tuesday, 21 October 2025

10 ribu pengikut YouTube

Saya mulai layak menyertai YouTube Partner Program (YPP) sewaktu pengikut mencecah seribu pada 27/03/2022.

20/10/2025

Sejak saya layak YPP, jumlah pengikut saya bertambah saban hari dan baru-baru ini telah mencecah 10 ribu pada 20/10/2025.

27/03/2022

Terima kasih kepada semua pengikut channel YouTube saya dan semoga pengikut akan bertambah dengan lebih cepat lagi selepas ini.

Wednesday, 23 July 2025

Sejuta tontonan channel YouTube

Pada 20/7/2025 lalu saya telah menerima notifikasi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah menyatakan video pendek (shorts) pada channel YouTube saya telah mencecah sejuta tontonan.

20/7/2025 @ 19:59hrs

Untuk makluman semua, video pendek merujuk kepada video yang tempohnya tidak lebih dari seminit serta video berkedudukan menegak. Video pendek di meta/facebook dipanggil sebagai 'reels'.

21/07/2025

Setelah membuat pemeriksaan pada aplikasi YouTube studio, saya dapati hanya satu sahaja klip video pendek saya yang jumlah tontonannya telah mencecah sejuta setakat ini seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Video pendek tersebut hanya berdurasi 9 saat sahaja dan anda boleh tonton di sini.

Menurut YouTube studio, lokasi yang popular menonton channel saya ialah India seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Monday, 16 October 2023

How to sign out of YouTube account on mobile

Umum tahu bahawa kita harus 'sign out' atau 'log out' aplikasi selepas digunakan bagi mengelak daripada digodam atau sebarang penyalahgunaan oleh pihak lain selain tuan punya akaun.

1. Pilih 'App info'... (Press & hold YouTube icon)

Pernahkah anda terfikir untuk 'sign out' akaun YouTube anda setelah digunakan?

2. Pilih 'clear data'...

Saya telah mencari butang 'sign out' pada aplikasi YouTube dan ianya gagal ditemui.

3. Pilih 'Clear all data'...

Saya juga telah merujuk kepada Google untuk mengetahui cara-cara 'sign out' akaun YouTube namun menemui jalan buntu berikutan aplikasi terbarunya kini tidak dilengkapi dengan kemudahan 'sign out'.

4. Klik 'OK'...

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah langkah-langkah yang saya lakukan untuk 'sign out' akaun YouTube.

Siap...

Selamat mencuba...

Sunday, 25 December 2022

Copyright strike - YouTube

Baru-baru ini saya telah menerima e-mail dari 'youtube team' memberitahu salah satu klip video yang telah saya muatnaik beberapa bulan lalu melanggar terma dan syarat hak cipta (copyright).

Untuk pengetahuan semua, klip video tersebut saya terima melalui aplikasi whatsapp dan telah diubahsuai dengan tajuk 'Tun Mahathir - Grandmaster of treachery'. Tujuan saya muatnaik klip video tersebut ialah untuk dimasukkan ke dalam salah satu artikel di sini.

Klip video yang dimuatnaik telah saya padam (delete) bagi mengelak akaun youtube saya daripada dikenakan 'copyright strike'.

Saya tahu klip video tersebut milik seseorang namun ketika dimuatnaik, pihak youtube memberitahu tiada issue hak cipta. Kemungkinan tuan punya klip video telah menemuinya dan melaporkan kepada youtube.

Monday, 7 November 2022

Google Adsense - Reissue payment

Beberapa bulan yang lepas saya telah menerima sekeping cek, bayaran pertama dari google adsense dan anda boleh rujuk di sini.

Last payment - Jun 21, 2022...

Masalah yang saya hadapi ialah cek tersebut tidak diterima oleh bank tempatan berikutan nama yang dicetak pada cek tidak sama dengan nama pada akaun bank saya sebab ada tambahan pada hadapan nama iaitu 'Hercules'.

Nama glamour (Hercules) bank tak terima...

Saya telah mengadu kepada pihak google adsense dan menurut mereka cek tersebut tidak perlu dipulangkan dan sebaliknya saya harus membetulkan nama (tanpa Hercules) pada rekod mereka.

Apa yang telah saya lakukan selain membuang 'Hercules' pada hadapan nama ialah tukar mode bayaran dari cek kepada bayaran terus ke akaun bank saya.

Klik 'Reissue payment'.

Pemeriksaan hari ini pada akaun google saya mendapati ada perkataan 'Reissue payment' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Menurutnya bayaran lepas iaitu $117.79 akan dikreditkan semula ke akaun google adsense saya dan bayaran akan dibuat semula mengikut jumlah semasa yang saya ada seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

klik 'Yes, reissue payment'...

Saya masih belum mendapat penyata mengatakan $117.79 telah dikembalikan ke akaun google adsense saya lagi setakat ini.

Wednesday, 27 July 2022

Google AdSense payment

Semalam ketika pulang kerja, saya jumpa sepucuk surat di dalam peti surat kiriman dari Sweden seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah dibuka, di dalamnya ialah sekeping cek berniliai USD117.79 hasil pendapatan dari blogger & youtuber saya selama ini dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

USD117.79

Tarikh cek tersebut ialah 22/6/2022 dan saya tidak pasti bila ianya dikirim. Yang pasti ia mengambil masa lebih dari sebulan untuk sampai ke tangan saya.

Saya bercadang membuka sebuah 'foreign currency account' (jika ada) khas untuk menyimpan pendapatan sebagai blogger & youtuber sebab matawang kita semakin menyusut sekarang dan tidak bernilai lagi.

Sunday, 26 June 2022

Withholding Tax - Google AdSense

Hujung bulan lepas saya berjaya menjana pendapatan melalui Google AdSense dengan jumlah terkumpul mencecah $100 dan layak mendapat bayaran.

Tax Witholding - $2.24

Sebelum pihak Google AdSense membuat bayaran, mereka akan memotong sejumlah wang iaitu 'withholding tax' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Jun 2022 - $117.79

Jumlah wang yang bakal saya terima ialah $117.79 setelah ditolak 'withholding tax' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Akhirnya...

Dalam masa yang sama pihak Google AdSense juga telah menghantar e-mail kepada saya memberitahu bayaran melalui cheque telah dihantar dan akan tiba dalam masa 5 hari.

May 2022

Saya tidak pasti kenapa mereka memotong sejumlah wang untuk 'withholding tax' seperti di atas. Mungkinkah 'witholding tax' tersebut adalah potongan cukai pendapatan dan akan dibayar kepada LHDN?

Sunday, 15 May 2022

YouTubers vs Blogger

Saya mula menulis blog pada tahun 2012 sebab diberitahu boleh menjana pendapatan sebagai blogger melalui google adsense.

Google adsense bermula ogos 2019

Akaun google adsense cuma mula menjana pendapatan pada penghujung bulan ogos 2019. Sebelum itu saya pernah mendapat kelulusan akaun google adsense namun hanya bertahan beberapa hari sahaja dan telah di 'banned' selepas itu tanpa diketahui puncanya.

YPP - mulai mac 2022

YouTube Partner Program (TPP) pula hanya bermula pada penghujung bulan mac tahun ini atau lebih tepat mulai 28/03/2022.

April 2022

Pendapatan yang dijana melalui blog sejak ogos 2019 sehingga 30/04/2022 cuma $76.12 sahaja namun YPP mampu menjana $21.40 (Mac - $1.04 & April - $20.36)  mulai 28/3/2022 sehingga 30/04/2022.


Tujuan asal akaun YouTube saya ialah untuk memuat naik video bagi kegunaan blog sahaja namun kini YouTube boleh menjana pendapatan lebih cepat berbanding menulis blog.

As at 30/4/2022

Mungkin selepas ini saya perlu beri tumpuan lebih kepada YPP berbanding blog...

Sunday, 8 May 2022

YouTube Partner Program (YPP) - Monetization

Saya telah layak menyertai YouTube Partner Program (YPP) pada penghujung bulan Mac dan mulai menjana pendapatan pada 29/03/2022 iaitu sebanyak RM0.82 sahaja untuk hari pertama.

as at 02/05/2022

Saya cuma menjana sebanyak RM4.38 sahaja untuk bulan Mac (3 hari) dan telah saya kongsikan di sini.

April - RM87.33

Bulan lepas (April) saya telah berjaya menjana sebanyak RM87.33 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jumlah terbanyak yang berjaya saya jana dalam sehari ialah pada 29/04/2022 iaitu sebanyak RM6.16 seperti boleh dilihat pada gambar graf tangkap layar di atas.

Semoga YouTube Partner Program saya terus maju dari sehari ke sehari dan terima kasih kepada semua yang telah menyokong selama ini.

Anda boleh melayari akaun YouTube saya di sini.

Sunday, 3 April 2022

Monetization (YPP)

Baru-baru ini saya telah layak menyertai YPP (YouTube Partner Program) dan telah saya kongsikan di sini. Anda boleh melayari akaun YouTube saya di sini.

March - RM4.38 (estimated)

Saya hanya mendapatkan kelulusan pada 29/3/2022 dan mulai menjana pendapatan dari klip-klip video yang dimuat naik selama ini di YouTube.

28/3/2022 - RM0.00

Hari pertama (29/3/2022) saya dapat RM0.82 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

29/3/2022 - RM0.82

Hari ke-2 (30/3/2022) pula saya dapat RM1.62 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

30/3/2022 - RM1.62

Hari terakhir pada bulan Mac (31/03/2022) saya dapat RM1.94 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

31/3/2022 - RM1.94

Jumlah pendapatan saya pada 3 hari sahaja di bulan Mac ialah sebanyak RM4.38 (0.82 + 1.62 + 1.94).

RM4.36 + RM0.01 = RM4.37

Saya tidak pasti bagaimana pendapatan harian tersebut dijana dan gambar-gambar di atas dan di bawah saya ambil dari akaun YouTube saya.

March - RM4.37

Sehingga blog ini ditulis, saya hanya mempunyai 1024 pengikut (subscriber) sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Semoga penjanaaan pendapatan serta jumlah pengikut pada YPP saya akan terus meningkat dari sehari ke sahari.

Wednesday, 30 March 2022

YouTube Partner Program (YPP)

Akaun YouTube saya telah didaftar pada 18/01/2007 namun tidak aktif sehingga penghujung tahun lepas.

27/03/2022

Tujuan asal saya daftar akaun YouTube ialah ingin menjana pendapatan namun tiada pengikut (subscriber) dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Joined 18/01/2007...

Tahukah anda bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui YouTube partner program (YPP) dengan syarat harus mempunyai sekurang-kurang 1,000 pengikut dan jumlah tontonan sekurang-kurangnya 4000 jam?

26/03/2022

Saya tidak pasti kenapa tiba-tiba pengikut di YouTube saya bertambah saban hari tanpa disedari dan begitu juga dengan jumlah masa tontonan.

Pada mulanya saya mendaftar YouTube hanya untuk memuat naik video bagi kegunaan di blog ini sahaja.

28/03/2022 (apply now)

Jumlah pengikut mencecah seribu pada 27/03/2022 dan jumlah tontonan mencecah empat ribu jam pada hari berikutnya, 28/03/2022.

Step 1 - Done

Saya juga telah memohon YouTube partner program pada 28/03/2022 dan kini masih menunggu kelulusan.

Step 2 - in progress

Tempoh kelulusan adalah dalam jangkamasa sebulan dari tarikh permohonan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Step 3 - Not started

Syarat-syarat menyertai YouTube partner program boleh dibaca pada gambar di bawah.

YouTube partner program terms

Saya telah mendapat kelulusan YouTube partner program melalui email pada 29/03/2022.

YPP mulai 29/03/2022

Semoga segala urusan dipermudahkan selepas ini...

30/03/2022

Anda boleh melayari akaun YouTube saya di sini.