Monday 7 November 2022

Google Adsense - Reissue payment

Beberapa bulan yang lepas saya telah menerima sekeping cek, bayaran pertama dari google adsense dan anda boleh rujuk di sini.

Last payment - Jun 21, 2022...

Masalah yang saya hadapi ialah cek tersebut tidak diterima oleh bank tempatan berikutan nama yang dicetak pada cek tidak sama dengan nama pada akaun bank saya sebab ada tambahan pada hadapan nama iaitu 'Hercules'.

Nama glamour (Hercules) bank tak terima...

Saya telah mengadu kepada pihak google adsense dan menurut mereka cek tersebut tidak perlu dipulangkan dan sebaliknya saya harus membetulkan nama (tanpa Hercules) pada rekod mereka.

Apa yang telah saya lakukan selain membuang 'Hercules' pada hadapan nama ialah tukar mode bayaran dari cek kepada bayaran terus ke akaun bank saya.

Klik 'Reissue payment'.

Pemeriksaan hari ini pada akaun google saya mendapati ada perkataan 'Reissue payment' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Menurutnya bayaran lepas iaitu $117.79 akan dikreditkan semula ke akaun google adsense saya dan bayaran akan dibuat semula mengikut jumlah semasa yang saya ada seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

klik 'Yes, reissue payment'...

Saya masih belum mendapat penyata mengatakan $117.79 telah dikembalikan ke akaun google adsense saya lagi setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.