Showing posts with label COVID-19. Show all posts
Showing posts with label COVID-19. Show all posts

Sunday, 25 September 2022

Rambut panjang CoVid-19

Kali terakhir saya menggunting rambut ialah kira-kira dua tahun yang lepas dan telah saya kongsikan di sini.

24/09/2022

Setelah dua tahun tersimpan rambut sebab takut ke kedai gunting rambut sewaktu pandemik CoVid-19 menular seluruh pelusuk dunia, semalam saya telah gunting rambut panjang saya.

Panjang rambut yang berjaya saya simpan boleh dilihat pada gambar di atas. Ini merupakan rambut yang terpanjang pernah saya simpan sejak lahir sehingga semalam.

24/09/2022 (sebulum digunting)

Kini saya faham kenapa ramai perempuan memilih untuk berambut pendek sebab nak jaga rambut bukan kerja yang senang.

Banyak kekangan yang perlu diharungi dan sewaktu permulaan menyimpan rambut adalah paling mencabar. Antara cabarannya ialah:-

  1. Air masuk telinga sewaktu mandi dan boleh menyebabkan jangkitan kuman 
  2. Kos memotong rambut setiap bulan lebih murah berbanding kos membeli pencuci rambut (shampoo) sewaktu rambut panjang
  3. Sewaktu mula simpan rambut, nak ikat pun tak dapat sebab tak cukup panjang dan berserabut bila ditiup angin 
  4. Bilik mandi sumbat sebab rambut yang gugur sewaktu mandi/cuci rambut terperangkap pada 'floor trap' 
  5. Rambut panjang harus diikat sewaktu turun kerja supaya nampak kemas. Jika pengikat rambut putus atau hilang boleh gila dibuatnya...
  6. Termakan rambut sendiri sewaktu makan jika rambut tidak diikat 
  7. Banyak masa terbuang untuk keringkan rambut yang basah
20/12/2021

Untuk pengetahuan semua kos menggunting rambut kini juga semakin mahal selepas pandemik CoVid-19 melanda dunia. Dulu RM5 sahaja untuk gunting rambut namun kini telah dinaikkan menjadi RM7.

Jika ke kedai gunting rambut, harganya kini mencecah belasan ringgit hingga puluhan ringgit. Kedai gunting yang beroperasi tidak jauh dari rumah saya mengenakan cas seperti berikut:-

  1. RM10 untuk pelajar berusia 12 tahun ke bawah 
  2. RM13 untuk pelajar 12 tahun ke atas 
  3. RM13 untuk cukur botak 
  4. RM15 untuk dewasa 

Saya tidak pasti berapa harganya jika mengunjungi kedai salon berhawa dingin yang dibuka di pasaraya (shopping mall).

15/6/2021

Sewaktu saya di bangku sekolah, rambut saya digunting percuma setiap bulan oleh datuk saya.

Setelah datuk meninggal dunia, saya mula menggunting rambut di kedai gunting dengan harga RM3 sahaja.

Saya banyak kali terkena kos menggunting rambut 3 kali ganda dari biasa sewaktu dekat perayaan tahun baharu cina.

Saya juga perasan, ramai wanita berambut panjang sewaktu bujang dan memotong pendek setelah berumah tangga. Bila telah berusia atau berpangkat nenek, majoriti akan mengkerintingkan rambut mereka. Kenapa?

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 9 August 2022

Dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19

Hujung bulan lepas saya telah membuat temujanji untuk dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19 namun telah hilang dari sistem mysejahtera dua hari selepas itu dan telah saya kongsikan di sini.

Beberapa hari selepas itu saya cuba daftar lagi dan temujanji ialah pada 09/08/2022. Setelah pendaftaran telah berjaya perkara yang harus kita lakukan ialah isi 'digital consent' pada aplikasi mysejahtera dan hantar (submit).

Semalam pihak klinik telah menelefon saya untuk menukar temujanji dari 09/08/2022 ke 08/08/2022 dan setibanya di klinik, pendaftaran mysejahtera pula gagal sebab tarikh berbeza seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

COMIRNATY

Semuanya berjalan lancar seperti sebelumnya dan simpton yang dialami sama seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini. Saya tiba di klinik tepat pukul 1pm dan disuntik kira-kira pukul 1:45pm namun rekod pada aplikasi mysejahtera menyatakan saya disuntik pada pukul 8 pagi.

Selesai...

Ini pandangan pribadi saya. Tujuan kerajaan menurunkan kelayakan usia untuk dos penggalak ke-2 dari 60 tahun ke 50 tahun adalah disebabkan kes positif CoVid-19 meningkat kebelakangan ini dan berharap dengan dos penggalak ke-2 ianya boleh menurunkan jumlah kes.

Setahu saya virus CoVid-19 telah bermutasi sejak mula menular di seluruh dunia seperti variant alfa, beta, omicron serta sub-variant masing-masing dan sebagainya. Saya juga yakin vaksin yang saya dapat semalam adalah sama dengan dos pertama, dos ke-2 serta dos penggalak pertama sebelumnya.

Mungkinkah vaksin yang sama mampu menangani variant serta sub-variant terbaharu yang ada ketika ini?

Selagi percuma, cucuk saja lah...

Saturday, 6 August 2022

Kenaikkan harga makanan selepas pandemik CoVid-19

Sejak wabak CoVid-19 melanda dunia pada tahun 2020, macam-macam masalah muncul dan hari ini saya kongsikan kenaikan harga makanan sahaja.


Setiap hari saya makan sekali di kedai yang sama iaitu sepinggan nasi campur. Sebelum CoVid-19 melanda dunia, harga sepinggan nasi campur (satu daging + 2 sayur) ialah RM4.50 sahaja.

Ketika PKP bermula pada bulan mac tahun 2020, banyak kedai makan tidak beroperasi sebab tiada pelanggan selain SOP yang sangat ketat.

Setahun selepas pandemik CoVid-19 berlalu, kedai makan yang saya lawati setiap hari telah menaikkan RM0.50 sepinggan pada bulan Julai tahun 2021.

Pada penghujung tahun sama iaitu bulan december tahun 2021, sekali lagi harga sepinggan nasi campur dinaikkan RM0.50.

Bulan ini (ogos 2022) harga sepinggan nasi campur dinaikkan RM0.50 lagi dan kini harganya RM6.00 sepinggan. Ini merupakan kenaikkan pertama selepas negara kita masuk ke fasa endemik.

Gambar di ambil pada 03/08/2022

Itu cerita kenaikkan harga makanan, begitu juga dengan harga barang mentah seperti telur serta minyak masak. Gambar di atas saya rakam beberapa hari lepas dan kerajaan telah menetapkan harga siling untuk telur ayam semasa pada harga RM13.50 sepapan.

Label telur kayangan...

Apa yang peniaga lakukan ialah jual telur ayam yang tidak dikawal serta diperkayakan dengan omega/selenium.

AAAA - RM20.00

Siapa boleh sahkan telur tersebut telah diperkaya dengan omega/selenium?

Fikir-fikirkan...

Sunday, 31 July 2022

Dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19

Baru-baru ini kerajaan negara kita telah menurun usia layak untuk dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19 dari 60 tahun ke 50 tahun.

Temujanji melalui mysejahtera...

Temujanji boleh dilakukan sendiri jika kita telah layak melalui aplikasi mysejahtera dan memilih boleh PPV berdekatan serta tarikh mengikut kesesuaian masing-masing.

Gambar tangkap layar di atas merupakan temujanji saya untuk dos penggalak ke-2 melalui aplikasi mysejahtera didaftar pada 28/07/2022

30/07/2022

Pada pagi 30/07/2022 saya periksa semula aplikasi mysejahtera dan temujanji saya di atas telah hilang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

No slots available...

Saya cuba membuat temujanji semula namun kesemua senarai PPV berhampiran saya menyatakan 'No slots available' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

KKM serta pemimpin negara mahupun negeri melalak setiap hari meminta rakyat yang layak supaya mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan dos penggalak ke-2 namun tiada PPV yang menyediakannya

Cakap tidak serupa bikin, mungkin hanya untuk cari publisiti murahan sahaja sebab PRU dijangka akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang...

Sunday, 10 July 2022

Usia manusia sekitar 7000 - 8000 tahun

Klip video di bawah saya jumpa di laman youtube dan anda boleh tonton di sini. Berita penuh boleh dibaca di sini.

Jika benar apa yang dikhabarkan oleh ilmuan tanah air ini, saya berpandangan kisah manusia adalah ciptaan tuhan merupakan cerita donggeng atau sebuah cerita hikayat semata-mata.

Tengkorak di gua niah

Sebabnya ialah, tengkorak manusia yang ditemui di gua Niah telah mencecah 40,000 tahun.

Tengkorak di muzium niah national park...

Dinosaur yang telah pupus wujud berjuta-juta tahun yang lalu kini menjadi minyak fosil untuk kegunaan kita sekarang.

Artifak yang di bawa pulang...

Ada kata dunia dicipta dalam 7 hari sebab itu kita ada 7 hari seminggu, namun ada yang kata bukan 7 hari tetapi 7 fasa dan entah berapa lama satu fasa jika dikira dalam tahun.

Jika 7 fasa itu melibatkan berjuta-juta tahun, maka ianya telah membuktikan yang teori evolusi itu benar.

Contoh yang terbaharu melibatkan evolusi ialah corona virus yang asalnya varian alpha, kemudian bermutasi ke varian beta, omicron dan sebagainya dalam masa yang singkat.

Jadi, benarkah usia manusia cuma 7 ribu hingga 8 ribu tahun sahaja? Apa pun, usia individu manusia jarang-jarang yang mencecah 100 tahun.

Apa kata anda?

Sunday, 17 April 2022

Tersimpan rambut panjang

Sejak PKP bermula pada 18/3/2020 sehingga hari ini, saya cuma menggunting rambut saya sekali sahaja pada 17/09/2020. Sebelum PKP bermula, saya mengunting rambut sekali setiap bulan.

17/09/2020 @ 14:24:56hrs

Dari 17/09/2020 sehingga ke hari ini saya tidak mengunting rambut dan kini perlu diikat supaya kemas ketika turun bekerja.

Info gambar di atas...

Dari dahulu lagi saya tidak dapat menyimpan rambut panjang sebab akan sakit yang mungkin disebabkan oleh terlalu panas ketika rambut mulai panjang.

Berlainan kali ini, saya telah berjaya untuk tidak mengunting rambut hampir dua tahun. Tiada niat di hati untuk menyimpan rambut tetapi disebabkan pandemik CoVid-19 melanda dunia dan saya takut akan dijangkiti jika melawat kedai gunting rambut sebab ianya tertutup dan saya berpendapat ianya mudah berjangkit (jika ada).

Tambahan pula di rumah saya masih ada orang tua (bapa) yang berusia 80 tahun, jika saya terbawa virus pulang ke rumah dan menjangkiti beliau, resikonya amat berat untuk ditanggung.

Walaupun kini kita di fasa endemik, saya masih belum berani untuk ke kedai gunting rambut lagi setakat ini.

Rambut panjang sebenarnya mahal untuk dijaga sebab kos sampoo sangat tinggi. Selain daripada itu rambut panjang perlu masa untuk dikeringkan dan saya tidak suka menggunakan alat pengering rambut.

Jika anda tanya saya apa kebaikan menyimpan rambut panjang, jawapan saya ialah:-

  1. Tidak perlu melawat kedai gunting dan kos memotong rambut digunakan untuk membeli sampoo.
  2. Jimat minyak rambut sebab cuma perlu ikat rambut sahaja supaya kemas dan tidak perlu risau apa fesyen rambut.
  3. Selepas diikat tidak perlu risau rambut berserabut jika ditiup angin.

Sesuatu yang saya perasan ketika berambut panjang ialah memori ingatan saya semakin baik. Sebelum ini saya pernah mengalami masalah cepat hilang ingatan (mungkin disebabkan faktor usia) namun selepas berambut panjang, tiada masalah hilang ingatan lagi.

Mungkinkah sebahagian ingatan/memori disimpan pada rambut? Tahukah anda perempuan mempunyai daya ingatan yang lebih baik daripada lelaki? Mungkinkah rambut adalah faktornya sebab majoriti perempuan berambut panjang.

Ramai ilmuan serta para saintis berambut panjang seperti Issac Newton, Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Benjamin Franklin, Blaise Pascal dan lain-lain. Kenapa?  Apakah ianya cuma kebetulan?

Fikir-fikirkan...

Friday, 17 December 2021

Dos penggalak vaksin CoVid-19 - Pfizer

Temujanji dos penggalak (booster dose) vaksin CoVid-19 melalui aplikasi mysejahtera beberapa hari lepas telah saya kongsikan di sini.

Comirnaty (BioNTech Pfizer)

Dua hari lepas pada 15/12/2021 jam 1:08pm, saya telah menerima suntikan dos penggalak dan seperti biasa, saya disuruh rehat selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang. Simptom sama berulang ketika rehat iaitu tiba-tiba mata saya berair seperti menangis.

Booster dose - 15/12/2021


Hari berikutnya, simptom yang sama seperti ketika menerima dos ke-2 berulang dan telah saya kongsikan di sini iaitu:-

  1. Sakit seperti ditumbuk tempat dicucuk jarum
  2. Merasa haus dan minum banyak air
  3. Merasa demam namun suhu badan normal

Kali ini saya tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab suhu badan saya normal iaitu tidak melebihi 37°c walaupun merasa demam. Seperti dijangkakan, pagi ini semua kembali normal dan tidak merasa demam lagi.

Paparan pada aplikasi mysejahtera adalah seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan tidak menyatakan jenis vaksin yang diberikan.

Monday, 13 December 2021

Booster dose appointment

Saya telah lengkap 2 dos vaksin CoVid-19 jenis pfizer pada 11/06/2021 dan telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

3 notification...

'Booster dose' atau dos penggalak telah mula diberikan beberapa bulan yang lepas dan jarak tempoh dari dos ke-2 adalah berbeza mengikut jenis vaksin yang diberikan sebelumnya.

3 temujanji...

Penerima vaksin sinovac disarankan mengambil dos penggalak selepas 3 bulan dari dos ke-2 dan penerima vaksin pfizer pula hanya dibenarkan mengambil dos penggalak selepas 6 bulan dari dos ke-2.

12:27hrs (12/12/2021)

Saya telah menerima 3 notifikasi melalui sms semalam melalui aplikasi mysejahtera seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

16:12hrs (12/12/2021)

Temujanji pertama melalui notifikasi pertama ialah pada 14/12/2021 jam 11:30 pagi. Temujanji ke-2 pula telah ditukar ke 15/12/2021 jam 9 pagi.

20:32hrs (12/12/2021)

Seterusnya saya menerima notifikasi ke-3 dan temujanji dijadualkan pada 15/12/2021 jam 1 petang seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Ya/Yes

Saya telah menerima kesemua temujanji tersebut namun hanya temujanji terakhir iaitu pada 15/12/2021 jam 1 petang tertera pada aplikasi mysejahtera saya seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Final - 15/12/2021 @ 1pm

Saya tidak pasti kenapa temujanji ditukar beberapa kali namun yang pasti hanya temujanji ke-3 di atas diterima pakai.

Mungkin ini adalah kluster terbaharu, kluster mysejahtera...

Sunday, 12 December 2021

Blood Test (ujian darah)

Dua tahun yang lepas saya telah membuat ujian darah dan telah saya kongsikan di sini.

1/5

Bulan lepas sekali lagi saya telah membuat ujian darah untuk rujukkan pribadi dan keputusannya adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

2/5

Ujian darah ini saya buat bagi mengetahui status kesihatan semasa berikutan perubahan kehidupan/rutin harian yang berbeza akibat pandemik CoVid-19 sejak bulan Mac 2020.

3/5

Dalam masa yang sama, saya juga telah membuat pemeriksaan antibodi untuk Sars-Cov-2 setelah lengkap 2 dos vaksin pfizer pada 11/06/2021 dan keputusannya boleh dilihat pada gambar di bawah.

4/5

Keputusan laporan ujian darah kali ini menyaksikan beberapa kandungan yang sedikit tersasar dari julat normal iaitu:-

  1. Uric acid - 501 (208 - 428)
  2. Creatinine - 105 (59 - 104)
  3. ALT (SGPT) - 58 (<50)
  4. Urine creatinine - 28 (0.5 - 26.5)
  5. LDL - 2.62 (<2.60)
5/5

Sejak PKP bermula, saya tidak lagi bersenam seperti sebelumnya serta tidak melakukan senaman di gym berikutan tidak beroperasi dan cuma curi-curi berjogging pada hujung minggu sepanjang PKP.

Setelah bersenam di tempat awam dibenarkan pada pertengahan tahun sehingga kini, saya cuma melakukan senaman jogging seminggu sekali pada hari ahad selama kira-kira sejam. Jika hujan pada hari ahad, saya langsung tidak bersenam.

Kemungkinan besar laporan yang sedikit tersasar kali ini adalah disebabkan gaya hidup yang berbeza serta jarang bersenam sepanjang PKP pandemik CoVid-19 sejak tahun lepas.

Monday, 8 November 2021

SARS-CoV-2 antibody - CoVid-19 antibody testing

Sehingga hari ini, boleh dikatakan majoriti orang dewasa di dunia telah diberikan suntikan vaksin CoVid-19 selain mereka yang ada masalah kesihatan, kanak-kanak serta golongan antivaksin.

Baru-baru ini ramai yang telah membuat pemeriksaan di makmal ujian darah untuk mengetahui keberkesanan vaksin yang disuntik kepada kita.

Saya telah mendapat suntikan pfizer pertama pada 28/5/2021 & suntikan ke-2 pada 11/6/2021. Saya juga telah membuat ujian darah baru-baru ini dan gambar di bawah adalah laporannya.

1403.5 AU/mL = 199.3 BAU/mL

Menurut laporan di atas, jika bacaan di bawah 50 AU/mL bermaksud 'non reactive'. Bacaan yang saya dapat ialah 1403.5 AU/mL atau 199.3 BAU/mL.

Laporan di atas juga ada menyatakan bahawa jika bacaan mencecah atau lebih dari 840 AU/mL menunjukkan 'high titre of CoVid-19 convalescent plasma'.

minimum level of protection - 330 AU/mL

Saya diberitahu oleh pihak makmal bahawa bacaan minimum untuk mendapatkan perlindungan ialah 330 AU/mL.

0.68 U/mL

Untuk pengetahun semua, rakan saya yang diberi suntikan vaksin SINOVAC cuma mendapat bacaan 0.68 U/mL seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Unit yang digunakan sedikit berbeza dari laporan awal saya di atas.

Menurut nota pada laporannya, jika bacaan di bawah 0.8 U/mL bermaksud 'non reactive' atau tiada antibodi SARS-CoV-2 (CoVid-19).

Gambar di bawah merupakan bacaan dari ujian darah saya jika menggunakan unit yang sama seperti ujian rakan saya di atas.

4.95 U/mL(S/CO)  = 1403.5 AU/mL = 199.3 BAU/ml

Saya bukan pakar bidang berkaitan dengan perubatan serta ujian darah namun dari perbandingan ujian saya dan rakan saya di atas telah menjawab persolan kenapa penerima vaksin SINOVAC diutamakan sebagai penerima 'booster dose' atau dos penggalak baru-baru ini.

Penerima vaksin SINOVAC dibenarkan mengambil dos penggalak setelah 3 bulan dos ke-2 dan penerima vaksin prizer pula hanya dibenarkan mengambil dos penggalak setelah 6 bulan dos ke-2.

Di Sarawak, semua dos penggalak menggunakan vaksin pfizer. Kenapa? Saya pasti anda sudah ada jawapannya...

Thursday, 16 September 2021

Bantuan Khas CoVid-19 (BKC)

Minggu lepas saya ada menerima sms memaklumkam bahawa saya adalah penerima bantuan khas CoVid-19 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

SMS - 10/9/2021

Setelah menekan pautan yang diberikan di sini, saya layak menerima RM200 dan masih dalam proses pengkreditan.

Penerima BKC 2021,,,

Sejak dunia di landa wabak CoVid-19, saya ada menerima beberapa bantuan dan antaranya ialah:-

  1. Bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional)
  2. Bantuan bakul makanan
  3. Bantuan Sarawakku sayang (BKSS)
Fasa 1 - dikreditkan ke akaun...

Bantuan bebentuk wang ringgit yang dikreditkan ke dalam akaun tidak pernah disemak berikutan semua urusan mengemaskini di kaunter perbankan tidak dibenarkan dan saya juga tidak memiliki kad ATM atau kad debit.

Sunday, 13 June 2021

Simptom selepas dos ke-2 vaksin Pfizer

Saya telah mengambil dos ke-2 vaksin CoVid-19 jenis Pfizer pada 11/06/2021 kira-kira pukul 4:00pm.

Semalam (sehari selepas disuntik dos ke-2), saya merasa sangat haus dan minum banyak air bermula dari bangun pagi sehingga petang.

Kira-kira pada pukul 3:00pm, saya mulai berasa lenguh seluruh badan dan kulit badan terasa sangat sensitif seperti mulai demam. Saya juga dapati denyutan jantung sangat cepat dan bila saya kira denyutan nadi, ianya kira-kira 100/minit.

Keadaan semakin parah ketika saya pulang kerja dan merasa sejuk seluruh badan serta tidak merasa panas di bawah terik matahari.

Saya jarang sakit dan simptom-simptom yang ada itu adalah petanda demam melanda. Jadi, saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut sebab bimbang sesuatu yang tidak elok bakal berlaku.

Setibanya di hospital kira-kira pukul 5:00pm, saya diperiksa menyeluruh termasuk ECG. Gambar-gambar di atas merupakan laporan oleh pegawai perubatan yang memeriksa saya.

Saya diberitahu semua elok termasuk suhu badan, jantung serta paru-paru dan balik ke rumah tangan kosong tanpa sebarang ubat. Saya juga dinasihatkan supaya banyak berehat.

Menurut pegawai perubatan ianya adalah kesan dari pengambilan vaksin dan adalah normal sebab suhu badan cuma 37.2°C ketika diperiksa.


Setibanya di rumah, saya masih lagi berasa demam dan oleh kerana pegawai perubatan kata ianya bukan demam, saya mandi, makan malam dan tidur awal.

Saya hanya bangun sekali untuk kencing sepanjang malam dan bangun pagi seperti biasa pada pukul 6:00am.

Saya masih lagi berasa haus ketika bangun pagi ini dan minum banyak air sepanjang hari ini. Saya tidak lagi merasa demam namun kulit badan masih lagi berasa sensitif.

Saya tidak berasa sedemikian ketika mengambil dos pertama sebelum ini. Sakit pada bahagian dicucuk jarum juga mulai reda.

Semoga vaksin yang diambil berkesan serta boleh menghindari kita dari dijangkiti virus CoVid-19 yang melanda dunia dan belum nampak penghujungnya.

Sesuatu yang menarik perhatian saya semalam ialah keadaan hospital yang lenggang serta tidak perlu menunggu berjam-jam seperti sebelumnya. Punca hospital lenggang ialah disebabkan musim PKP dan orang yang sakit juga berkurangan.

Jadi, untuk elak dari mendapat sakit, duduk di rumah dan jangan merayau tanpa tujuan. Rumah adalah tempat yang paling selamat di dunia ini.