Tuesday, 9 August 2022

Dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19

Hujung bulan lepas saya telah membuat temujanji untuk dos penggalak ke-2 vaksin CoVid-19 namun telah hilang dari sistem mysejahtera dua hari selepas itu dan telah saya kongsikan di sini.

Beberapa hari selepas itu saya cuba daftar lagi dan temujanji ialah pada 09/08/2022. Setelah pendaftaran telah berjaya perkara yang harus kita lakukan ialah isi 'digital consent' pada aplikasi mysejahtera dan hantar (submit).

Semalam pihak klinik telah menelefon saya untuk menukar temujanji dari 09/08/2022 ke 08/08/2022 dan setibanya di klinik, pendaftaran mysejahtera pula gagal sebab tarikh berbeza seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

COMIRNATY

Semuanya berjalan lancar seperti sebelumnya dan simpton yang dialami sama seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini. Saya tiba di klinik tepat pukul 1pm dan disuntik kira-kira pukul 1:45pm namun rekod pada aplikasi mysejahtera menyatakan saya disuntik pada pukul 8 pagi.

Selesai...

Ini pandangan pribadi saya. Tujuan kerajaan menurunkan kelayakan usia untuk dos penggalak ke-2 dari 60 tahun ke 50 tahun adalah disebabkan kes positif CoVid-19 meningkat kebelakangan ini dan berharap dengan dos penggalak ke-2 ianya boleh menurunkan jumlah kes.

Setahu saya virus CoVid-19 telah bermutasi sejak mula menular di seluruh dunia seperti variant alfa, beta, omicron serta sub-variant masing-masing dan sebagainya. Saya juga yakin vaksin yang saya dapat semalam adalah sama dengan dos pertama, dos ke-2 serta dos penggalak pertama sebelumnya.

Mungkinkah vaksin yang sama mampu menangani variant serta sub-variant terbaharu yang ada ketika ini?

Selagi percuma, cucuk saja lah...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.