Saturday 29 April 2023

dyson airwarp multi-styler complete long

Awal bulan ini saya dirujuk sebuah alat mengerinting rambut berjenama dyson untuk dibuat pemeriksaan serta menentukan statusnya.

dyson airwarp multi-styler

Alat ini milik pelanggan sebuah pusat penginapan (hotel) mengadu rosak setelah digunakan dan meminta pampasan. Menurut pemilik, kali terakhir digunakan dia hanya menyedari bermasalah setelah terhidu bau hangus.

1300W - Made in Malaysia

Saya juga diberitahu plug 3-pin (plugtop) serta soket lebur setelah digunakan serta disambung kepada soket pusat penginapan tersebut.

Kelulusan SIRIM

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan pada alat mengerinting rambut tersebut selain terminal pada pin wayar hidup sahaja dengan kesan plastik yang lebur seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.

Ada kesan lebur pada pin L (Live)

Selain kesan plastik lebur pada pin L, saya juga menemui ada kesan percikan api berlaku pada salah satu bahagian pin tersebut.

Penyalut plastik lebur...

Setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang, saya dapati semuanya masih elok termasuk fius yang digunakan iaitu 13A.

Ada kesan percikan api (spark)

Saya juga telah menguji alat mengerinting rambut tersebut selama kira-kira 15 minit tanpa henti tanpa sebarang masalah.

Kesimpulan dari pemeriksaan di atas, kemungkinan masalah pin plugtop serta soket lebur adalah disebabkan:-

  1. plugtop tidak dipasang ketat kepada soket sewaktu digunakan
  2. percikan api yang berpunca dari masalah soket pusat penginapan
  3. plugtop memang telah ada kesan lebur di tempat lain sebelumnya

Saya pasti, kesan plugtop yang hanya lebur pada satu pin sahaja di atas bukan berpunca daripada akibat terlebih bebanan (overload).

Biasanya jika berlaku percikan api akan ada bunyi kedengaran tetapi pemilik tidak mendengarnya sebab bunyi motor alat mengerinting rambut itu jauh lebih nyaring serta berfrekuensi tinggi seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Saya telah mencadangkan kepada pusat penginapan bahawa jika pemilik berkeras meminta pampasan, penyelesai menang-menang ialah dengan membeli alat pengerinting rambut tersebut dari pemilik dan boleh diletak di bilik penginapan khas (VIP) mereka.

Alat mengerinting tersebut berfungsi normal setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang dan kesan percikan api juga telah saya bersihkan pada plugtop asal.

Fikir-fikirkan...

Thursday 27 April 2023

JOYROOM JR-G1 bluetooth earphones repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'earphones' berjenama JOYROOM model JR-G1 dengan masalah speaker sebelah kanan tanggal.

JOYROOM JR-G1 earphones

Earphones ini menggunakan teknologi bluetooth 5.0 tanpa wayar dan ianya buatan China.

Model: JR-G1 (G Series)

Menurut pemilik speakernya tanggal sewaktu terjatuh dan wayar penyambungnya juga putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

speaker tanggal & wayar putus...

Pemeriksaan teliti menemui dua terminal sambungan speaker dilabel R+ & R-  dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Lokasi sambungan wayar...

Masalah yang dihadapi ialah saya tidak tahu wayar +ve & -ve speaker sebab warna kedua-dua wayarnya sama.

Siap...

Saya terpaksa membuat dua kali penyambungan untuk mengesahkan sambungan +ve & -ve adalah betul. Bunyi bass jelas kedengaran jika ianya disambung dengan betul dan jika disambung terbalik, tiada bunyi bass akan kedenganran sewaktu diuji.

Jika salah satu sambungan speaker terbalik, anda akan merasa pening kepala sewaktu diuji atau menggunakannya.

Selamat berDIY...

Tuesday 25 April 2023

TOYOTA Hilux/Pickup instrument cluster repair

Dari masa ke semasa, saya sering dirujuk 'instrument cluster' kereta berjenama TOYOTA untuk di baiki.

Instrument cluster - TOYOTA Pickup

Hari ini saya kongsikan sebuah lagi 'instrument cluster' untuk TOYOTA Hilux/Pickup dengan masalah minyak telah habis namun tolok minyak masih menunjukkan kedudukan separuh.

Setelah penutup belakang dibuka...

Masalah yang sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

R306 tanggal...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar mendapati perintang R306 memberikan bacaan 73.5Ω iaitu lebih tinggi dari sepatutnya 56Ω. 

Masalah sebegini adalah disebabkan 'cold solder joint' pada perintang tersebut dan sewaktu saya mempatri semula perintang tersebut, ianya tanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Ω

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Ω

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Ω

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Ω

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Siap...

Masalah tolok minyak yang tidak menunujukkan jumlah minyak di dalam tangki selesai setelah perintang P306 telah saya pateri semula untuk membaiki masalah 'cold solder joint'.

08/03/2012

Selamat berDIY...

Sunday 23 April 2023

Wong Ing Sing - 黄仁信

Ini lah mendiang ayah saya. Nama penuh, Wong Ing Sing (黄仁). Tarikh lahir yang tertera pada kad pengenalan ialah pada 22/01/1945. Namun saya yakin itu bukan tarikh lahir sebenar sebab sejak zaman kanak-kanak lagi saya diberitahu bahawa ayah dilahirkan pada tahun kambing mengikut zodiak cina. Oleh itu ayah dilahirkan pada tahun 1943 dan bukannya 1945 seperti yang tertera pada kad pengenalan.

Ini lah mendiang ibu saya. Nama penuh, Tiong Ling Ting (張玲珍). Tarikh lahir yang tertera pada kad pengenalan ibu ialah pada 29/05/1949. Namun saya yakin itu bukan tarikh lahir sebenar ibu sebab sejak zaman kanak-kanak lagi saya diberitahu bahawa ibu dilahirkan pada tahun tikus mengikut zodiak cina. Oleh itu ibu dilahirkan pada tahun 1948 dan bukannya 1949 seperti yang tertera pada kad pengenalan.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure
Ini lah mendiang ibu saya. Nama penuh, Tiong Ling Ting (張玲珍). Tarikh lahir yang tertera pada kad pengenalan ibu ialah pada 29/05/1949. Namun saya yakin itu bukan tarikh lahir sebenar ibu sebab sejak zaman kanak-kanak lagi saya diberitahu bahawa ibu dilahirkan pada tahun tikus mengikut zodiak cina. Oleh itu ibu dilahirkan pada tahun 1948 dan bukannya 1949 seperti yang tertera pada kad pengenalan.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Begitu juga dengan tarikh lahir ayah, setahu saya zaman datuk dan nenek saya dulu-dulu semua menggunakan kalender lunar. Ini bermakna tarikh 22 Januari yang tertera pada kad pengenalan ialah tarikh mengikut kalender lunar. Dengan yang demikian tarikh lahir ayah mengikut kalendar solar ialah pada 26 Febuari 1943 dan bukannya 22 Januari 1945.



Ayah telah disahkan meninggal dunia pada 23/04/2023 pukul 19:39hrs (7:39pm).

1943 = 308 hari
Tahun lompat = 7,320 hari (20 x 366)
Bukan tahun lompat = 21,535 hari (59 x 365)
2009 = 113 hari

Ayah telah hidup selama 29,276 hari (80 tahun) di dunia ini...

Saya kini berstatus anak yatim piatu sebab kedua orang tua telah tiada. Ibu meninggal dunia 14 tahun yang lalu dan keterangan lanjutnya di sini.

Friday 21 April 2023

SHARP R-208E microwave repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk sebuah microwave seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

SHARP R-208E

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi microwave serupa dengan masalah biasa iaitu boleh dihidupkan namun tidak panas.

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang ditemui rosak ialah HV fuse dengan rating 0.5A (500mA).

HV fuse & HV diode rosak...

Pemeriksaan lanjut mendapati punca yang menyebabkan HV fius putus ialah kerosakkan pada HV diode dengan label ESJC15-10.

ESJC15-10 (HV diode)

Cara untuk mengenalpasti kerosakkan HV fuse pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Voltan bateri - 8.26v

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan bacaan voltan setelah disambung kepada HV fuse iaitu 2.487v (8.26 - 5.776) sahaja. HV diode yang elok akan menyaksikan perbezaan 3v atau lebih dengan menggunakan bateri 9v.

Voltan melalui HV diode - 5.776v

Microwave ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan HV fuse dan HV diode sahaja.

Selamat berDIY...


Wednesday 19 April 2023

Tarikh hari raya puasa 2023

Tahun lepas kita telah menyaksikan 'hari raya mengejut' yang jarang-jarang berlaku dan boleh berlaku 'once in a blue moon'.

Esok merupakan tarikh melihat anak bulan syawal di negara kita bagi menentukan tarikh hari raya puasa tahun ini.

Rentetan 'hari raya mengejut' tahun lepas, orang ramai masih beranggapan ianya mungkin serta akan berlaku lagi tahun ini.

Hari ini saya kongsikan pengetahuan saya berkaitan dengan kalendar yang saya tahu serta lazim digunakan iaitu:-

  1. kalendar suria/solar
  2. kalendar lunar
  3. kalendar islam (hijrah)

Cara menentukan kalendar ialah mengikut peredaran bulan mengeliling bumi atau peredaran bumi mengeliling matahari.

Bulan mengambil masa 27 hari 7.75 jam atau 27.322 hari untuk mengeliling bumi manakala bumi mengambil masa 365 1/4 hari untuk mengeliling matahari.

Kalendar suria/solar

Kalendar suria ialah kalendar yang kita gunakan setiap hari dan asasnya ialah tempoh yang diperlukan untuk bumi mengelilingi matahari iaitu 365 1/4 hari (365.25 hari). Ianya mempunyai 12 bulan setahun iaitu dari Januari sehingga Disember.

Secara amnya setahun ada 365 hari namun setiap 4 tahun akan ada tahun lompat yang mengandungi 366 hari. Tahun lompat terakhir ialah pada tahun 2020 dan tahun depan (2024) merupakan tahun lompat seterusnya.

Tahun lompat akan menyaksikan bulan febuari mempunyai 29 hari.

Kalendar lunar

Kalendar lunar biasanya digunakan oleh masyarakat cina atau juga dikenali sebagai 'Chinese Lunar Calander'.

Kalendar Lunar

Ianya ditentukan berdasarkan peredaran bulan mengeliling bumi. Mengikut kalendar lunar, hari di mana bulan tidak kelihatan ialah hari pertama setiap bulan dan bulan penuh/purnama ialah pada hari ke-15.

Hari pertama bulan ini menurut kalendar lunar ialah 20/04/2023 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kalendar islam (Hijrah)

Kalandar islam atau juga dikenali sebagai kalendar hijrah juga berpandukan pergerakan bulan mengeliling bumi dan perbezaannya dengan kalendar lunar ialah hari pertama setiap bulan.

Kalendar islam/hijrah

Hari pertama kalendar islam/hijrah ialah hari pertama bulan sabit kelihatan. Jadi perbezaannya dengan kalendar lunar biasanya hanya sehari sahaja.

Hari pertama kalendar islam/hijrah tahun ini jatuh pada 22/04/2023 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di atas saya ambil di sini.

Tarikh Hari Raya Puasa 2023 (1 syawal)

Dari maklumat di atas, peluang 'hari raya mengejut' tahun ini tetap ada sebab peluang anak bulan kelihatan pada 20/04/2023 ialah 50/50. Ini disebabkan perbezaan lokasi (longitude/latitude) masing-masing. Masa melihat anak bulan juga berbeza mengikut lokasi masing-masing dan menjadi faktor anak bulan kelihatan atau tidak.

Ianya seperti kejadian gerhana di mana matahari atau bulan akan dilindung oleh bumi pada ketika tertentu dan perbezaannya ialah gerhana hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan tidak semua lokasi boleh menyaksikan gerhana penuh disebabkan perbezaan lokasi (longitute/latitude) masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, Indonesia telah menetapkan tarikh 1 syawal pada 21/04/2023. UAE juga meramalkan tarikh 1 syawal akan jatuh pada 21/04/2023.

Saya meramalkan tarikh 1 syawal di negara kita pada 22/04/2023 sebab tarikh melihat anak bulan ialah pada 20/04/2023 yang juga merupakan hari pertama kalendar lunar. Anak bulan tidak kelihatan pada hari pertama kalendar lunar.

Jika anak bulan tidak kelihatan pada 20/4/2023 (termasuk jika cuaca buruk), kaedah rukyah dan hisab akan digunakan iaitu dengan menggenapkan puasa selama 30 hari. Maksudnya had maksima berpuasa ialah 30 hari.

Tarikh mula berpuasa tahun ini ialah pada 23/3/2023 dan jika kaedah rukyah & hisab terpaksa digunakan, hari terakhir berpuasa (30 hari) ialah pada 21/04/2023.

Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh 1 syawal esok...

Sunday 16 April 2023

JVD DR30-DCB minibar repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk minibar seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: JVD

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu dirujuk minibar serupa dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: DR30-SCB

Pemeriksaan awal mendapati ada kesan letupan komponen pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kesan meletup di bawah papan litar...

Selain kesan leptupan, satu litar yang disambung kepada terminal lampu (lamp) juga putus seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar putus pada papan litar...

Kesan letupan tersebut adalah berpunca dari litar pintas berlaku pada sebiji triac yang berlabel BTA208-600D dan lokasinya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas tiac BTA208-600D

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan lain selain litar putus serta litar pintas pada sebiji triac sahaja.

Gantikan triac yang baharu...

Gambar di atas menunjukkan triac telah saya gantikan dengan yang baharu dan gambar di bawah menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali menggunakan wayar.

Sambung litar yang putus...

Minibar ini berjaya diselamatkan setelah kerosakkan di atas telah saya baiki dan ianya masih boleh digunakan semula.

rintangan sensor suhu - 2kΩ

Kesimpulan kerosakkan di atas adalah disebabkan litar pintas berlaku secara tidak sengaja sewaktu menukarkan lampu di dalam minibar sebab litar ke bahagian lampu putus.

rintangan elemen pemanas - 758Ω

Untuk pengetahuan semua, bekalan elektrik ke lampu LED di dalam minibar ialah 240vac, jadi pastikan anda padam suis sebelum menukarkan lampunya untuk mengelak daripada direnjat elektrik.

Selamat berDIY...

Thursday 13 April 2023

Mengemis

Semalam (12/04/2023), saya telah melakukan sesuatu yang di luar kawalan iaitu secara tidak sengaja telah memecahkan suis loceng di tempat kerja.

12/04/2023

Saya dikehendaki memakai pakaian seragam setiap hari sewaktu bekerja dan perlu menuntutnya di bahagian dobi tempat bekerja.

Sejak hari pertama saya melaporkan diri bekerja, saya diberitahu bahawa jika tiada kakitangan yang menguruskan pakaian seragam, saya perlu panggil mereka dengan menekan suis loceng.

Hari berikutnya sewaktu menuntut pakaian seragam, walaupun ramai kakitangan di tempat menuntut pakaian seragam, saya disuruh menekan loceng untuk mendapatkan pakaian. Maksudnya, walaupun mereka berada di situ tetapi bukan tugas mereka menguruskan pakaian seragam.

Sejak itu, saya akan menekan suis loceng setiap kali turun bekerja untuk mendapatkan pakaian seragam. Dari masa ke semasa, walaupun suis loceng telah ditekan, tiada kakitangan yang berurusan dan harus menunggu serta menekan suis loceng berulang kali.

Kadang-kadang saya lepas geram juga dengan menekan suis loceng berulang-ulang tanpa henti untuk memanggil mereka dan saya tahu mereka tidak gembira. Macam-macam alasan yang mereka bagi seperti tidak cukup kakitangan, kakitangan masih baru dan sebagainya. Saya juga banyak kali terlepas cakap dengan meninggikan suara sebelum ini.

Kebelakangan ini masalah tiada kakitangan yang mengurus pakaian seragam semakin serius dan kemuncaknya berakhir dengan kejadian semalam di mana saya telah mengetuk suis loceng dengan tangan sebab telah banyak kali memanggil mereka namun tiada yang mengurus pakaian seragam dan ianya telah pecah seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Berikutan itu saya disuruh mengisi borang 'staff explaination form' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Saya tahu merosakkan harta syarikat adalah satu kesalahan dan saya bersedia untuk menggantikannya namun apa yang berlaku, suis tersebut telah dibuka keseluruhannya selepas saya membeli suis yang baharu.

Suis baharu...

Pada sebelah petangnya saya telah dipanggil bertemu dengan jabatan sumber manusia untuk siasatan lanjut dan saya telah beritahu semua seperti di atas. Dalam masa yang sama saya telah mencadangkan kepada mereka untuk mengatasi masalah yang tiada berpenghujung sejak saya mula bekerja di situ iaitu:-

  1. Saya membawa pakaian pulang ke rumah dan cuci pakaian seragam sendiri
  2. Saya dibenarkan bekerja tanpa pakaian seragam

Kesemua cadangan saya ditolak dan sebaliknya saya disuruh mengawal 'tahap kemarahan' agar tidak hilang kawalan lagi.

12/04/2023

Pagi ini (13/04/2023) sewaktu menuntut pakaian seragam, ianya telah tersedia di atas meja siap dengan label dan tidak perlu memanggil mereka lagi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sehingga blog ini ditulis, saya belum lagi menerima sebarang tindakan susulan seperti surat amaran atau dibuang kerja dan sebagainya namun saya bersedia untuk menerima sebarang hukuman.

Untuk makluman semua, perkara ini telah banyak kali saya hadapi namun saya tidak mengadu kepada kepada jabatan sumber manusia sebab saya tahu akan ada yang tidak gembira selain perlu berhadapan dengan mereka setiap hari sewaktu turun bekerja.

Dalam masa yang sama, saya juga merasa seolah-olah perlu mengemis pakaian daripada mereka untuk mendapatkan pakaian seragam.

Saya masih berpendapat kita digaji oleh majikan untuk menjalankan tugas serta menyelesaikan masalah tertentu dan bukan mengemis pakaian untuk bekerja.

Setiap hari kita turun bekerja untuk cuba sedaya upaya melaksanakan sebanyak mungkin tugas yang ada namun disebabkan perlu mengemis pakaian seragam sebelum mula bertugas, ianya telah mengakibatkan 'mood' seharian terjejas.

Bagaimana pekerja boleh memberi khidmat yang baik jika 'mood' seharian tidak baik?

Kadang-kadang saya tersinggung juga sebab jika pelanggan yang mengadu, pihak syarikat akan serta merta mengambil tindakan namun masalah pekerja tidak diendahkan seolah-olah pekerja perlu mengemis kepada mereka.

Mungkin pihak syarikat juga perlu mengemis dari pelanggan dan dalam masa yang sama melakukan benda yang sama terhadap pekerja.

Fikir-fikirkan...

Tuesday 11 April 2023

Lampu brek Perodua Kelisa - T20 (12v/21w)

Kali terakhir saya gantikan lampu brek ialah kira-kira 11 tahun yang lalu dan telah saya kongsikan di sini.

T20 (12v/21w)

Baru-baru saya dapati hanya lampu brek ke-3 sahaja menyala apabila pedal brek ditekan. Kedua-dua lampu brek (kiri dan kanan) gagal berfungsi.

Testing...

Pemeriksaan pada lampu brek mendapati salah satu filemen pada mentol telah putus dan masalah selesai setelah mentolnya telah saya gantikan dengan yang baharu.

Filamen putus...

Harga sebiji mentol kini masih RM5 seperti 11 tahun yang lalu.

Selamat berDIY...

Saturday 8 April 2023

MPEX MPSR-35-24V-MAN SMPS repair

Hari ini saya dirujuk sebuah SMPS (switching mode power supply) berjenama MPEX, model MPSR-35-24V dengan masalah voltan output kira-kira 17v sahaja.

MPEX MPSR-35-24V-MAN

Menurut label, voltan output SMPS ialah 24v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

24v, 1.5A

SMPS yang masih boleh menghasilkan voltan output biasanya senang dibaiki dan biasanya melibatkan kapasitor yang rosak.

17.52v sahaja

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, dua komponen yang didapati terbakar ialah seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen terbakar...

Perintang telah putus dan kapasitor pula mengalami litar pintas dengan bacaan 26Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kapasitor yang elok tidak seharusnya ada bacaan keterusan bila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Litar pintas pada kapasitor 331k

Kedua-dua perintang dan kapasitor yang terbakar disambung selari ke terminal C (Collector) serta E (Emitter) pada transistor.

Perintang 12Ω

Pemeriksaan menyeluruh mendapati 3 biji kapasitor output dengan nilai 470uf, 35v juga rosak serta perlu ditukar dan saya gantikan dengan sebiji kapasitor 1500uf, 35v.

Gantikan semua komponen yang rosak...

SMPS ini berjaya di selamatkan setelah kesemua komponen yang ditemui rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Testing - 24v

Selamat mencuba...