Showing posts with label BUFFALO. Show all posts
Showing posts with label BUFFALO. Show all posts

Monday, 4 May 2026

Short circuit BUFFALO KW53 rice cooker

Periuk nasi ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. 

Kenapa bacaan keterusan negatif???

Kali ini dia kembali dengan masalah litar pintas atau seluruh rumah bergelap sejurus sahaja suis dihidupkan.

Walaupun bacaan rintangan keterusan sedikit sahaja (mega ohm) seperti boleh dilihat pada gambar di atas, namun ianya cukup untuk MCB/RCCB di rumah kita putuskan bekalan elektrik.

Buka penutup bawah...

Pemilik ada memberitahu saya ianya bermula setelah bertukar kepada beras haryanna yang memerlukan air lebih banyak berbanding beras lain.

Buka penutup tepi...

Pemeriksaan pada bahagian bawah sebelah dalam serta tepi mendapati ada bekas lelehan masakan namun ianya kering serta tiada litar pintas bila diukur menggunakan multimeter.

Cabut penutup atas...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya mendapati litar pintas berpunca dari bahagian penutup periuk nasi.

Setelah penutup bahagian atas dibuka...

Gambar di atas adalah keadaan bahagian dalam penutup setelah dibuka dan kelihatannya seolah-olah telah berkarat.

Buka untuk dibersihkan...

Setelah dibersihkan, ianya tidak berkarat dan warna yang kelihatan seperti karat itu adalah kulat/fungus tumbuh di permukaan makanan yang dimasak melekat padanya.

Setelah dibersihkan...

Setelah dibersihkan, pelekat aluminium yang digunakan untuk melekat elemen pemanas juga turut tanggal serta reput.

Sambungan elemen pemanas...

Sebelum elemen pemanas dilekat kembali, saya tutup bahagian penyambung menggunakan silikon agar air/wap tidak masuk ke dalam elemen (jika ada).

Tutup guna silikon...

Pelekat aluminium yang saya guna dibeli di kedai MrDIY seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pelekat aluminium...

Masalah litar pintas selesai dan periuk nasi ini berjaya diselamatkan buat kali ke-2. Saya tidak pasti bagaimana bahan masakan boleh berada pada bahagian penutup sebegitu banyak dan saya yakin ianya bukan berlaku dalam masa yang singkat.

Siap...

Keterangan lanjut telah saya ringkaskan serta boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

Thursday, 3 April 2025

BUFFALO KW26 rice cooker repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk periuk nasi serupa dan anda boleh rujuk di sini.

Menurut pemilik, masalah periuk nasi ini ialah langsung tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan arus elektrik.

Pemeriksaan awal pada wayar kabel, fiusnya elok dan tiada masalah keterusan (continuity).

Seterusnya saya buka penutup bahagian bawah dan gambar di atas ialah keadaan di dalamnya.

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan di antara wayar coklat & merah.

Setelah dibuka dan di keluarkan, ianya disambung sebiji thermal fuse dengan rating 10A, 172°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Periuk nasi boleh dihidupkan setelah thermal fuse yang rosak telah diganti namun hanya backlight berwarna biru sahaja menyala namun tiada paparan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Menurut 'user manual', masalah sedemikian adalah disebabkan bateri lithium yang digunakan untuk menyimpan data serta bertindak sebagai memori perlu diganti.

Nombor rujukkan bateri lithium tersebut ialah CR2477 dengan voltan 3v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

CR2477 lithium battery...

Pemeriksaan pada bateri tersebut mendapati ianya telah rosak dan bacaan voltan sangat rendah iaitu di bawah 1v sahaja.

Untuk rekod, gambar di atas dan di bawah ialah bacaan rintangan elemen pemanas dan thermistor yang digunakan oleh periuk nasi ini.

Selamat berDIY...

Friday, 6 May 2022

BUFFALO KW53 1.8L rice cooker repair

Semalam saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama BUFFALO, model: KW53 dengan masalah tidak memasak & cuma 'keep warm' sahaja.

BUFFALO KW53

Ketika saya mengujinya, 'keep warm' berfungsi namun bila butang memasak ditekan, lampu indikator menyala seketika dan padam seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah periuk nasi seperti ini biasanya adalah disebabkan suis untuk 'cook' dan 'keep warm' rosak. Suis tersebut merupakan komponen 'wear and tear' dan perlu diganti bila tiba waktunya.

Model: KW53

Periuk nasi ini adalah buatan Korea seperti boleh dilihat pada gambar label di atas dengan kuasa 650w ketika memasak dan 83w ketika 'keep warm'.

Setelah penutup bawah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya adalah pada sebiji suis yang dipanggil 'micro switch' atau ada yang memanggilnya 'limit switch' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Micro switch rosak...

Gambar di bawah diambil setelah 'micro switch' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gantikan micro switch yang baharu...

Percaya atau tidak, walaupun periuk tersebut jenama buatan Korea namun suis yang digunakan adalah buatan China.

China...

Masalah tidak memasak pada periuk nasi ini selesai dan telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan 'micro switch' sahaja.

Selamat mencuba...

Monday, 7 February 2022

E3 error code on BUFFALO KW26 rice cooker repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah periuk nasi (rice cooker) berjenama BUFFALO, model: KW26 dengan masalah mengeluarkan kod E3 setelah beberapa minit digunakan.

BUFFALO KW26

Ini merupakan periuk nasi yang menggunakan papan litar dan ianya berbeza dengan periuk nasi yang pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini.

Model: KW26

Menurut pemilik, ianya boleh memasak namun akan menghasilkan kod E3 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah beberapa minit dihidupkan dan semua butang tidak berfungsi lagi jika ditekan selepas itu.

E3

Menurut carian saya pada google, E3 adalah disebabkan oleh panas melampau (overheat) namun sedikit pelik sebab periuk hanya dihidupkan beberapa minit sahaja. Mungkinkah ianya panas melampau begitu cepat?

Setelah penutup bawah dibuka...

Pada mulanya saya mengesyaki ada kerosakkan pada 'sensor' dan setelah dibuka bahagian bawahnya untuk membuat pemeriksaan, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak pada papan litar.

Buka skru pada bahagian belakang periuk...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati ada dua pasang wayar yang disambung ke bahagian penutup atas periuk dan berwarna merah serta biru.

Wayar berwarna biru putus...

Apabila saya buka penutup bahagian belakang, saya menemui salah satu wayar biru putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Wayar yang putus...

Wayar tersebut putus adalah disebabkan terletak pada bahagian yang sentiasa bergerak apabila penutupnya dibuka serta ditutup.

Sambung kembali dengan pateri...

Untuk pengetahuan semua, periuk nasi ini telah berjaya diselamatkan setelah wayar yang putus di atas telah saya sambung kembali dan diuji tanpa kod E3 menyala lagi.

Siap...

Seterusnya saya cuba pula dengan membuka wayar merah pada papan litar dan apabila diuji, kod E2 pula muncul. Jadi, jika anda mempunyai periuk nasi seperti ini dengan kod E2 atau E3, masalahnya ialah disebabkan wayar ke bahagian penutupnya putus.

Selamat mencuba...

Saturday, 20 November 2021

TOROS (BUFFALO SELECTION) HA-02A roaster repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'roaster' atau 'air fryer' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

TOROS (BUFFALO SELECTION) HA-02A

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi 'roaster/air fryer' yang serupa namun jenama serta model yang berbeza seperti boleh dilihat pada label pada gambar di bawah.

Model: HA-02A

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah dua butang pada keypad tidak berfungsi bila ditekan tetapi ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun pemanas tidak menyala.

Wayar neutral tanggal...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati salah satu wayar pemanas tanggal dengan mudah apabila ditarik dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Pendawaiaan pada PCB...

Wayar tersebut merupakan terminal neutral dan disambung bersama dengan kipas serta wayar putih yang dilabel 'com' pada papan litar.

Sambung ke wayar 'com'...

Setelah wayar tersebut disambung kembali serta diuji, kini pemanas boleh menyala dan terdapat beberapa butang memang tidak berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Setelah keypad dibuka serta diperiksa satu per satu menggunakan multimeter, saya menemui 3 biji 'tact switch' tidak ada keterusan (continuity) apabila ditekan.

Keypad...

Lokasi ketiga-tiga 'tact switch' yang bermasalah telah saya tandakan pada gambar di bawah. 'Tact switch' yang bermasalah tidak dapat diselengara dan harus digantikan dengan yang baharu.

Tact switch rosak...

'Toaster' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi sepenuhnya setelah 3 biji 'tact switch' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...