Monday, 7 February 2022

E3 error code on BUFFALO KW26 rice cooker repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah periuk nasi (rice cooker) berjenama BUFFALO, model: KW26 dengan masalah mengeluarkan kod E3 setelah beberapa minit digunakan.

BUFFALO KW26

Ini merupakan periuk nasi yang menggunakan papan litar dan ianya berbeza dengan periuk nasi yang pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini.

Model: KW26

Menurut pemilik, ianya boleh memasak namun akan menghasilkan kod E3 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah beberapa minit dihidupkan dan semua butang tidak berfungsi lagi jika ditekan selepas itu.

E3

Menurut carian saya pada google, E3 adalah disebabkan oleh panas melampau (overheat) namun sedikit pelik sebab periuk hanya dihidupkan beberapa minit sahaja. Mungkinkah ianya panas melampau begitu cepat?

Setelah penutup bawah dibuka...

Pada mulanya saya mengesyaki ada kerosakkan pada 'sensor' dan setelah dibuka bahagian bawahnya untuk membuat pemeriksaan, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak pada papan litar.

Buka skru pada bahagian belakang periuk...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati ada dua pasang wayar yang disambung ke bahagian penutup atas periuk dan berwarna merah serta biru.

Wayar berwarna biru putus...

Apabila saya buka penutup bahagian belakang, saya menemui salah satu wayar biru putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Wayar yang putus...

Wayar tersebut putus adalah disebabkan terletak pada bahagian yang sentiasa bergerak apabila penutupnya dibuka serta ditutup.

Sambung kembali dengan pateri...

Untuk pengetahuan semua, periuk nasi ini telah berjaya diselamatkan setelah wayar yang putus di atas telah saya sambung kembali dan diuji tanpa kod E3 menyala lagi.

Siap...

Seterusnya saya cuba pula dengan membuka wayar merah pada papan litar dan apabila diuji, kod E2 pula muncul. Jadi, jika anda mempunyai periuk nasi seperti ini dengan kod E2 atau E3, masalahnya ialah disebabkan wayar ke bahagian penutupnya putus.

Selamat mencuba...

3 comments:

  1. Terima kasih..dpt 1 ilmu yg xdpt d balas.

    ReplyDelete
  2. Greetings from the USA. I had the same error on my Buffalo rice cooker (KW16). I followed your instructions, with the help of Google translator, and was able to find the broken blue wire under the upper lid. After I patched up the wire, the cooker is working fine again. Thank you for your help!

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.