Sunday 6 February 2022

TALIKHIDMAT

Dekat-dekat perayaan tahun baharu cina lepas, orang ramai sibuk membersihkan rumah, jiran saya pula sibuk ubahsuai rumah dan buang batu di belakang rumah kita seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jiran buang sampah di belakang rumah kita...

Pada mulanya saya anggap ianya hanya untuk sementara sehingga kerja ubahsuai selesai namun kini hampir sebulan telah terdampar di situ.

Saya pernah 'sound' jiran sama beberapa tahun lalu gara-gara berkaraoke sehingga lewat malam hingga awal pagi dan kali ini terasa berat hati pula hati nak 'sound' lagi, takut-takut nanti gaduh besar.

Daftar dahulu...

Dipendekkan cerita, saya buat aduan kepada TALIKHIDMAT di sini pada 27/01/2022. Caranya mudah sahaja iaitu perlu daftar (register) dahulu sebelum login untuk membuat aduan.

Pilih 'my feedback' dan buat aduan...

Laman TALIKHIDMAT diwujudkan untuk membuat aduan, memberi pandangan serta cadangan kepada mana-mana agensi kerajaan di Sarawak

Aduan dihantar - 27/1/2022

Aduan telah saya buat pada 27/1/2022 dan diterima oleh agensi berkaitan pada 28/1/2022 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Tindakan - 28/1/2022

Setelah seminggu berlalu, semalam (5/2/2022) saya ternampak tuan punya sampah telah mengalihkan batu-batu yang mereka tinggalkan lebih sebulan lepas di situ.

05/02/2022

Percaya atau tidak, apa yang mereka lakukan ialah pindahkan batu-batu tersebut dari belakang rumah saya ke jiran di sebelah pula seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

05/02/2022

Kali ini batu-batu tersebut ditutup dengan kanvas. Pemeriksaan pada laman TALIKHIDMAT masih sama iaitu dengan status 'in progress'.

Apa kata anda?

Sambungan cerita bahagian ke-2 boleh dibaca di sini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.